Tuesday, November 16, 2010

Melayu Nan Melankolik

  1. Pertamanya salam eid adha. Eid adha mengajar bahawa kehidupan memerlukan pengorbanan.
  2. Sebaik-baik pengorbanan dengan memberikan sesuatu yang paling disayangi.
  3. Alhamdulillah, Melayu dilahir dan dibentuk dengan sopan santun. 
  4. Dari tutur kata, laku perbuatan dan hampir setiap gerak-geri Melayu begitu lembut berbanding bangsa-bangsa lain.
  5. Kata-kata semangat juga tidak dijeritkan membuta-tuli, berteriak tempik seperti orang gila.
  6. Alunan serak basah orang Melayu mengadun suara membaca Quran, bertakbir, bertahmid lebih cenderung kepada keasyikan dan terkesannya lebih kepada melodi yang lebih melankolik.
  7. Mari sama-sama kita berkorban membuang sifat keayunan melankolik dari hati-hati lembut seorang Melayu dan sebaiknya lebih baik kita dikenali sebagai umat Islam yang lebih dominan.
  8. Kita perlu terkesan bukan kerana alunan yang mengasyikkan tetapi kerana iktibar dan amalan yang perlu dirangkaikan dari setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukan.
  9. Melayu perlu lebih tegas tapi rasional.

No comments: