Friday, November 12, 2010

40 Hadith Akhir Zaman - Hadith 08

Hadith 08 - Penyakit Umat-umat Dahulu

Diriwayatkan oleh Hakim 

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu. Sahabat bertanya, "Apakah penyakit umat-umat terdahulu itu ?"

Nabi SAW menjawab, "Penyakit-penyakit itu adalah :
1)terlalu banyak seronok
2)terlalu mewah
3)menghimpun harta sebanyak mungkin
4)tipu menipu dalam merebut harta dunia
5)saling memarahi
6)hasud menghasud sehingga jadi zalim menzalimi".

Lihatlah apa yang disebut oleh Rasulullah SAW itu telah banyak berlaku di kalangan kaum muslimin di hari ini. Penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganas. Dunia Islam telah dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Semuanya adalah semata-mata hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Amalan yang baik banyak yang telah lenyap begitu sahaja. Sama-samalah kita mempertimbangkan tindakan kita dan bermuhasabalah.

No comments: