Buat baik beri ceramah agama sekarang kena tauliah; nak beri ilmu agama tu. Ini bukan isu sekarang sahaja tapi ini isu sudah lama dahulu. Sebelum tukar perahu lagi. Mengapa dahulu bila kes yang sama tak semua orang ambil peduli. En. Wahab tolong jawab?
Kerana dengan agama sahaja yang dapat menilai sesuatu itu salah atau tidak. Tanpa agama sukar nak kata kerana ramai yang cuba mengelakkannya sahaja. Islam itu mudah. Bukan memudahkan Islam. Kalau tak tahu baik diam. Boleh suap makan dengan tangan kanan atau kiri. Tapi yang dianjurkan makan dengan tangan kanan. Kalau makan suap; tak kiri atau kanan ; dua-dua salah. Salah ke? Tanya menteri? Tanya parti? Tanya KP? Tak kira bulan ke? Bintang ke? Roket ke? Mata Bulan ke? Kan kita 1...satu apa adik-adik?
Mengapa bila buat jahat tak minta tauliah untuk buat jahat? Pembohong? Pemfitnah? Pemerintah? Penjahat?
Sekarang ini yang jahat ini baik, wangi, indah dan apa-apa yang sewaktu dengannya kerana di atas, di kiri, dikanan dan semuanya penjahat. Penjahat kepada diri sendiri. Tidak kita melihat bagaimana kita telah menjahati ikrar dan janji kita menjadi khalifah di muka bumi ini. Sibuk kita mencari yang sebenarnya kita pun tahu bukan itu sebenarnya pencarian yang sepatutnya dikejar. Mengejar bayang-bayang sendiri dan juga dikejar bayang-bayang sendiri.
Hati semakin gelap seperti hari-hari ini yang agak mendung sampai ke petang. Tak payah nak disangka panas sampai ke petang sememangnya gelap dari pagi. Sebenarnya banyaknya sangkaan sifat orang jahat. Ramai yang sangka kawan itu nak makan kawan. Yang dah memang lawan nak memakan dirinya dianggap hero.
Ada orang yang melihat seperti ajalnya seperti akan tiba. Dunia macam nak kiamat. Takut. Sangsi. Itulah jangan berlari bila umur semakin tua. Lelah. Perlukah tauliah?
Sunday, November 22, 2009
Tauliah
Saturday, November 21, 2009
Rumah Merah
R
umah merah itu berada dimana-mana. Pasaraya, pejabat, padang, hospital, tapakbina masjid dan hampir kesemuanya. Sebenarnya rumah merah itu bukan sahaja menunjukkan mereka beragama degan agama mereka tapi yang pentingnya ia menjadi simbolik kepada satu penaklukan jiwa dan raga. Juga hampir kesemuanya.Penaklukan ini telah berjaya merubah satu tatasusila baik menjadi tidak baik; tidak baik terus kepada jahat. Pandai menjadi jahat. Bodoh menjadi jahat. Beriman menjadi jahat. Kurang iman sudah memang jahat.
Rumah merah itu sebenarnya penuh dengan helah dan penipuan yang membeli dan menjual sebuah kehormatan bangsa kerana diumpannya kertas-kertas merah yang banyak. Banyak. Banyak. Satu persen. Dua persen. Tiga persen. Oh.....nanti satu hari dibawakah kertas-kertas merah itu.
Yang menjual rumah merah itu penipu. Yang membeli rumah merah itu ditipu. Yang bekerja membuat rumah merah itu ditipu. Penghuni rumah merah itu dah tentu kena tipu mati-mati kerana dia tidak pernah langsung bernyawa.
Rumah merah itu berada dimana-mana seperti mahkluk yang dibuat dari api itu. Api yang merah.
Saturday, November 14, 2009
Bila Semakin Jauh
Gemuruh hati ini
Degup jantung kian kencang
Rasa hilang tenteram
Lelah dikejar bayang
Bila semakin jauh
Kalut, takut dan zuhud
Berlari tidak dikejar
Berdiri bukan diatas kaki
Lagi semakin jauh
Bulan naik dari riba
Atas rasa ini sudah jaya
Rupa lupa itu cuma sementara
Memang benar
Tidak dapat yang dikejar
Yang ditangan keciciran
Memang benar
kais pagi makan pagi
Thursday, November 5, 2009
Asyik-asyik tender

Keluhan demi keluhan. Tender itu bukan percuma. Kena beli. Ada yang mahal. Ada yang murah. Macam mana mereka kira harga nak jual tender itu hanya mereka sahaja yang tahu.
Kenapa perlu mengisi tender? Pertama kerana ianya macam telur dan ayam. Mana dahulu. Telur? Ayam? Ayam? Telur? Jawapannya dua-dua salah. Yang perlu dahulu apek jual dedak itu.Lah...apek tu lagi. Nak makan ayam; nak makan telur; kena makan dedak yang apek tu jual. Mana syarikat-syarikat naungan dan berkaitan kerajaan atau berkait raja sahaja? Banyak duit orang awam buat kilang dedak ayam?
Kedua sebab orang isi tender kerana dah kerja orang itu mengisi tender. Dah habis isi tender baru boleh isi dompet hujung bulan. Justified. Kalau tender pun tak isi tapi hujung bulan berisi; maknaya syarikat itu GLC.
Kalau tak isi tender; hujung bulan tak berisi juga; cepat-cepat isi borang masuk AF. Alamat company tu nak buka restoran tak lama lagi.
Bagi orang yang bukan penender; menyampah tengok orang isi tender. Kononnya macam banyak kerja. Tak tidur malam. Tak tidur siang. Mana lebih baik? Malam tidur siangpun tidur. Macam mana nak isi tender?
Kenapa asyik isi tender? Senang jawapannya; ia adalah rumusan dari sebahagian daripada teras kebarangkalian; probality? Isi tender ni kerja orang berniaga. Kalau kita isi our chance mungkin 10% mungkin 50% mungkin 100%. Bandingkan kalau langsung tak isi tender our chance is always 0% tapi katanya nak ada kerja.
Jadi moral of the story do not ask question bila orang isi tender. Support them in order to support you, and ingat do not ask why but then ask how: how i am supposed to isi tender.
Memimpin pemimpin
Jawatan nombor satu. Boleh ditafsirkan sebagai menjadi pemimpin wahid. Top of the list. Leader by example. Kepimpinan melalui teladan. CEO. COO. MD. Presiden. Perdana Menteri. Ketua Menteri. dan sebagainya.Jawatan-jawatan yang diatas bermaksud dia mesti memimpin orang yang dibawahnya. Mempunyai rencana, itenari, rancangan, tindakan dan serba serbi; perlu mendahului orang-orang yang dipimpininya.
Bukanlah menjadi pemimpin jika dia perlu dipimpin. Memimpin bini; teman wanita, anak, budak sekolah dan orang buta adalah sebahagian dari kepimpinan. Tetapi memimpin pemimpin sudah seperti sekadar hanya menjadi gembala lembu.
Pemimpin itu perlu memenuhi dua elemen penting; memberi dan mengambil tangungjawab. Jika hanya sekadar memberi tugasan maka itu adalah mandur namanya. Jika ianya tidak memberi dan tidak juga mengambil tanggungjawab; maka itu adalah mandul namanya. Jika lari dari tanggungjawab; kau memang jantan sial; syok-syok dok tibai betina tu; dah bunting kau lari; hei beb itukan nanti anak kamu!
Ramai pemimpin ada mata buta; ada hati mati. Tidak ramai pemimpin hendak memimpin; lebih senang dipimpin biarpun sebenar-benarnya dia pemimpin.
Wednesday, November 4, 2009
Larian Berganti-ganti
Rapuh. Begitulah nampaknya. Jurang yang ada itu terlalu besar. Dari segi momentum dan inersianya agak tidak selari. Matlamat macam sama dan pembawakan itu tidak menampakkan bahawa objektif itu akan dapat dicapai. Pencarian perlu diusahakan bersama.Jika acara itu adalah acara lari berganti mana mungkin hanya seorang pelari sahaja yang berlari. Satu lagi menari; satu lagi senang hati. Horey? Esok hari raya. Begitulah acap kalinya; rupanya sekali lagi raya itu akan disambut tidak sampai sebelas bulan dari sekarang.
Larian itu biarpun perlahan tapi bukan hanya berjalan. Agaknya menangkah kita berlumba dengan si negro ini. Mereka pemegang rekod dunia. Tapi ingat cerita arnab dan kura-kura; jangan memandang rendah diri sendiri; kita juga boleh berlari. Padang dan jarak tetap sama. Langkahnya sahaja berbeza.
Kenapa baten itu tidak ditukar? Kamu sahaja memegangnya dan membawanya lari bersama; Kagetnya takut kalah kerana mana tukarannya sedang yang patut menyambungnya ya masih tidur. Tidak mahu jaga walau sudah sore. Baru mahu bermimpi. Sedang yang lain sudah bisa mandi; ya kan sudah pagi. Ada yang sudah songsang. Pagi itu petang; petang itu malam dan malam itu siang; jadi batman kiranya.
Kenapa kamu bangang. Kata larian berganti-ganti; tapi hanya kamu seorang yang lari; Oh tidak; aku tidak mahu tewas percuma; lawan tetap lawan biar nyawa jadi taruhan.
1828
Lapan itu juga adalah seperti perjalanan hidup kita. Kadang-kadang bulat itu diatas; kadang-kadang bulat itu dibawah; tapi nilainya sama. Begitu juga bila dibawa kepada kehidupan kita ini; sesuatu kehilangan itu pada kita satu kesedihan tapi padaNya ia sebuah rahmat. Dan adakalanya kita ingat kesenangan itu rahmat sedangkan padaNya itu ujian dan beban.
Kenapa 1 dan 2? Itu sudah semesti turutan. Nilai itu tidak boleh diletak kepada sifar. Sifar itu jumud. 1 dan 2 memberikan implikasi bahawa setiap sesuatu itu tidak boleh dipintas. Tiada tua tiada yang muda. Tiada susah tiada senangnya. Sesuatu kesenangan yang dicari dari satu kesusahan adalah lebih hebat dari sebanyak mana kemewahan yang diberi. Susah menjadi senang satu tranformasi kehidupan; senang menjadi susah adalah balasan orang yang leka.
Apabila gabungan 1828 itu termaktub; ia memberi amaran bahawa setelah mendapat susah/senang; bentuk dan sifatnya sama; langsung tidak mengubah bila senang jadi riak dan takabur; bila susah hampa dan putus asa. DUIT. Doa Usaha Ikhtiar dan Tawakkal.
Ubahlah DUNHILL; dunia umpama neraka hidup ibarat layang layang; itu cakap orang yang tidak beriman. Mengapa mungkin dibiarkan kehidupan itu terumbang-ambing sedang pedoman dan petunjuk telah diberi. Carilah 1828 itu seterusnya.
Canggungnya Berbaju Kurung Melayu
Dunia hari telah telah hampir menidakkan sebuah tamadun yang hebat. Hebat dalam segalanya. Makan minumnya mempunyai resepi yang enak-enak. Kenyang perut. Baju dan kainnya berbagai bunga dan warna. Gelap mata. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Lembu punya susu; sapi dapat nama.Hari ini,sebuah bangsa ini hanya seperti seorang tukang masak; enak dan lazat hanya di cantik dipandangan mata; sedap dihidung kerana yang mampu memakannyaadalah orang yang ramai berambut pendek itu.
Hari ini yang menyapu sampah membersih kawasan sekitar rumah semua bangsa; adalah bangsa yang hanya seperti tukang masak itu.
Hari ini yang memanjangkan tangan mengutip tol milik orang yang pemakan itu adalah sama bangsa dengan penyapu sampah itu.
Hari ini orang yang memberi kontrak dan menjadi hamba kontrak itu sepupu dengan pengutip tol itu. Rantaian niaga kontrak itu sudah habis dibolot. Yang tinggal seperti kata ramainya bukan sahaja tulang; malahan hanya sup air kosong; air hujan yang didapati percuma sahaja.
Semalam; ayah kepada tukang masak itu pernah menjadi pembesar; guru besar, saudagar besar; tuan kepada pemilik tol hari ini.
Semalam pembuat sampah telah pernah menyuap sekenyang-kenyangnya ayah kepada ayah pengutip tol itu supaya mudah menyerah.....mereka tidak merampas tapi kita yang memberi; beri percuma.
Semalam nenek tukang masak itu asyik leka beronggeng; sepertinya dunia ini ana yang punya kerana kita dapat tanpa penat; mana harga sebuah pengorbanan?
Esok; kita-kita mungkin tak sempat jumpa lagi; kita hanya makan roti; tiada nasi.
Esok; kita mati tiada nilai bukan di Nilai
Esok; mungkin kita tidak dapat lagi bermain bola
kerana padang dan bola itu bukan lagi kita yang punya.
Oh...mengapa canggungya berbaju kurung Melayu itu;
Kita bogelkan hati memakai singlet bulat
Kerana selipar itu pun; Jepun yang punya.
Thursday, October 22, 2009
Saudara Seperut
Majlis perkahwinan tersebut berjalan meriah. Perjalanan yang agak lama biarpun jaraknya tidak seberapa telah mengaitkan bahawa betapa payahnya nanti musafir disana. Selesai menjamu selera; letih mata ini perlu direhatkan supaya destinasi seterusnya boleh dilanjutkan dengan lebih selesa dan selamat.Hampir petang itu melabuhkan hayatnya baru sampai kesebuah tempat persinggahan yang kembali menemukan seorang íbu' dan ánaknya'yang agak lama tidak berjumpa. Biarpun saudara seperut sahaja yang menjadi anggapnya tapi hubungan dua insan ini agak sudah seperti anak-anaknya yang lain.
Ibu ini sebenarnya menjadi satu ukuran bahawa betapa kasih sayangnya kepada anak-anak jangan ditanya, biar sakit dan derita ditanggung merana nasib badan tapi kemahuan untuk menyertakan dirinya demi anak-anak adalah merupakan satu kemestian; selagi hayat dikandung badan.
Seorang orang luar yang sudah seperti anaknya juga terlalu hiba kerana ayat dan tutur kata ibu itu tidak berbeza; nada dan cara; sama sahaja; seperti anak-anak sendiri. Lebih-lebih lagi anak tersebut telah banyak merasakan kehilangan; sayangnya seorang ibu. Kehadiran íbu' tersebut seperti mengisi kekokosang sebuah kerinduan biarpun darah berbeza; nurani tetap sama.
Kesakitan yang ditanggung disulamkan dengan sedikit gelak ketawa. Gusarnya cukup besar; risaukan anak lebih banyak dari diri sendiri. Tatkala ibu itu sakit; bisa dikatanya jangan dirisau anak-anakku. Pening dan demam biasa biarpun kudrat tiada sebetul-betulnya.
Bagi seorang ibu; menerima menantu adalah penting; jangan marah menantu; memukul cucu. Wahai anak kembalikan hak ibu itu ditempatnya.
Baru Sedar
Selepas bola itu bolos
Baru ku sedar jaring itu bocor
Baru ku ingat gol itu terbuka luas
Kerana si penjaga gol asyik bergaduh dengan rakan.
Setelah aku kalah
Lawanku tidak mendapat seri
Lawanku telah menjadi juara
Kerana kami-kami ini lupa
Bahawa padang ini kami tidak menjaganya
Bahawa padang ini terbiar begitu
Dik asyik kita berlari memijaknya
sedang rumput tinggi melutut.
Tumpas juga nanti pasukan ini
Hilang martabat pasukan berdaulat
Mana iman?
Mana imam?
Mana ustaz?
Membimbing ustazah-ustazah jahil itu.
Menarik kembali pendakwah tersebut
Tidak perlu melagukan ayat-ayat Tuhan
Seperti lagu pencinta dusta
Biar diingat agama bukan untuk dijaja.
Memang betul iman itu bukan pusaka.
Di desa, ayah dan ibu; soleh dan solehah
Di kota ini anak-anak itu mencari jalan neraka.
Wahai tuan guru?
Mana dakwah? Mana dakyah?
Kuasa dunia bukan segala
Agama bukan untuk dicuba-cuba.
Sunday, October 11, 2009
3 Piston; 2 yang rosak.
Perjalanan ini sebenarnya baru sahaja bermula. Banyak juga trip yang dapat di bawa sebelum ini tapi untuk sampai ke destinasi-destinasinya memang payah. Ada yang tidak pun sampai tempat dituju; ada yang sampai tapi tidak dibayar tambangnya; Tidak kurang kereta 3 piston ini selalu sahaja rosak ditengah jalan kerana bukan semua pistonnya berjalan.
Sunday, October 4, 2009
4 October
Penat. Letak sahaja badan terus tidur. Satu apapun tak sedar sebab fikiran ini banyak sangat benda nak proses. Kadang-kadang rasa macam jammed. Kena juga defrag kepala ini supaya tak hang. nanti payah sistem hibernated. Bangun pagi sikit pagi ni, Nak sambung kerja yang masih tak siap semalam supaya dapt disiapkan hari ini juga.
Pagi-pagi tengok sms. Dari adikku. Semalam dia hantar. Bang! kau ingat tak esok hari apa. 4 Oktober? Kalau pasal nombor aku memang fail. Sedar-sedar kau terus sms dia. Hari apa? Tak balas-balas. Dengan segeranya aku terus call. Yelah; hari apa 4 otkober ni?
Kau tak ingat empat tahun yang lepas pukul 3.00 pagi kejadian di hospital tu? Kau lupa bahawa saat ini tidak sedikit pun dilambat dan dicepatkan akan janji-janjiNYA bahawa apabila sudah sampai masanya pasti akan datang ajal itu. Masih terdengar sayunya bacaan surah Yasin oleh kita adik beradik saat menunggu penghabisan kisah duka seorang perempuan yang paling tabah. Noktah sebuah kisah seorang ibu yang kasihnya untuk anak-anak melangkaui semua onak biarpun dirinya berlapar dahaga.
4 oktober empat tahun yang lepas; kurang lebih pukul 2 pagi suara ini yang berbisik ditelingamu; Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruhnya, Biar pun secara klinikalnya engkau tidak sedar secara fizikal, tapi isyarat matamu jelas mengikut gerak bibir dan gerak hati anakmu; saat itu butir-butir air keluar dari matamu mengagungkan kalimah itu.
Tenang sungguh pagi itu. Ketika ada sedikit insan yang bertahajud malam; kami ketika itu menunggu penuh resah. Inikah masanya terpisah dengan seorang insan yang sangat tabah. Banyak benda yang kau sembunnyikan dari kami demi melihat keriangan dan kelaparan itu berlalu sahaja dimakan hari. Menyorok airmatamu dengan tertawa kecil dalam bual bicara agar hidup ini nampak macam ceria.
Kadang-kadang kita ini memang mudah lupa. Dan ada sahaja yang melupakan sahaja biarpun dalam ingatannya jelas.
Saturday, August 15, 2009
Masih Lagi
Tali yang hampir putus Memang benar jika boleh jangan dibuat benda ini. Yang nyata pahit itu menjadi rasa yang manis kerana tekak sudah rekah. Lambat rasanya pendakian ini kerana menara itu nampaknya amat tinggi bila dilihat dari tengah. Apa lagi kalau dapat dipandang dari bawah. Sayup. Rugi jika kiranya turun kembali setelah malam hilang gelapnya menjadi siang; baru merasakan ini bukan kerja biasa. Bukan semua bisa menjadi pendaki yang terus mendaki, mendaki dan mendaki kerana ramai yang gagal meneruskan perjalanan itu . Hampir terjatuh apabila ada kerikil-kerikil kecil dan besar terbang memercik seumpama dipahat.
Wednesday, August 12, 2009
Padang bola (2)
Aku risau
Melihat kapten bolaku
Memberi penalti percuma kepada lawan
Dipegang erat bola itu dikotak D
Seperti bermain bola baling
Aku sedih
Ketika dia menyuruh penjaga golku berpeluk tubuh
Ketika tendangan diambil pihak lawan
Jangan tangkap katanya
Biarkan sahaja; katanya kita ini pemurah
Kita ini adil
Sedangkan semasa itu kita sudah
ketinggalan
bukan satu bukan dua
Hampir kesemuanya.
Pasukan bola kita lemah
Kerana kita saling bermarah
Kata yang depan; yang belakang pakai seluar pendek
Kata yang belakang; yang depan pakai seluar panjang
Kita asyik bertelagah
Kita semakin layu
Bukankah itu sukukata nama kita
Bila kita semakin ramah
Kita semakin terpapah
Sebenar-benarnya
Pasukan lawan itu yang lemah
Tapi mereka nampak kuat dan gagah
Kerana mereka suka pecah dan perintah
Juga kerana ada orang kita yang berjualbeli
Untuk laba untung sendiri
Kita asyik kalah
Kita bukan main bola
Kita kena dipermainkan
Kita juga mempermainkan
Had, masa dan kuasa
Yang seketika diberi ini
Supaya kita terus lawan musuh
Jangan lawan sesama sendiri.
Bukan kita tidak pandai bermain
Bukan kita tidak kuat berlari
Bukan kita goyah
Tapi kita suka kita gaduh
Kita suka kita kelahi
Tepuk tangan bila kita kalah
Kita caci sesama kita
Kita puji sipendek
yang berambut pendek
yang berkaki pendek
yang berakal pendek
yang berbatang pendek
Ayuh...kita tutup padang ini
Kita bela padang ini
Kita jaga rumput dan kekuncup
Jangan asyik melekat dikasut kita
Ini padang..padang kita
Mereka hanya punya bola itu sahaja.
Dulu 70 sekarang 180
Betapa peritnya sekarang ini dibumi tanah air yang hendak hendak disatu setelah dihadarikan. Diam tak diam dalam katanya terkawal dah lebih 2000 kes; tapi peratus yang terkorban masih rendah belum sampai 100% lagi jika dibandingkan negara-negara jiran kita adalah yang terbaik dlam rekod diari harian yang meninggal dunia; kerana apa? Kerana rakyat didahulukan pencapaian diutamankan; sebab tu rakyat biasa kalau demam sikit2 tak payah pi hospital; biar 'orang-orang besar' sahaja yang boleh pi screening; treatment dan sewaktu dengannya.
Saingan sekarang makin sempit. Dulu isi tender jalau 40 orang dah kira ramai dah. Sekarang 40 orang tu baru suku sahaja dari senarai kehadiran yang berminat nak beli tender. Kerana apa? Kerana semakin ramai kontraktor? Semakin sedikit kerja? Semakin ramai ketua bahagian? Semakin ramai ahli teknikal? Atau semakin ramai ali baba? Atau semakin ramai ahli babi?
Kalau kata cakap tak serupa bikin; siapa yang jadi teladannya kalau bukan ayah kepada anak-anak? Ketua kepada rakyat? Ketua kepada menteri? Ketua kepada segala setiausaha? Imam kepada makmum? Pelik sekarang ramai yang imam telanjang iman cuba jadi ketua kepada pemakmum belakang sedangkan mamkum itu ada yang katanya hafiz.
Pelik tapi benar hafiz sekarang hanya yang hafal sahaja bunyinya bukan amalkan apa yang tersirat kerana objektifnya di buat begitu. Memodalkan insan untuk berniaga. Opppss...inikah berniaga manusia juga namannya? Siapa makan cili dia makan cililah takkan pulak rasa epal?
Anak-anak sekarang berebut nak score 30A daripada hanya menjdai manusia yang hanya ada 1A seperti orang-orang dahulu. Orang bahuru ini sekarang memang pelik; biar tak jadi orang katanya janji berwang. Akhirnya perangai macam beruang; berzina pandai; dapat anak suka sahaja dibuang. Kerana apa? Kerana mak ayah banyak hutang? Hutang duit? Hutang budi? Hutang undi?
Kenapa perlu sama rata; keadilan itu bukanlah kesamarataan tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Mungkinkah kena pakai sari boleh sambut Deepavali? Tunggu maa undi baru tahu siapa khianat siapa?

