Sunday, October 31, 2010

UK advertisement : Proton Satria Neo, Perodua Myvi, Chevrolet Aveo?


Apa kata Proton/Perodua?

DUNIACACAMARBA: Koleksi Gambar Tragedi Gunung Merapi

Petikan dari : DUNIACACAMARBA: Koleksi Gambar Tragedi Gunung Merapi: "_______________________ _______________________ _______________________ _______________________ ________________..."

terima kasih DUNIACACAMARBA

QS Philosophy : 'Do not underestimate'

  1. Falsafah kerja yang baik boleh digunapakai dalam kehidupan seharian.
  2. Bagi seorang QS, anggaran yang tepat perlu diberikan dalam lingkungan variasi yang munasabah. "Do not underestimate".
  3. Falsafah "do not underestimate" amat penting dalam pembentukan sahsiah hidup yang dituntut Islam. 
  4. Islam sentiasa meletakkan kesederhanaan sebagai garis sempadan dalam perlakuan umatnya.
  5. Islam sama sekali melarang kita memandang rendah dan bersangka buruk kepada orang lain.
  6. Islam juga tidak mahu kita taksub kepada sesuatu.
  7. Biarpun kita berada di tempat yang lebih tinggi; dengarlah pendapat orang yang dibawah.
  8. Juga orang tua bersedia untuk mendengar buah fikir orang muda kerana tiada isu siapa makan garam dahulu yang patut dipersoalkan.
  9. Perbandingan dan perbezaan perlu dibuat pada tahap yang setara.
  10. Bagi seorang bapa, jangan diletak tahap pengetahuannya kepada anak yang baru belajar. Bersabarlah.
  11. Bagi pendidik; mengajarlah sepenuh hati kerana hanya dengan keikhlasan akan melahirkan pelajar yang lebih berakhlak. Bersabarlah. Jadikan iltizam pendidik terdahulu yang melahirkan  manusia biarpun dia hanya pendidik berijazah sahaja.
  12. Kebiasaannya pelajar yang nakal lebih memberikan terjemahan hidup yang lebih pekerti setelah tamat pengajian masing-masing. 
  13. Yang korek itu kendi, yang merah itu saga; yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.
  14. Dalam hidup; banyak perkara yang berlaku diluar jangkaan; langsung tidak disangka kerana walau sebaik mana perancangan yang manusia buat;  perencanaan Allah yang lebih baik akhirnya.
  15. Berdoalah supaya kematian kita nanti akan diredhai Allah dan dengan rahmatNya dosa-dosa kita diampuni dan dijauhi daripada azab neraka jahanam.
  16. Pandanglah dengan mata hati.

Azan dari Madinah

Bilik Muazin Masjidil Haram Mekah



Maha Suci Allah! Allah is the Greatest

Relationship Between Taubah & Istighfar

Qasidah Istighfar

Buang Ibu/Ayah...lebih dahsyat dari buang bayi


Buat anak-anak sekelian. Kita selalu dipersibukkan dengan isu buang bayi; tapi bagaimana dengan isu buang ibu/ayah.

Saturday, October 30, 2010

Pemandu bas kemalangan genting sepah tidak berlesen?

 

 

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Pemandu bas yang mengakibatkan tujuh orang maut dalam satu kemalangan di KM38 Genting Sempah dekat sini malam tadi, didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan kepada polis mengenai perkara tersebut.

"Pemandu bas tersebut sebelum ini mengaku kepada pihak polis bahawa beliau mempunyai lesen memandu, namun setelah kami memeriksanya dengan pihak JPJ, kami mendapati bahawa dia tidak mempunyainya," katanya di sini hari ini.

Che Husin berkata, pemandu tersebut yang patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditahan polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara merbahaya yang boleh menyebabkan kematian.

Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedu -duanya sekali jika disabit dengan kesalahan.

Che Husin berkata, polis sedang menyiasat sama ada pemandu tersebut mempunyai rekod kesalahan memandu lampau atau pun tidak, serta perkara perkara lain yang berkaitan dengan kemalangan tersebut. - Bernama



 

Friday, October 29, 2010

Illuminati; what is that actually?

(taken from best voting forum Yahoo Answers)

The Illuminati is a secret society that has been around since 1776, they want to create a one world government, with themselves in charge. The Illuminati are generally powerful and rich people. The Illuminati will kill anyone, anywhere at any time to get what they need.

The people that are "Anti-New World Order" and speak out against the Illuminati will be murdered like 2Pac and Michael Jackson. 2Pac and Michael Jackson were going to warn the entire world about what the Illuminati are planning. If you look at the title of 2Pac's album "The Don Killuminati: The 7 Day Theory" for example; 2Pac was referring to the Illuminati in this title, Kill + Illuminati. In the song "They Don't Care About Us" by Michael Jackson, "they" is the Illuminati. The Illuminati killed 2Pac, Michael Jackson, Bob Marley, Marilyn Monroe, Jon Lennon, Jimi Hendrix, John F. Kennedy, Abe Lincoln, Princess Diana, Martin Luther King, the list goes on.

The Illuminati control everything, the music industry, film industry, pharmaceutical (legal industry), medical industry, colleges, banking institutions, Wall Street and the Political System. Their symbol is even on our money.

The Illuminati control our Presidential Elections. Usually the president, who gets the most sponsorship, in the form of money and media coverage, wins the election. The Illuminati control the media, so whoever the Illuminati choose as a presidential candidate will win the election. They will also sponsor the other candidate too, to have entertainment for the public. Sometimes this does not always go according to plan, for example, in the election between George W. Bush and Al Gore. In Florida George W. Bush "won" over Al Gore. The Illuminati cheated so that their pre-elected candidate would win presidency. The Illuminati choose the presidential candidate with the closest blood lines. 

These are the thirteen families in the Illuminati:
1. Astor
2. Bundy
3. Collins
4. DuPont
5. Freeman
6. Kennedy
7. Li (Chinese)
8. Onassis
9. Rockefeller
10. Rothschild
11. Russell
12. van Duyn
13. Merovingian (European Royal Families)
These families have "ties" with the Illuminati:
1. Reynolds
2. Disney
3. Krupp
4. McDonald

Most of the major wars and economic depressions/recessions of the past 100 years were carefully planned out by the Illuminati. Some of these include: The Spanish-American War, WWI, WWII, The Great Depression, the Rise of Nazi Germany, Korean War, Vietnam War, 1991 Gulf War and French Revolution.

Do you remember all of the unnecessary hype about the New Millennium, or the alleged Y2K crisis? This hype was created by the Illuminati. This had people selling their homes, building shelters, stocking up on survival kits, etc. The Illuminati are also building hype for a 2012 phenomenon. I do not think that anything major is going to happen in 2012. When 2012 comes and goes, it will be shown to be the biggest hoax since the Y2K phenomenon.

.Mayat Remaja Perempuan Disumbat Dalam Beg ...

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru: Fuhhh...Mayat Remaja Perempuan Disumbat Dalam Beg ...: "Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel ..."

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru: Fuhhh...Mayat Remaja Perempuan Disumbat Dalam Beg ...

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru: Fuhhh...Mayat Remaja Perempuan Disumbat Dalam Beg ...: "Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel ..."

Jejaki Tinggalan Rasul: Abu Hanifah; Imam Di Hati Rakyat

Petikan dari : Jejaki Tinggalan Rasul: Abu Hanifah; Imam Di Hati Rakyat: "Al-Nu'man bin Zauthi al-taimi adalah salah seorang ulama' yang lahir sekitar tahun 80 Hijrah. Dilahirkan di Kufah yang kita kenal ia..."

Terima kasih Mohd Suffian.

Surat 18 Al-Kahf - The Cave - Part 1 recited by Husary


Wednesday, October 27, 2010

cerita aku dan alam: Doa untuk anak-anak...

Petikan dari : cerita aku dan alam: Doa untuk anak-anak...

Terima kasih pemunya asal.

JENTAYU BUKIT SELAMBAU: KEANGKUHAN FIR'AUN DAN BANGUNAN YANG TINGGI

Petikan dari : JENTAYU BUKIT SELAMBAU: KEANGKUHAN FIR'AUN DAN BANGUNAN YANG TINGGI

Terima kasih Jentayu.

Taman Aku Tiada Sekolah Menengah: Bila MP aku nak mati?

  1. Dalam negara yang demokrasi ini; rakyat akan hanya dapat manfaat ataupun sekurang-kurangnya diberikan janji palsu apabila ahli parlimennya sudah tidak lagi bernafas.
  2. Semasa itu akan datang bermacam-macam seribu satu janji akan ditaburkan. 
  3. Tanda-tanda munafik bila janji tidak ditepati. 
  4. Mintalah pengundi; waima nak minta tugu negara depan rumah pun boleh dapat. Bukan satu tapi lapan pun akan diberi.
  5. Bayangkan rumah pangsa kos murah 1500 unit digua musang.
  6. Dengan musang-musang pun boleh duduk sekali.
  7. Mahal sangatkah tanah kat sana sampai kena buat rumah pangsa?
  8. Sama juga kat taman aku ni ADUN aku akan datang hari raya puasa, raya korban dan maulidur Rasul. Lain agaknya dia sibuk atau dia hanya rakyat biasa. Cuma tiga hari itu sahaja dia jadi ADUN.
  9. Lagipun dia sibuk. Dia salah seorang Exco kerajaan Selangor.
  10. Katakanlah dia mati, fuh....aku nak minta pengecualian bayar cukai pintu MPAJ selama 3 tahun sebelum ada lagi by-election bila ada lagi ada MP/ADUN mati.
  11. Aku nak minta sekolah menengah berprestasi tinggi kat taman aku.
  12. Begitulah nasib rakyat biasa. Dan apa-apa parti sama sahaja. Undi rakyat dikira semasa pilihanraya sahaja dan hari biasa suara rakyat adalah suara sumbing. Seperti kata Presiden Parti itu; hanya umpama anjing yng menyalak di kaki bukit (cari-carilah teks ucapan presiden yang parti yang baru sahaja berhimpun).

Puak Syiah Di Malaysia



Mengapa terjadi begini? Kita asyik leka bersedih atas siapa yang terbuang dalam konsert Akademi Fantasia? Siapa jadi juara Piala Malaysia? Siapa nak bertanding pilihanraya kecil kerana ada orang mati?

Kita merungut kenapa Rooney sambung kontrak dengan harga yang mahal di MU? Kenapa Liverpol memang 'fool'?

Dalam perhimpunan UMNO ada orang Melayu/Islam marah pada Melayu/Islam?
Sama sahaja dalam Muktamar Pas; Melayu/Islam mengutuk kembali Melayu/Islam?
Apa lagi parti sebelah mata? Dah tentu Melayu dan Islam itu yang bersalah kerana kita tidak beri sahaja kuasa ini kepada PADI? (Pen****** Asing Dengan Izin)


Rahsia Iluminati Zionis dalam Industri Hiburan

Konspirasi Dunia, Obelisk di Putrajaya?

Petikan dari http://feryco.com : Konspirasi Dunia, Obelisk di Putrajaya?

Fikir-fikirkan.....

Bank Rothschild Bertapak di Malaysia

Petikan dari http://ibnuyaacob.com :Bank Rothschild Bertapak di Malaysia

Sejarah Freemason

(Petikan dari blog http://www.ishakhasimi.com) Terima kasih pemunya asal.
Apa itu Freemason? mungkin ada antara kita di malaysia ini kurang faham mengenai freemason dan korang join sahaja pertubuhan tersebut tanpa mengetahui asal-usulnya, buat korang di malaysia yang dah join freemanson tu jangan ingat erti seronok sahaja,sila baca entri yang aku kongsikan untuk korang ini sebelum korang akan meninggalkan freemason


Sejarah Freemason
Freemason adalah organisasi Yahudi Antarabangsa, sekaligus merupakan gerakan rahsia paling besar dan paling berpengaruh di seluruh dunia. Freemason terdiri dari dua kata yang di satukan. Free ertinya bebas atau merdeka, sedangkan Mason adalah juru bangun atau pembangun.
Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali cita-cita khayalan mereka, yakni mendirikan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple.
Tentang Haikal Sulaiman atau Solomon Temple ini sendiri banyak sumber yang mendefinisikan berlainan. Salah satu tafsir yang paling popular adalah, bahawa Haikal Sulaiman berada di tanah yang kini di atasnya berdiri Masjidil Aqsa.
Mereka meyakini, tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman membangun Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babylon menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Tahun 533 SM, bangunan ini didirikan kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babylon. Atas kebebasannya itulah, ia membangun kembali Haikal Sulaiman.
Pada tahun ke 70 M, seorang penguasa Rom menakluk Palestin dan membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kerosakan terus-menerus dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu juga apabila kuasa Muslim, konon Haikal Sulaiman di hancurkan dan sebagai gantinya didirikan Masjidil Aqsa pada abad ke-7.
Tapi tafsir lain tentang hal ini juga mengartikan Haikal Sulaiman juga sebagai wilayah kekuasan yang luas membentang. Bahkan ada yang menariknya hingga sampai wilayah Khaibar, saat kaum Yahudi diusir di zaman Rasulullah Muhammad. Oleh itu, mereka meyakini harus menguasai seluruh dunia, bahkan hingga tanah Khaibar, tempat mereka terusir dahulu kerana penghianatanya pada Rasulullah dan piagam Madinah.
Dan untuk itulah mereka bekerja dan membangun, iaitu untuk merebut Haikal Sulaiman dan mendirikan kekuasannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasan yang mampu mereka pengaruhi. Dan untuk menebar kuasa itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama wahyu, Kristian dan Islam.
Perlawanan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Perlawanan gereja Katolik ini terjadi kerana Freemason telah menjadi organisasi tempat berkumpulnya kaum anti-agama. Dalam sebuah rencana bertajuk The Earlier Period Of Freemasonry yang di Mimar Sinan, turki, Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para ahli Mason yang mencari kebenaran di luar gereja. Dan ini menjadikan awal abad-18 sebagai tahun-tahun yang penuh pertarungan antara gereja Katholik dengan Freemason di Eropah. Sejak awal penubuhan, Fremason telah menyokong kebebasan beragama, sama persis dengan yang terjadi belakangan ini di berbagai negara, liberalisasi keagamaan.
Banyak sumber Freemason menjelaskan bahawa sejarah penubuhan gerakan ini berakar jauh dan boleh dikesan hingga ke masa Order Knight of Templar ketika perang Salib di Yerusalem, Palestin. Saat Paus Urban II, tahun 1095, usai Majlis Clermont menyeru Perang Suci atau Crusade dan memobilisasi kaum Kristiani di seluruh Eropah untuk turut berperang merebut Yerusalem kembali dari kekuasaan Muslim. Paus Urban II membakar emosi massa dengan cara mengabarkan berita bohong. Beliau berkata umat Kristian di Palestin telah dibunuh, dibantai dan dibakar di dalam gereja-gereja oleh pasukan Turki Seljuk yang Muslim. Ia juga membakar kemarahan kaum Kristiani dengan mengatakan bahawa kaum kafir (Muslim Turki, pen.) Telah dan sedang menguasai makam Yesus Kristus.
Paus UrbanusII menyeru agar semua pertikaian yang terjadi selama ini antara pemeluk dan Kesatrian Kristian harus diakhiri, karena ada musuh yang lebih berbahaya dan harus segera dihancurkan: Islam dan kaum Muslimin. Ia juga mengimiginasikan dengan pujukan syurgawi, bahawa siapa yang berangkat ke medan perang akan dibebaskan dari semua dosa dan di jamin akan mendapat syurga. Hasilnya, beribu-ribu kaum Kristiani berangkat menuju Palestin dengan kemarahan. Dan setibanya di sana, terjadi pembunuhan besar-besaran atas penduduk Yerussalem dan Palestin.
Setelah mereka menguasai tanah Palestin, pasukan Salib yang terdiri daripada banyak unsur mula mendirikan kelompoknya masing-masing. Mereka tergabung dalam aliran-aliran tertentu. Para ahli aliran ini datang dari seluruh tanah Eropah, yang ditampung di biara-biara tertentu dan berlatih cara-cara tentera di dalam biara tersebut. Dan satu dari sekian aliran yang sangat mencuat namanya adalah Order Knight of Templar.
pengasas aliran ini adalah dua kesatria Perancis, iaitu Hugh de Pavens dan God Frey de St Omer. Spekulasi dari kalangan sejarawan berkata, bahawa ada darah-darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh dan cita-cita para pengasas Order Knigh of Templar. Para perwira tinggi Kristian tersebut, sesungguhnya proses Convertion yang mereka lakukan hanyalah cara untuk menyelamatkan diri, dan sesungguhnya mereka masih berpegang teguh pada doktrin-doktrin Yahudi, terutama Kabbalah.
Meski mereka menamakan diri sebagai tentera miskin, sesunguhnya mereka tidak miskin sama sekali. Atau setidaknya, masa yang miskin itu hanya mereka rasakan di awal-awal penubuhan Knight of Templars. Dalam masa yang singkat mereka mampu menjadi sangat kaya raya dengan jalan melakukan kawalan penuh terhadap peziarah Eropah yang datang ke Palestiana. Salah satunya adalah dengan cara merekrut anak-anak muda putra para bangsawan Eropah yang tentu saja akan melengkapkan anak mereka dengan bekalan dana yang seolah tak pernah kering jumlahnya. Mereka juga disebut sebagai perintis sistem perbankan ribawi pertama pada abad pertengahan.
Dalam waktu singkat markas Knight of Templar di Perancis menjadi rumah Penghimpunan harta terbesar di Eropah. Lambat laun mereka menjadi bankir bagi para Paus dan Raja. Bagaimana tidak cepat kaya, setiap tahunyya King Henry II of England mendonasikan wang untuk menanggung kos hidup 15.000 tentera Knight of Templar dan juga Knight Hospitaler selama mereka berperang dalam Perang Salib pada tahun 1170. Untuk menggambarkan betapa besarnya institusi perbankan yang dijalankan Templar, pada saat itu organisasi ini mempunyai 7,000 pegawai lebih hanya untuk mengurusi masalah kewangan. Mereka juga mempunyai tak kurang dari 870 istana, istana, dan rumah-rumah para bangsawan yang terbentang dari London hingga Baitulmuqaddis.
Karena aliran ini sangat berkuasa, lambat laun mereka mulai menampakkan ciri asalnya, yakni sebagai penganut Mason. Mereka mengembangkan doktrin dan ajaran mistik, juga kekuatan sihir di biara-biara mereka. Mereka memuja syaitan dan mendatangkan roh-roh untuk berkomunikasi. Apa yang mereka praktikkan ini disebut sebagai Kabbalah, sebuah tradisi mistik Yahudi kuno yang telah berkembang bahkan sejak zaman sebelum Firaun.
Mengetahui hal ini, Raja Perancis Philip le Bel, pada tahun 1307 mengeluarkan seruan untuk menangkap dan membubarkan aliran Knight of Templar kerana dituduh telah melakukan bid’ah. Dalam perkembangannya, Paus Clement V turut bergabung untuk memerangi kaum Mason ini dengan mengeluarkan kembali vonis inquisisi. Terjadi banyak penangkapan dan interogasi, dan beberapa pimpinan Order Knight of Templar yang bergelar Grand Master (penyebutan ini masih digunakan sebagai peringkat tertinggi dalam gerakan Freemason sampai sekarang, pen) ikut menjadi korban. Dari beberapa penangkapan dan interograsi didapati keterangan bahawa ahli-ahli Templar telah melakukan kejahatan seksual terhadap beberapa perempuan bangsawan, melakukan sodomi, menyembah kucing, memakan daging rakan-rakan mereka sendiri yang sudah mati.
Pada tahun 1307, Raja Philip IV memerintahkan penangkapan Jacques de Molay. Dan setelah melalui penyiksaan demi penyiksaan, de Molay mengakui segala ritual bid’ah yang dilakukan oleh Order Templar. Pada tahun 1312, Order Knight of Templar dilarang dan dibubarkan. Dan atas perintah Gereja dan Raja, dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1314, para pimpinan Templar dihukum mati, termasuk Jacques de Molay, salah satu Grand Master terpenting Order Templar. Jacques de Molay sendiri divonis sebagai Heretic (bid’ah) atau kafir dan dihukum dengan cara dibakar hidup-hidup di depan raja Philip IV. Dan sebelum menghembuskan napasnya, de Molay mengeluarkan kata-kata bahawa Raja Philip dan Paus Clement harus mengikutinya, mati, dalam masa satu tahun. Dan sejarah mencatat, Raja Philip IV meninggal tujuh bulan kemudian, diikuti Paus Clement sebulan selepas Raja Philip mangkat.
Setelah itu berlaku pemusnahan besar-besaran, sekali lagi ke atas kaum Yahudi, dan kali ini bermula dengan kes Knight of Templar atau kaum Mason. Pemusnahan ini tak hanya terjadi di Palestin, tetapi juga berlaku di Eropah. Mereka diburu untuk ditangkap dan dibunuh. Sampai akhirnya mereka berhasil melarikan diri dan mendapat perlindungan dari Raja Scotland, Robert The Bruce yang dilantik dan menduduki singgahsana Raja pada tahun 1306. Dan di tanah baru ini pula mereka menyusun kekuatan kembali. Dan Scotland menjadi salah satu yang menentukan dalam perkembangan gerakan Freemason.
Versi yang lebih tua dari sejarah Freemason adalah kisah yang menyebutkan pembentukan Freemasonry pada zaman Raja Israel, Herod Agripa I yang meninggal dunia pada tahun 44 Masihi. Freemason pada zaman ini dibentuk untuk membendung ajaran agama yang disampaikan oleh Nabi Isa as. Konon waktu itu namanya The Secret Power atau kekutan yang Tersembunyi.
Tujuan utamanya adalah memusuhi pengikut Nabi Isa, menculik mereka, membunuh, melarang penyebaran agama baru tersebut, termasuk membunuh bayi-bayi Kristian. Tapi, berkenaan dengan segala kesadisan yang dilakukan Herod ini, para sejarawan dunia, meyakini bahawa hal tersebut hanyalah mitos belaka dalam tradisi agama Kristian. Herod Agripa I menjalankan segala misi The Secret Power ini dibantu dua pengikut setianya, Heram Abioud sebagai Naib Presiden gerakan dan Moab Leumi sebagai pemegang rahsia utama gerakan ini. Tapi beberapa ahli Freemason juga mempercayai dan menarik sejauh mungkin sejarah mereka ke masa lalu, bahkan hingga ke zaman Firaun. Itu pula yang menjadi salah satu penjelasan mengapa mereka kerap kali menggunakan simbol-simbol Mesir Kuno dalam tradisi dan aktiviti ritual mereka, seperti penggunaan Mata Horus atau The All Seeing Eye, Piramid, Matahari dan pelbagai simbol Mesir lainnya. Penggunaan ini bermula dari penggalian Kuil Sulaiman oleh para Templar dan penemuan doktrin dan ajaran Kabbalah yang terus-menerus mereka eksplorasi dan diajarkan dari mulut ke mulut. Penggalian ini begitu serius mereka lakukan sehingga kelak akan mempengaruhi cara pandang kaum Templar dan juga rancangan mereka dalam kehidupan dunia.
Bahkan yang cukup mengejutkan adalah, dalam manuskrip-manuskrip kuno Mason dikatakan, orang pertama Mason adalah Adam! Kejadian itu berawal ketika Adam dan Hawa memakan daun dari pohon terlarang di taman Syurga. Daun yang disebut sebagai daun pengetahuan, dan kerana itu juga Tuhan mereka melarang mereka memakannya. Dr.Albert Mackei, seorang ahli Mason dengan tingkatan 33 derajat dalam Encyclopedia of Freemasonry manuliskan, daun pengetahuan itu kelak diturunkan pada dua anak Adam dan Hawa, Seth dan Nimrod dengan kisah The Tower of Babel. Kedua anak ini pula menyusun bahasa untuk ilmu pengetahuan yang akan diturunkan kepada manusia-manusia seterusnya. Tapi, dalam perkamen-perkamen tua itu disebutkan bahawa, Tuhan dengan sengaja mengacaukan bahasa manusia yang mengakibatkan rahsia ilmu pengetahuan, yang diturunkan Adam dengan memakan daun dari pohon terlarang, hilang dan tak diketahui manusia-manusia selepas Seth dan Nimrod. Dan itu pula yang menjadi alasan kedua-dua kaum ini memerangi Tuhan.
Bahkan menurut Talmud, syaitan-syaitan adalah keturunan dari Adam dan Hawa. Setelah Adam diusir dari syurga, dia enggan mencampuri isterinya, Hawa. Dan pada saat itulah, dua setan perempuan mendatanggi Adam yang langsung digauli keduanya oleh Adam. Dalam Talmud disebutkan, Adam menggauli syaitan perempuan bernama lelet selama lebih dari 130 tahun lamanya dan melahirkan ramai anak-anak syaitan begitu pula dengan Hawa selama ditinggal oleh Adam, Hawa juga digauli oleh syaitan laki-laki dan melahirkan ramai anak setan.
Fremasonry adalah Organisasi Dajjal?
Banyak Muslim yang anti-Masonry beralasan bahawa Freemasonry sangat dekat dengan Semitisme dan Zionisme, meski pengkritik lain mengatakan bahawa Freemason ada hubungannya dengan Dajjal. Beberapa Muslim lain yang anti-Masonry beranggapan bahawa Freemasonry memiliki misi untuk mempromosikan Yahudi di seluruh negara di dunia, dan misi terbesar mereka adalah mendirikan Kuil Solomon di Jerusalem setelah menghancurkan Masjid. Pada artikel 28 dari konvensyen Hamas, dinyatakan bahawa Freemason, Rotary, dan kumpulan yang serupa yang lain “bekerja dalam kerangka dan berdasarkan Arahan Zionisme …” Namun, beberapa negara seperti Turki dan Malaysia membolehkan Grand Lodge.
Freemasonry di Indonesia
Di Hindia-Belanda dahulu, rumah pertemuan kaum Vrijmetselarij, dalam bahasa Belanda Lodge atau loji dalam bahasa Indonesia seringkali disebut sebagai “rumah setan”. Sejak zaman Presiden Sukarno, gerakan ini diharamkan di Indonesia.
Loji-loji Freemason ternama di Nusantara tersebar di hampir semua wilayah di Indonesia seperti di Aceh, Medan, Padang, Palembang, Jawa, Sulawesi, dan sebagainya.
Salah satu yang paling terkenal adalah Adhuc Stat alias loji Bintang Timur yang terletak di Menteng, Jakarta Pusat, yang kini digunakan sebagai Gedung Bappenas. Dulu, bangunan ini dikenali masyarakat luas sebagai Gedung Setan, kerana ia sering digunakan sebagai tempat pemanggilan arwah orang mati oleh para angota Mason.
Dr. T.H. Stevens, seorang sejarawan Belanda, dalam bukunya bertajuk “Tarekat Mason Bebas dan Masyarakat di Hindia Belanda dan Indonesia 1764-1962″, yang edisi bahasa Indonesianya diterbitkan oleh Sinar Harapan dalam jumlah yang sangat terbatas, banyak memaparkan tentang gerakan dan tokoh-tokoh Freemasonry di Indonesia . Tokoh-tokoh Mason Indonesia menurut buku tersebut-yang dilengkapi foto-foto ekslusif sebagai buktinya-banyak melibatkan nama-nama terkenal seperti Sultan Hamengkubuwono VIII, RAS. Soemitro Kolopaking Poerbonegoro, Paku Alam VIII, RMAA. Tjokroadikoesoemo, DR Radjiman Wedyodiningrat, dan banyak pengurus organisasi Boedhi Oetomo.
* Enrico Fermi
* Johann von Goethe
* Voltaire
* Duke Ellington
* Rudyard Kipling
* Louis Armstrong
* Winston Churchill
* Giuseppe Garibaldi
* Charles Lindbergh
* Setiap Presiden Amerika Syarikat:
o George Washington
o James Monroe
o Andrew Jackson
o Martin Van Buren
o James Polk
o James Buchanan
o Abraham Lincoln Andrew Johnson
o James Garfield
o William McKinley
o Theodore Roosevelt
o William Taft
o Warren Harding
o Franklin D. Roosevelt
o Harry Truman
o Lyndon Johnson
o Gerald Ford.

Gambar bandingan

















Logo kumpula rock terkenal Malaysia
















Logo Illuminati

Caca Marba: pertubuhan freemason (sekutu dajjal) di Malaysia

Petikand dari :Caca Marba: pertubuhan freemason (sekutu dajjal) di Malaysia


Malaysia Freemasons @ Johor Bahru

ree

Kelab Greenboc: [Video & Gambar] Gunung Merapi Telah Meletus! - u...

Petikand dari :Kelab Greenboc: [Video & Gambar] Gunung Merapi Telah Meletus! - u...: "Gunung Merapi Meletus YOGYAKARTA: Setelah meningkatkan aktivitinya sejak dua minggu lepas, Gunung Merapi akhirnya meletus Selasa pada pukul..."

Terima kasih Greenboc.

Penduduk Malaysia ambillah iktibar akan peristiwa ini. Bencana alam????

Sunday, October 24, 2010

Hitam Bakul Berjeraga: Putih Akhirnya

Kisah yang disampaikan oleh seorang sahabat mengenai persoalan yang ramai juga sebenarnya tertanya-tanya tetapi tidak tahu bagaimana dan kepada siapa persoalan itu hendak diajukan. Orang Melayu ramai yang berbuat sesuatu kerana menuruti apa yang orang lain buat. Tidak ditanya mengapa, kenapa dan bagaimana ianya perlu dibuat.
Lalu pada satu petang yang teduh, seorang cucu bermusykil dan menerpa kepada datuknya yang sedang duduk bersenang diri.Lantas bertanya satu persoalan; "Atuk, Halim ingin bertanya mengapa perlu kita membaca Al Quran sedangkan kita tidak tahu pun maknanya tuk?"  Halim tengok dah lama atuk baca? Dari Halim kecil sampai dah habis PMR. Fahamkah atuk maksud ayat-ayat tersebut? Soal seorang cucu yang menantikan apakah jawapan yang akan diberikan oleh datuknya."
"Mari ke mari cucuku! Sapa datuk kepada cucunya." Atuk akan beritahu Halim mengenai satu cerita perumpamaan tentang membaca Al Quran ini. Halim bingkas bangun kerana persoalan yang agak lama bermain dibenak kepalanya akan terjawab.
"Halim, memang atuk tak faham makna ayat-ayat Al Quran yang atuk baca" Dulu pun bapa atuk hanya suruh sahaja atuk baca, atuk pun ikutlah. Sampai dah masuk lebih 10 kali atuk khatam baca Quran." Lim, atuk bukan tak faham langsung maknanya; ada juga beberapa perkataan yang atuk dapat tahu maksudnya dari kuliah kat surau". "Ya..lah bila setiap hari kita baca; dapat tangkap juga beberapa maksud  perkataan tersebut. Terang atuk kepada Halim."
"Tapi lim,  biarpun kita tidak tahu makna semuanya; hari-hari kita tetap kena baca Quran." "Macam nilah lim, ianya umpama bila setiap hari atuk menyuruh kamu mengambil air dari perigi di belakang rumah untuk dipenuhkan kedalam kolah tu."  "Halim, kena ambil air guna bakul rotan buruk yang atuk gantung dekat bangsal itu. Bakul rotan itu dah hitam berjeraga; itu saja bekas besar yang atuk ada. Setiap pagi, Halim akan bawa bakul tersebut, mengangkat air dan mengandarnya kembali ke kolah; tiap-tiap hari Halim kena buat. Memang berjuraian air itu akan keluar melalui bakul rotan tersebut sepanjang laluan yang Halim lalui nanti; memang payah nak penuhkan bakul rotan tersebut, silap hari bulan tidak mungkin dapat diisi air ke dalam kolah itu kerana sampai sahaja ke kolah sudah kering air dari bakulnya. Tapi yang penting Halim mesti berterusan melakukannya setiap hari. Tanpa rasa penat dan kecewa. 
"Lama kelamaan, biarpun tidak penuh kolah tersebut, air-air yang meleleh keluar dari bakul itu akan membersihkan jeraga-jeraga hitam yang melekat di bakul itu, putih akhirnya bakul yang dahulunya hitam. Terang atuk kepada Halim."
Begitulah kiranya walaupun kita tidak faham makna Al Quran, tetapi jika dibaca setiap hari serba sedikit ianya dapat menyucikan hati yang hitam ternoda. Carilah ilmu untuk memahami bacaaan Al Quran walau hanya satu maksud satu hari. 
Ambillah iktibar dari kisah ini supaya ilmu mesti dicari bagi memahami perkataan Al Quran dan seterusnya mengamalkan ayat tersebut. Pelajarilah bahasa arab bahasa syurga. 

You Will Must Shed Tears After Seeing This Quran Rectation

TOP 5 QARIS IN THE WORLD - QURAN

TOP 10: Best Quran Recitation In The World (My Opinion)

ya tayba

Surah Rahman - Beautiful and Heart trembling Quran recitation (PART 1)

Reviving The Islamic Spirit 7th Convention Trailer

Ulasan Penggulungan Umno: Si Abu Nawas Dalam Umno

Petikan dari msomelayu via kerabu bersuara :Ulasan Penggulungan Umno: Si Abu Nawas Dalam Umno

Terima kasih kedua-kedua atas perkongsian link.

minda cikgupj

Petikan dari : minda cikgupj

Ya Allah selamatkan Al Aqsa

Saturday, October 23, 2010

Ha Lam Alif Lam

  1. Ada beberapa perkara yang perlu disentuh secara terperinci dan berkali-kali supaya perhatian serius diberikan.
  2. Bab pemakanan adalah penting supaya darah daging yang terbentuk diperolehi dari sumber yang halal dan baik.
  3. Apabila kita tidak mempunyai kuasa ekonomi dalam hampir semua displin perniagaan termasuk makanan; pergantungan kepada orang bukan Islam telah membuka peluang kepada mereka dalam percubaan merosakkan orang Islam.
  4. Menyediakan makanan yang mempunyai persoalan nilai halal haramnya dengan harga yang lebih murah telah memperdayakan orang Islam.
  5. Perniagaan borong dan hypermarket lebih memberikan keutamaan kepada pembekal yang menawarkan harga murah kerana orientasi perniagaan mereka hanyalah mengaut keuntungan secara berlipat kali ganda.
  6. Orang-orang kafir ini terlalu bersungguh untuk membiarkan orang Islam mendapatkan makanan yang kurang baik dan haram. Ianya bukan sahaja atas dasar keuntungan perniagaan tetapi objektif utama supaya akhirnya aqidah umat Islam tercemar.
  7. Sedikit demi sedikit pencemaran akhirnya akan merosakkan iman umat Islam.
  8. Keperihatinan dan ketelitian pemilihan makanan halal dan baik di Malaysia kurang diberikan perhatian atas dasar katanya Malaysia ini adalah negara Islam. Mana mungkin ayam cucuk dijual kepada orang Islam? Mana mungkin babi dijual kepada orang Islam?
  9. Langsung tidak diperinci kandungan makanan yang dijual? Asal ada tulisan ha lam alif lam. 
  10. Ada kedai-kedai yang cuba meletakkan bingkai-bingkai ayat Al Quran bagi mengaburi mata  orang Islam; mestilah halal katanya hanya kerana tergantungnya bingkai tersebut.
  11. Kekeliruan tanda dan penguatkuasaan halal dari pelbagai pihak; meruntuhkan nilai moral kebolehpercayaan terhadap pihak yang berwajib.
  12. Lihatlah medan-medan selera, kopitiam, kafe, bistro, hotel, restoran dan sebagainya. Berapa banyak yang sebenarnya halal atau haram?
  13. Halalkah makanan dipremis berstatus halal Malaysia jika pada masa yang sama arak disajikan juga disitu?
  14. Halalkah makanan dikopitiam yang menyediakan makanan ada unsur babi?
  15. Halalkah coklat yang tertera kandungannya berlemak babi?
  16. Bagaimana dengan ubat-ubatan, pil, kapsul, makanan kesihatan, oat dan lain-lain lagi?
  17. Diberikan penjelasan bahawa kita tidak dapat membuat tindakan kerana kurang kakitangan, bukan bidang kuasa dan tiada Akta Halal dalam sebuah negara yang Islam menjadi agama rasmi.
  18. Pernah mendengar sungutan orang bukan Islam yang sukar mendapatkan daging babi segar terjual dipasar sekitar kawasan Shah Alam. Katanya hendak membeli daging babi di Shah Alam macam satu jenayah berat? Sepertinya hendak membeli dadah kata kafir tersebut. 
  19. Jahat sungguh orang kafir laknat ini. Serangan aqidah secara sembunyi dalam cubaan menjatuhkan Islam dengan memberikan makanan haram.
  20. Dan akhirnya pemerintah masih lagi berdiam diri. Mereka mengatakan Akta Halal bukan sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan.

Jijiknya Politik Melayu Islam Malaysia

  1. Sebagai pengundi yang bakal mengundi di saluran 1,2 atau 3 pada pilihanraya umum yang akan datang; situasi politik yang berlaku kebelakangan adalah amat merunsingkan.
  2. Merunsingkan dari segi bahawa kedua-dua pihak pemerintah/pembangkang berbangsa Melayu beragama Islam dalam negara Malaysia ini hanya menang sorak kampung tergadai.
  3. Perbuatan ahli-ahli politik tidak kira pemerintah/pembangkang Melayu amat menjijikkan. Kedua-dua pihak saling berdendam kesumat; rasuah, kronisme, neopotisme adalah sama sahaja. Seperti bayangan cermin salah satu antara duanya. Busuk. 
  4. Fitnah ditabur meracuni pemikiran semua orang. Dewasa, kanak-kanak dan semuanya tercemar dari segi deria penglihatan dan pendengaran. Yang memerintah menggunakan sepenuhnya media arus perdana; yang membangkang cuba memberikan fakta yang belum ada kesahihannya di  media siber.
  5. Kita Melayu tidak berlawan atas dasar polisi pemerintahan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kita tidak dapat memberikan persefahaman bagi mempertahan dan mendaulatkan Islam dan seterusnya jatuh bangun orang Melayu.
  6. Percaturan politik Melayu samada pemerintah/pembangkang hanya berlandaskan serangan peribadi sahaja. Si pemerintah mengatakan si pembangkang rosak dan sebaliknya.
  7. Membongkar keburukan pihak lawan, menokok tambah cerita, mempalsukan dokumen, mempersendakan ayat Al Quran dan berbagai lagi yang hanya merugikan Melayu yang semakin kehilangan segala-galanya di tanah air ini.
  8. Dasar pemerintah/pembangkang sama sahaja. Membesarkan tembolok sendiri; berkepentingan peribadi dan menjual amanah lalu mengkhianati kepercayaan yang diberi berlaku kepada pemerintah/pembangkang.
  9. Tidak kira pemerintah/pembangkang mempergunakan Islam dengan tidak sewajarnya. 
  10. Mufti, bekas mufti, ulamak dan ahli agama tidak bersefahaman dalam mengeluarkan kenyataan sehingga rakyat terbanyak keliru. Masing-masing hendak menunjukkan kepandaian agama; mengapa tidak ada satu keputusan dan kenyataan dibuat oleh ijtimak ulama. Kita bergaduh dalam agama pasal isu-isu yang tidak sepatutnya. Tetapi sehingga sekarang semua pihak samada pemerintah/pembangkang tidak dapat menutup kedai-kedai makan yang mempalsukan sijil halal. Apa hukuman yang diberikan kepada syarikat yang menjual ayam tidak disembelih?
  11. Alasannya kerana tiada Akta Halal dan bukan bidang kuasa? Apa yang pemerintah/pembangkang Islam ini buat? Hanya berbahas pasal orang berbini dua, orang nak bankrap dan sebagainya.
  12. Halal dan haram ditakrifkan dengan kepentingan politik masing-masing.
  13. Sedarlah, ini semua tidak berlaku 30-40 tahun lalu, biarpun dalam kepimpinan pemerintah/pembangkang.
  14. Semua ini akhirnya merugikan Islam dan Melayu. Siapa yang untung? Siapa lagi kalau bukan orang-orang tidak kira diselatan, utara, timur dan barat; orang-orang yang hanya mahukan satu lagi kuasa untuk mendapatkan tanahair ini setelah kuasa ekonomi telah lama mereka jajahi.
  15. Berwaspadalah dengan Yahudi kecil ini. Mereka mahukan Melayu Islam Malaysia makan benda-benda yang haram supaya hati menjadi gelap. Bila hati dah rosak; paksi hidup tergelincir dari landasan yang benar.

Finnish Convert calling For Prayer Athan

Friday, October 22, 2010

Seluruh orang di gereja masuk Islam di USA Ramadhan 2010

38. Famous people who converted to islam ..

13 yo british boy convert to islam

All are crying after a British man converts to Islam

Powerful Heart Trembling recitation - Muhmmad al Laythi

Breathtaking Recitation(AMAZING)!!!!!!!!!!!

Surah Al-Mulk - Ibrahim Jibreen - BEAUTIFUL RECITATION!

Sakata Sakta

  1. Alhamdulillah. Dapat discharge juga setelah seperti biasanya mendapat pakej 3 hari 2 malam di HKL. 
  2. Dalam keadaan nikmat kesihatan yang sedikit berkurangan; kena tahan wad itu menjadi keperluan bagi tujuan pemerhatian. Khuatir jika hanya duduk rumah menahan sakit akan membawa musibah yang lebih buruk kerana usaha dan ikhtiar perlu dibuat.
  3. Memang tiada siapa pun yang suka sakit; buat-buat sakit. Sakit dan mati bukan benda gurauan. 
  4. Pasrah dan redha akan ketentuan Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.
  5. Selepas keluar, kerinduan untuk kembali berjemaah disurau; setelah hampir seminggu tidak dapat bersama. Terus bersama majlis ilmu.
  6. Islam itu adalah yang terbaik antara ilmu dan amalnya.
  7. Jangan jadi nasrani yang tidak berilmu tapi rajin amalannya.
  8. Juga jangan jadi Yahudi banyak ilmunya tetapi malas amalnya.
  9. Malangnya ramai Melayu Islam sekarang malas untuk mencari ilmu dan lagi malas pula untuk beramal.
  10. Ramai yang amal mungkar nahi maarof.
  11. Antara ilmu terpenting dalam kuliah berkenaan solat pada malam ini adalah berkenaan dengan berhenti seketika selepas bacaan surah pada rakaat pertama dan kedua, juga selepas Al Fatihah bagi rakaat ketiga dan keempat sebelum membongkokkan badan untuk rukuk.
  12. Moralnya supaya kita jangan tergesa-gesa; nak cepat habis dan sibuk kepada perkara yang lain kerana Allah itu Maha Penyantun.
  13. Syukur Ya Allah, berikanlah apa yang terbaik bagiku untuk menyempurnakan taat setiaku hanya padaMu. 

Monday, October 18, 2010

Menjelang 38

  1. Alhamdulillah diizinkan Allah esok hari lahirku yang ke 38. Maha Suci Allah; telah diberikan 37 tahun kepadaku untuk menjadi khalifahnya dimuka bumi ini.
  2. Aku mempunyai kehidupan yang hebat. Sama seperti orang-orang lain. Kau Maha Pemurah dan Maha Adil Tuhanku.
  3. Pengalaman hidup, suka dan duka, dahulu bujang kini berkeluarga, mempunyai isteri yang hebat dan anak-anak yang bijak, rakan -rakan yang berjaya dan hampir kesemuanya telah kau berikan.
  4. Cuma, masa-masa lampauku agak kurang mensyukuri nikmat Islam dan Imannya. Aku lupa dan lalai Tuhanku.
  5. Ya Allah; kau telah limpahi rezekiMu yang berlimpah ruah untuk kehidupanku. Baru kini aku sedar; aku hanya mulai untuk mengucapkan kesyukuran kepadaMu.
  6. Aku yang bersalah; usia selama 37 tahun yang penuh dengan nikmat hidup dan sihat itu sebenarnya ada juga yang tidak digunakan pada tempat yang sepatutnya.
  7. Lalai dan cuai sebagai hambaMu. Ya Allah; aku terlalu mencari dunia yang akhirnya tidak juga aku puas mendapatkannya. Hanya cuba menjadi kaya dunia tapi kikir iman akhirnya.
  8. Aku persiakan usia muda dengan melakukan banyak dosa yang tidak sepatutnya dibuat oleh orang mukmin kerana aku dibuai oleh noda indah dunia yang sementara ini.
  9. Aku tidak memberikan tumpuan dan sepenuh kasih sayang kepada arwah ibu dan ayahku kerana ego aku; Ya Allah; kau ampunilah dosa-dosaku ini.
  10. Menjelang umur ke 38 ini telah memberikan petunjuk bahawa baki hidup sudah menjadi terlalu sedikit. Sempatkah aku? 
  11. Doa dan pintaku sekiranya aku dipanggil untuk kembali ke pangkuanMu, izinkan aku mengunjung Tanah SuciMu agar dapat aku menyempurnakan kerukunanku sebagai umatMu.
  12. Ya Allah, sekali lagi aku memohon ampun atas kelalaianku, tetapkan imanku, berikanlah taufik dan hidayat kepadaku supaya sentiasa bersyukur dan mengingatiMu. Aku hanya makhluk yang lemah, lindungi aku dari syaitan yang direjam.
  13. Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, kedua ibu bapa mertuaku, isteriku, anak-anakku, adik beradikku, saudara-saudaraku, rakan-rakanku dan sekelian orang Islam samada yang masih hidup atau telah mati. Ya Allah, kau rahmatilah kami, kau redhakan kehidupan kami.
  14. Aku bertaubat kepadaMu Ya Allah. Aku kembali kepadaMu Ya Allah; aku meyesal atas perbuatan maksiat yang pernah aku lakukan.
  15. Ampunilah hambamu ini Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain selainNya. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa.

Sunday, October 17, 2010

Allah Maha Pengampun-"La Tahzan" (Dr Aidh Al Qarni)

Alvertiasiamo

  1. "Alvertiasiamo" bermaksud marilah kita berubah. Beralihlah! Tukar kepada yang lebih baik.
  2. Perubahan amat diperlukan supaya kehidupan dapat diteruskan seperti biasa dan apa yang terpenting adalah objektif sebagai muslim adalah mencukupkan Rukun Islam kelima iaitu menunaikan kefarduan haji.
  3. Biarlah nafsu itu tidak pernah cukup dan sentiasa mahukan dunia yang terbaik tetapi dalam masa terdekat hati ini terlalu bergelora untuk melengkapi rukun kelima ini supaya penyempurnaannya nanti mendapat keredhaan Allah.
  4. Persoalan menunaikan haji hanya apabila menanti seru dari Allah juga perlu dielakkan kerana panggilan menjadi tetamuNya perlu dimulai dengan langkah yang pertama dan bukannya hanya duduk berdiam begitu. 
  5. Pilihan dan panggilan haji itu bukan urusan manusia dan ia adalah milik Allah.
  6. Anggapan bahawa setiap dosa akan dibalas tunai di Tanah Suci juga perlu diperhalusi dengan kembali menghitung diri kerana sesungguhnya jangan bersangka buruk kepada Allah. 
  7. Sentiasa memohon keampunan dan bertaubat agar segala dosa itu dimaafi dan jika balasan itu nanti menjadi fitnah mintalah supaya ianya dielakkan.
  8. Marilah kita bersama-sama 'alvetiasiamo' kearah yang lebih baik; berdoa supaya akhir kehidupan kita berada dalam kesudahan yang baik; bukannya kesudahan yang buruk; seterusnya dengan keredhaanNya kita akan dapat dimasukkan ke syurgaNya.
  9. Juga dalam perniagaan; jika ada pilihan yang lebih baik; pergilah mendapatkannya kerana jika lebih lama ditunggu lebih derita; perlu ada tindakan sewajarnya.
  10. Kejayaan dalam perniagaan banyak yang bermula dengan kegagalan yang menjadi iktibar; perbandingan, motivasi dan pembentukan rohani yang lebih dekat kepada Tuhan.
  11. Kelalaian dan banyak pergantungan kepada mahkluk dalam mendapatkan perniagaan juga boleh mengelincirkan landasan iman mukmin sedangkan hanya kepada Allah sahaja kita perlu meletakkan harapan dan tawakkal kita.
  12. Aku bermohon kepadaMu supaya dilindungi bisikan syaitan, fitnah dunia, cengkaman orang kafir dan fitnah dajjal. 
  13. Dengan tawadduk kepadaMu; aku memohon agar diberikan peluang untuk dipanggil menjadi tetamuMu dalam aku melengkapi Rukun Islamku.
  14. Ingatlah; hanya kepada Allah kita berserah; Ya Allah; cukuplah perhitunganku denganMu Tuhanku yang Maha Mulia; Tiada sesuatu yang lain dihatiku selain Allah dan nur Muhammad pesuruh Allah.
  15. Ya Allah, Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan. Matikan kami Ya Allah dengan agama Islam. Amin.

Tiga Masa Yang Dirahsiakan

  1. Ada tiga masa yang dirahsiakan oleh Allah tetapi ketiga-tiga peristiwa itu diberikan petanda supaya kita sentiasa bersedia.
  2. Pertamanya; jodoh. Jodoh adalah rahsia Allah dimana tiada seorang pun boleh meneka bila mereka akan dapat disatukan dengan pasangannya. Belum tentu yang dah berkenalan sejak dari bangku sekolah akan mendapat jodohnya dengan kenalan tersebut. Dan ada juga yang mengakhiri bujangnya dengan begitu cepat hanya sekadar berkenalan dalam masa yang singkat.
  3. Ada yang telah berkawan, berpisah dan kembali bertaut kasih setelah hampir 20 tahun dan berbagai lagi.
  4. Yang keduanya; ajal maut. Sakit, sihat, tua dan muda; setiap seseorang pasti akan menemuinya tanpa diketahui masa dan ketika. Yang tengah duduk bersahaja ; tegap dan sihat ketika itu; juga dengan tiba-tiba pergi selamanya.
  5. Yang dikasihi baru sahaja petang tadi bergurau senda tiba-tiba waktu senja diberitahu telah tiada akibat kemalangan jalanraya.
  6. Yang terbaring sakit menderita; uzur dan tidak berdaya hampir masuk tahun kelima; pagi tadi masih lagi bernyawa.
  7. Sesungguhnya ajal itu tiada siapa yang tahu bila datangnya,
  8. Yang ketiga masih lagi menjadi rahsia Ya Rabbi adalah hari keumusnahan dunia yang fana ini; kiamat.
  9. Tidak diketahui tahun ini, 2012, 2020, atau jumaat yang akan datang.
  10. Hampir kesemua tanda kecil telah terjadi dan kini tanda-tanda besar kiamat itu mulai keluar satu persatu.
  11. Ketiga-tiga itu dibuat adalah untuk kita sentiasa bersedia; melakukan persediaan untuk menemui ketiga-tiga hari tersebut supaya pertemuan kita nanti akan dapat membahagiakan ini dunia dan akhirat.
  12. Berdoa Rab Ba Na Atina Pit Dunnia Hassana .....bukan bermaksud 50% dunia dan 50% akhirat. Akan tetapi ia bermakna komitmen atau amanah yang diberikan sepatutnya 100% dunia dan 100% akhirat. 
  13. Akhirnya; apa yang pasti dengan rahmatNya; objektif ketiga-tiga hari yang tersebut adalah untuk dipilih memasuki asrama syurga Allah.