Saturday, June 7, 2008

Kita Masih Terendah

Petang itu satu panggilan telefon kurang lebih pukul 3.30 petang dari orang minyak mengatakan tolong isi minyak full tank. Malam nanti minyak naik. Tak tahu berapa sen naik. Mungkin 30-40 sen.

Maghrib sampai rumah relax sebentar sambil tuntun stesen tv yang buat drama murahan Melayu semua dah kaya. Opps..terperanjat sungguh bila tahu kadar kenaikan sampai 78 sen. Semakin rendah nilai duit itu kerana kenaikan tersebut seolah-olah langsung tidak membebankan.

Realitinya bukan sekadar membebankan tetapi membebalkan rakyat untuk berfikir bahawa kehidupan amat sempit. Tidak sesempit malam pertama tetapi kesempitan itu tidak membebankan katanya. Apa yang paling penting katanya ia masih terendah di kalangan negara Asia.

Bila saat kenaikan harga minyak ini didengari maka dengan itu semakin ramai yang darahnya naik. Berpusu-pusu beratur nak isi full tank. Habis jammed jalan, accident juga banyak berlaku kerana kononnya malam itu mereka marah. Kan dah kata ianya masih terendah. Yang mana rendah harga minyak atau nilai menteri yang menjaga minyak itu atau apa-apa yang sahaja yang membuatkan darah orang naik. Masih juga katanya kita yang terendah.

Akhirnya apa yang sebenarnya berlaku kita masih terendah...gajinya, pendapatan tahunannya, anti rasuahnya, kerana apa? Kerana si penjawat jawatan penting ini bukan anti rasuah tapi nanti rasuah.

Thursday, June 5, 2008

Liberalisasi Katanya

Pak Uteh dan Mak Uteh sememangya orang dari kampung. Pencen kerajaan. Semua maklumat dapat daripada apa yang disaji oleh sebuah tv swasta yang lebih berperangai buruk daripada tv kerajaan. Rancangannya buruk-buruk belaka. Habis drama yang ada dah macam tak ada Melayu yang merempat. Datuk-datuk dah lebih ramai dari datuk cucu. Kisah semua lelaki kaya nak kahwin dua, rebut harta, anak zina dengan bapa tiri, kata jangan rempit pada remaja tapi habis maksima impaknya kereta macam tak ada undang-undang.