Thursday, November 29, 2018

Wednesday, November 28, 2018

Mencintai Muhammad

Motivasi Anak & Iman

aku @ UK

Durian dan Kambing

  1. Pertamanya mulai coretan ini dengan mengingati salah satu tanda kecil kiamat apabila orang yang tidak selayaknya dilantik menjadi pemimpin.
  2. Kepimpinan memerlukan kepandaian dan keberanian dalam membuat keputusan. Ada juga pemimpin yang pandai berkata-kata dan ada juga pemimpin yang mengambil jalan untuk senyap; yang penting keputusan kerja tersebut.
  3. Ada orang suka membawa dunia nyata dan mistik mencantumkan alam roh dan manusia, ini bukan saya yang kata ini kata-kata seorang 'ilmuan'.
  4. Bukan semua hal yang memerlukan pemimpin membuat keputusan bersama-sama dengan orang dibawahnya. It is not top down. Ini bermakna payung terbalik, maka apabila hujan pasti orang-orang yang berteduh dibawahnya kebasahan.
  5.  Adakah GI itu steel? Persoalan yang nampak kurang cerdik bagi orang-orang berlatar-belakangkan bidang teknikal.
  6. Antara superman dan hulk mana yang lebih kuat?
  7. Sungguh jelek apabila orang yang suka menganggap dirinya suci dan menuduh orang lain yang mencuri sedangkan sebenarnya dialah pencuri yang sebenarnya. Tak ubah sepeti kelip-kelip terbang malam.
  8. Dalam tempat yang katanya butik itu; berhati-hatilah. Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk dan duri yang akan mengait. Tempat ini kita bisa akan melihat itik-itik suka berebut tembolok.
  9. Kadang-kadang kita pun hairan; ada orang suka merokok, ada rokok tiada lighter; ada lighter tiada rokok dan tiada rokok tiada lighter. Ini adalah pilihan.
  10. Ada orang suka makan kambing dan durian tapi belanjanya mahu percuma sahaja.
  11. Akhirnya ingatlah jangan kita berterusan menjadikan keldai seperti kuda.
  12.  Husnozon; kita biasanya suka sangat berfikir yang mangga amra itu disangka kedondong.

Thursday, November 22, 2018

James Bond; Antara Yang Terbaik Dalam Yang Terbaik

  1. Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang.
  2. Ini coretan buat teman-teman James Bond aku. Kerana Allah kita bertemu dan kerana Allah juga kita akan berpisah.
  3. Dalam kitaran dan pusingan hidup ini; pastinya kita akan bertemu kelompok orang-orang yang begitu rapat selain daripada mereka-mereka yang mempunyai ikatan kekeluargaan.
  4. Teman-teman sekerja yang rapat disaat kematangan umur adalah sedikit istimewa berbanding sahabat semasa seusia remaja dan rakan sekolah.
  5. Teman-teman hebat dan istimewa ini hadir dalam jiwa yang tidak keharuan. Krisis pertengahan hidup (Mid Life Crisis). Adat muda menanggung rindu, adat tua menahan ragam.
  6. Ya Allah sesungguhnya aku amat-amat bersyukur kepadaMu kerana menemukan aku dengan teman-teman James Bond ini.
  7. Akal dan budi mereka terkadang melampaui ikatan kekeluargaan kerana kau semaikan perasaan kasihMu ke dalam hati nurani mereka. Ya Allah aku mensyukuri nikmatMu atas kurniaan yang tiada nilai ini. Sesungguhnya benarlah ayat-ayatMu yang menjadi peringatan; Nikmat apakah lagi yang hendak kami dustakan?
  8. Inilah sahabat ketawa dan menangis dimana gelak dan hiba itu dikongsi rasa; telur dua sebandung pecah sebiji pecah keduanya.
  9. Aku sebenarnya sudah buntu untuk menulis seperti beberapa tahun lampau tapi kerana kasih sayang ini aku kembali untuk meneruskan coretan-coretan hidup bersama-sama insan berlima yang hebat ini.
  10. Selagi kasih sayang ini masih mengalir dalam hati-hati kami, selagi itu akan aku coretkan sebagai tanda marhabah antara kami.
  11. Sama lebur sama binasa; seikat bagai sirih serumpun bagai serai; setempuh lalu sebondong surut.
  12. Aku berdoa kepadaMu Ya Allah kau kurniakan kehidupan dunia dan akhirat yang terbaik buat kelima-lima sahabatku ini.
  13. Ya Allah kau selamatlah kami, berilah rahmatMu dan temukan kami kembali Ya Allah untuk kami kembali bermain bersama disyurgaMu nanti Ya Allah.
  14. Buat semua sahabat James Bond aku; kelak suatu masa kamu semua akan memahami apa erti coretan ini. Aku sayangkan kalian semua.