Monday, November 1, 2010

13 sebab turun bala

Dari hadith yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi;
Sabda Rasulullah S.A.W;"Apabila umatku nanti telah melakukan  13 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:


1) Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja.
2) Apabila amanah dijadikan sebagai sumber untuk memperolehi keuntungan.
3) Zakat dijadikan hutang.
4) Suami yang taat pada isteri.
5) Anak menderhakai ibu bapa, sedangkan ia baik dengan teman-temannya, dan menjauhkan diri dari ibu bapanya.
6) Suara-suara ditinggikan dalam masjid.
7) Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya.
8) Arak diminum dimana-mana sahaja tanpa kawalan.
9) Ramai lelaki memakai sutera.
10) Artis-artis disanjung tinggi.
11) Orang yang paling hina di kalangan sesuatu kaum diangkat sebagai pemimpin.
12) Banyak jenis muzik dimainkan.
13) Generasi umat Islam kini menyalahkan umat Islam terdahulu"

No comments: