Monday, December 5, 2016

Fynn Jamal - Terbang Tunduk Official Music Video

Travelog Temelong - Udang Kara Sg Siput


  1. Setiap perbuatan perlu didahului dengan niat.
  2. Allah telah menetapkan bahawa pada tarikh ini perjalanan untuk meraikan perkahwinan seorang sahabat yang baru dikenali.
  3. Sebenarnya baru atau lama persahabatan itu tidak boleh mencerminkan bagaimana keakraban itu terjalin kerana silahtaruhim yang terjalin itu telah ditentukan Allah di Loh Mahfuz lagi.
  4. Allah telah memilih siapa dikalangan ramainya manusia itu akan bersahabat di antara satu sama lain.
  5. Persahabatan datang dalam berbagai cara; kawan sekolah, rakan serumah, rakan sekerja, kejiranan, berpesatuan dan macam-macam lagi kaedah yang kita kadang kala tidak menyedarinya.
  6. Peliharalah persahabatan kerana mungkin ada antara sahabat ini adalah sahabat ketawa dan menangis di kala kita memerlukannya.
  7. Dalam perjalanan ini; kami bertiga pertama kalinya menaiki keretapi elektrik daripada bandaraya Kuala Lumpur menuju ke satu lagi destinasi iaitu bandaraya Ipoh. Yelah kadang-kadang pelik juga Ipoh dikatakan juga sebagaivbandaraya. 
  8. Renungkan dimanakah titik hentinya musafir kita di dunia ini kerana setiap perjalanan ada mula dan ada akhirnya. Hujan yang lebat suatu masa pastikan berhenti juga.
  9. Sesampainya di Ipoh, seorang lagi sahabat sudah setia menunggu untuk membawa kami menuju ke destinasi seterusnya kerana ritualnya dalam perjalanan hidup yang abadi nanti kita akan berhenti di beberapa perhentian.
  10. Petang telah pun melabuhkan tirainya dan dalam senja nan mearah itu kami meneruskan perjalanan dan akhirnya tika malam baru sahaja bermula kami pun sampai di sebuah desa bernama Temelong, Lenggong Perak.
  11. Di sini katanya bandar pra sejarah yang mungkin menyaksikan bermulanya peradaban manusia di semenanjung Tanah Melayu ini. Selamanya kotak fikir kepala saya akan memanggil tanah ini Tanah Melayu.
  12. Bingkas kami terus menuju ke rumah pengantin untuk meraikan perkahwinan tersebut. Perkahwinan yang menyaksikan ikatan dijalin antara dua insan biar hati belum benar bersatu. Tak apa cinta lepas bernikah itu akan menjadi lebih indah.
  13. Perkahwinan  ini adalah ulangan kepada peristiwa-peristiwa yang mengamit kenangan kedua orang tua mempelai; inilah permulaannya perjalanan sebuah kehidupan; hidup untuk menghidupkan yang lain.
  14. Kadangkalan dalam suatu perjalanan itu kita ada berbagai-bagai matlamat yang ingin dicapai dalam musafir yang sama. Seusai mempelai tiba, kami bergerak pulang untuk meneruskan rancangan seterusnya untuk menikmati udang kara di pekan Sungai Siput.
  15. Bergegas ke kedai makan yang menjadi popular kerana keenakan udang karanya. Empat ekor udang kara dipesan untuk dijamukan kepada kami berempat. Alhamdulillah dengan tujuan dan niat yang baik,  rupa-rupanya kami antara pelanggan yang terakhir pada malam itu. Impian menikmati udang kara tercapai.
  16. Malam sudah semakin tua, awal subuh perjalanan pulang ke bandaraya Kuala Lumpur perlu diteruskan kerana ada masanya banyak perjalanan yang perlu dituju dalam suatu masa yang sama. Nah, betapa singkatnya masa amat terasa.
  17. Syukur kepadamu Ya Allah kerana permudahkan perjalanan Temelong Udang Kara Sungai Siput ini.
  18. Terima kasih saudara Dan & Sulaiman. Anda meminjamkan sedikit masa untuk bersama saya dalam perjalanan yang indah ini.
  19. Untuk saudara Rahman, jaga dan sayangi isteri kerana sampai suatu ketika kasih sayang itu datang dengan sendirinya. Apa yang paling dikagumi anda mendahulukan impian dan cita-cita orang tua anda.
  20. Untuk seiapa sahaja sahabat saya, saya sayangkan anda semua. Anda telah mencorakkan sebahagian daripada kehidupan saya. Anda telah memberikan banyak pengajaran berguna kepada saya dan saya sentiasa bersyukur mempunyai sahabat seperti anda semua. Insya Allah persahabatan ini akan diredhai oleh Allah dan akhirnya kita akan bersama di syurga kelak.