Friday, March 26, 2010

Sepertinya Hanya Padang Bola (Re-entry)

Empat sudut padang ini
Diukur tepat aku punya
Digaris jalur tanda sempadan
Ada luar; ada dalamnya.

Ketika itu
Engkau datang merangkak
Minta bermain dipadang aku.
Bersama dua tiga kawanmu
Kami setuju kerana katanya kita satu

Memang aku dan kawanku mudah lupa
Semasa bersama teman leka
Asyik berlari-lari mengejar bayang petang
Kau tendang bola itu sampai rosak padang

Lalu satu hari
Seronok kau beri aku bola
Konon untuk bermain bersama
Walau hanya diberi bola plastik
Bukan  pula bola getah
Seperti kami punya

Dulu aku tendang jauh
Agar engkau penat mengejar
Rupanya kau pintar
Engkau lari silih berganti
Pegang tangan himpun hati
Agar satu hari padang bola ini
Akan aku beri tiada peri
Akhirnya dapat nanti kau miliki.

Hari demi hari
Bertukar pula baju
Kau pula tendang bola itu laju.
Tak terdaya aku mengejarnya
Sampai akhirnya
Apa aku amat takut
Padang ini pasti akan engkau yang punya
Kalau aku sepaknya lemah
Hantar silang tahan tiada.
Dan sampai masa
kami semua hanya jadi pengutip bola sahaja.

Blogged with the Flock Browser

5 comments:

Anonymous said...

Kata-kata yang sederhana namun mengena...menyentuh,,,from BUKAN SEKEDAR BLOGGER BERTUAH

BUKAN SEKEDAR BLOGGER BERTUAH said...

Kata-kata yang membuat aku tersentak,,,kata-kata sederhana...namun mengena ke tema...salam persahabatan...from BUKAN SEKEDAR BLOGGER BERTUAH

Daeing Mayong said...

terima kasih...