Wednesday, October 25, 2017

Ulang Dan Ulangan

  1. Persis suatu pemahaman yang baik adalah bergantung kepada tahap inteligensi akal seseorang.
  2. Mungkin ianya berbeza-beza berdasarkan kepada tahap kecergasan minda ataupun dayafikir semulajadi yang ada pada seseorang.
  3. Ada yang sungguh lemah dan berulangkali perlu diperjelaskan agar pemahamam kepada sesuatu perkara itu menjadi lebih baik, daripada tak tahu kepada tahu, tahu kepada lebih tahu dan sebaiknya.
  4. Tetapi, persoalannnya jika berulangkali diberitahu dan masih juga tidak faham ianya akan menjurus kepada dua persoalan.
  5. Pertamanya samada yang memberikan penerangan itu juga sebenarnya tidak ada pemahaman yang baik kepada sesuatu subjek yang diterangkan.
  6. Atau keduanya orang yang menerima peneranganan itu sebenarnya mempunyai masalah. Masalah apa ye? Then ask yourself to explain. It's not me.
  7. Walau bagaimanapun apa yang menjadi lebih parah apabila ada orang yang tidak faham dan buat-buat faham. Inilah masalahnya kerana tafsiran orang yang sebegini akan melencong kepada perkara yang sebenarnya. As simple all munafiqun people are like this. Again, ask yourself, if it is applicable to you.
  8. Actually, keintelektualan perlu disandarkan kepada pencapaian kertas akademik. That all Yang Arif. I have no further question.

Tuesday, October 24, 2017

Umpan Dan Pancing

  1. Ada orang suka memancing tetapi tidak mempunyai joran.
  2. Ada orang tidak suka memancing tetapi ada joran sendiri. 
  3. Ada orang ada joran, suka memancing tetapi tiada umpan.
  4. Ada pula ada joran tidak suka memancing tetapi mempunyai umpan. 
  5. Dan ada juga dia hanya ada umpan.
  6. Nah begitulah resamnya pelbagai orang. Sempurna itu berbeza-beza daripada sudut pandangan. 
  7. Dalam hidup joran itu nafsu dan nikmat dunia itu umpannya.
  8. Bagi si pemancing siang dan malam joran itu mesti dilontarkan ke dalam air. Sebilang masa joran mesti bekerja; dapat atau tidak ikan bukan tujuan utama. 
  9. Apa yang utama kail mesti ada dalam air. Biarlah anak-anak itu lapar dan bini sampai hilang sabar. Demi joran itu bini sering ditipu. Kerja lebih masa katanya. Sedar-sedar sedang berasap-asapan setia memasang joran pergi memancing rupanya.  
  10. Jika umpan dimakan adalah rezeki untuk si pemancing. Boleh dibawa pulang untuk hibur si isteri yang sedang berduka menunggu hingga ke petang mana hilangnya si abang. Jika hampa belaka alasan keluar bekerja menjadi agenda utama untuk selamatkan diri.

Gelak Sundal Vs Intel Outside

  1. Why him?
  2. Sebab aku rasa somebody are behind the scenes.
  3. And again it is terrible.
  4. Menyampah betul rasanya.
  5. Betulkah apa yang dipilih dan dilantik ini?
  6. Benarlah akhir zaman ramai yang tidak sepatutnya berada ditempatnya.
  7. Inikah yang dinamakan mengambil tanggungjawab sekadar mengangkat tanda tangan telunjuk?
  8. Again and again have to explain, why the RAM is so kecik or the processor is never process. Then it's supposed intel outside. Be careful.
  9. Apakah dengan bergelak sundal itu maknanya sudah cukup lawaknya?
  10. Oh alangkah ruginya bagi mereka-mereka yang tahu bahawa ada yang diangkat itu sebenarnya tidak tahu apa.
  11. Dan akhirnya sama-sama bergelak ketawa kecil bersama yang menangis.
  12. Oh sundalnya gelak itu.

19 OKtober datang lagi

  1. Alhamdulillah diberikan peluang oleh Maha Pencipta bertemu lagi 19 Oktober pada tahun 2017 ini  untuk yang kali ke 45.
  2. Buat arwah Mak, terima kasih kerana mengandung dan bertarung nyawa melahirkanku. Biasanya semasa Arwah Mak ada, aku pasti akan menelefon mak untuk melafazkan ucapan terima kasih ini berulang kali setiap 19 Oktober.
  3. Sejak Mak pergi; tiada lagi ucapan sebegitu yang dilafazkan tetapi dalam ingatan ini pasti berterusan melahirkan rasa terima kasih buat mak kerana menjadi seorang ibu yang paling hebat. Menjadi yang terbaik dalam yang terbaik. Kasih sayang Mak tiada tolok gantinya.
  4. Pengorbanan dan jerit payah mak semoga Allah membalasi syurga buatmu seorang srikandi hebat. Sememangnya sedikit pun tidak terbalas Mak akan susu dan jasamu itu. Apalah daya anakmu ini amat lemah Mak.
  5. Allah memberikan hanya sedikit masa untuk menjaga dan berbudi kepada Mak kerana Allah mengambil semula Mak di saat kami mulai berkongsi sebutir kemanisan dalam kehidupan.
  6. Allah menguji Mak dengan sakit kanser yang kesudahan penghujungnya seperti sudah dijangka.
  7. Mak melalui sakit itu dengan penuh derita. Kering sudah air mata Mak menahan sakit. Hilang sudah jerih Mak melawan sakit yang amat sangat itu sebagaimana gugurnya satu persatu rambut Mak selepas selesainya kimoterapi untuk melawan sel-sel kanser Mak.
  8. Pernah saya bersenda dengan Mak, Mak comellah sekarang; yang mana sebenarnya pada masa itu muka Mak mulai bengkak dan sakit.
  9. Disaat sakit yang amat sangat itu, Mak juga kehilangan penglihatan untuk melihat dunia sekelilingnya, menyaksikan bagaimana anak-anaknya memanjangkan sebuah kehidupan yang penuh dengan kisah-kisah airmata ini.
  10. Kami berpegang bahawa Allah menguji umatNya setakat mana yang hambaNya itu mampu menanggungnya.
  11. Mak hanya mampu mendengari suara anak-anak dan cucu-cucu yang baru bermanja dengan neneknya. Tetapi suratannya telah tertulis begitu Mak. Kami redha pada semua yang terjadi kerana Allah Maha Mengetahui akan sesuatu yang terjadi itu.
  12. Ya Allah Engkau gantilah kesakitan yang kau berikan kepada arwah Mak dengan meningkatkan darjatnya untuk mendapat redhaMu.
  13. Sesungguhnya hanya Engkau Maha Pengasih Dan Penyayang, dengan redhaMu kau jemputlah arwah Mak untuk menjadi penghuni syurgaMu.
  14. Buat adik-adik yang telah bersusah payah bersengkang mata menjaga arwah Mak, terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah membalasnya dengan pahala dan memberikan kita dengan penghidupan yang lebih baik.
  15. Insya Allah generasi kamu yang akan datang akan menjaga kamu dengan baik sepertimana yang kamu telah lakukan yang terbaik buat emak.
  16. Akhirnya kehidupan ini perlu diteruskan dengan sifat kasih sayang; walaupun secara zahirnya kamu tidak nampak bagaimana kasih sayang itu dihulurkan kepada kamu.
  17. Saya sayang anda semua; untuk sesiapa sahaja yang mengenali diri ini tidak kira rakan sekelas, rakan sekerja, sahabat-sahabat handai, saudara mara dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada rencah hidupku. Semoga Allah melindungi dan memberikan rahmatNya kepada kita semua.
  18. HABLUM MINALLAH WA HABLUM MINANNAS (jaga hubungan dengan Allah dan jagalah hubungan sesama manusia).