Tuesday, April 11, 2017

  1. Buat anakku Ammar,  Affiq dan Aniq.
  2. Kamu bertiga adalah kurniaan Allah yang paling hebat buat ayah.
  3. Kamu bertiga adalah amanah terbesar yang perlu ayah jaga.
  4. Ingatlah anak-aaakku akan tiba masanya mesej ini akan kamu semua baca tanpa ayah disisi kamu semua.
  5. Pada masa itu, hayatilah kata-kata di atas, fahamilah dan hadamlah mesej yang cuba ayah sampaikan kepada kamu semua.
  6. Tiada ucapan selain daripada Alhamdullillah kerana menjadi sebahagian daripada kehidupan ayah.
  7. Kamu bertiga perlu fahami bahawa dalam adanya perbezaan antara kamu bertiga, maksud perkataan nama kamu yang bertiga itu hampir membawa maksud yang sama.
  8. Anak-anak ayah sekeliannnya, jadilah kamu seorang yang cerdik, kuat dan tampan dan akhirnya sentiasa menjadi anak yang soleh.

Sunday, April 9, 2017

Near Miss

  1.  Kejayaan datang dalam berbagai-bagai bentuk.
  2. Untuk calon peperiksaan; kejayaan adalah memperolehi keputusan yang cemerlang. Straight 'A'  untuk semua subjek.
  3. Untuk yang bertemuduga;  kejayaan itu apabla berjaya diterima bekerja dan dapat melaporkan diri bekerja ditempat yang ditemuduga tersebut.
  4. Untuk calon suami; kejayaan adalah apabila berakad nikah untuk mengambil amanah yang besar untuk menjaga seorang perempuan yang selama ini dipelihara oleh ayah gadis tersebut. Kejayaan ini datang dengan satu tanggungjawab yang sungguh berat.
  5. Untuk suami dan isteri; menerima berita gembira apabila sang isteri berbadan dua adalah sebahagian daripada kejayaan. Ini juga kejayaan yang memerlukan lebih banyak DUIT agar anak yang lahir nanti menjadi anak yang soleh atau solehah.
  6. Dan bukan semua kejayaan akan datang sekelip mata.
  7. Pasti akan terjadinya kegagalan. Gagal. Sedikit sahaja lagi.
  8. Bukan rezeki kita.
  9. Nasib tidak menyebelahi kita.
  10. Itulah antara beberapa ungkapan apabila kita tidak berjaya mencapai apa yang dihajati.
  11. Sebenarnya apabila kejayaan itu tidak dicapai, fikir dan renunglah tentang DUIT.
  12. Pertamanya DOA; adakah kita sudah berdoa kepada Allah untuk memohon kejayaan tersebut. Hanya dengan redha dan kudratNya sahaja kita akan berjaya. Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. Allah mendatangkan kejayaan dalam pelbagai bentuk. 
  13. Keduanya USAHA; renung-renungkanlah akan usaha kita. Tiada kejayaan yang dicapai tanpa usaha. Ada setengah orang cakap jangan kerja kuat tapi kerja dengan cerdik. Sebenarmya kita perlu rajin bekerja. Kerajinan pasti akan membuahkan kejayaan.
  14. Faktor ketiga IKHTIAR; untuk difikirkan dalam mengukur kejayaan kita adalah sejauh mana kita telah berikhtiar untuk berjaya. Ikhtiar perlu disokong oleh sikap-sikap murni yang dapat melonjakkan lagi motivasi untuk mencapai kejayaan tersebut.
  15. Ada orang kuat berusaha tetapi ikhtiarnya kurang kerana dia berusaha dengan cara membuta tuli sahaja. Ingat jangan beramal tanpa ilmu dan jangan berilmu tanpa diamalkan ilmu tersebut.
  16. Akhir sekali TAWAKAL; setelah usaha secara bersungguh dengan berbagai ikhtiar dan disulami dengan doa yang mengunung tinggi kepada Sang Pencipta, kita perlu tanamkan untuk bertawakal kepada Allah. Berserahlah kepada Allah. Insya Allah kita akan  mengecapi kejayaan.
  17. Kejayaan sebenarnya adalah menjadi anak yang soleh agar dapat mendoakan kedua orang tuanya.
  18. Kejayaan terbaik adalah tidak kedekut untuk bersedekah kerana apa yang kita punya bukanlah milik kita.
  19. Dan kejayaan paling hakiki adalah berjaya masuk ke syurga dengan redha Allah.
  20. Kepada yang masih belum berjaya, bersabarlah. Ingatlah setiap near miss itu ada hikmahnya.

Sunday, March 26, 2017

Syarahan Terakhir

Satu  Perkongsian. Ada manfaatnya...
Ahmad bin Abdullah, 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Mellon University. Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.
Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Daud,Hussein dan Marzuki dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.
Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.
1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.
2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.
3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.
4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.
5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.
6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.
7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.
8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.
9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.
10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.
11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.
12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.
13. Senyum dan tertawa selalu.
14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.
15. Hubungi keluarga kamu selalu.
16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.
17. Maafkan orang lain.
18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.
19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.
21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.
22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.
23. Tuhan itu penyembuhan.
24. Buat perkara yang betul.
25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.
26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.
27. Yang terbaik akan datang kemudian.
28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.
29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.
30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.
Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

4 perkara yang lebih baik

Dalam Kitab Nashaihul Ibad tulisan Imam Nawawi dijelaskan mengenai 4 sifat sebagai perkara yang baik dan 4 sifat lagi yang jauh lebih baik.

Sebagian ahli hikmah berkata:

Ada 4 perkara baik, tetapi empat perkara lainnya jauh lebih baik yaitu :

1. Sifat dan rasa MALU yang dimiliki kaum lelaki itu adalah baik, namun jauh lebih baik jika malu dimiliki kaum perempuan.

2. Sifat dan sikap ADIL  yang dimiliki setiap orang itu adalah baik, namun jauh lebih baik jika sifat adil itu dimiliki oleh para penguasa, pemimpin atau raja.

3. Sifat dan SUKA BERTAUBAT bagi orang berusia/ tua itu adalah baik, namun jauh lebih baik sifat suka bertaubat pada orang yang lebih muda.

4. Sifat PEMURAH kaum hartawan itu baik, namun jauh lebih baik jika sifat pemurah itu ada pada diri orang yang fakir miskin.

Sentiasalah kita berdoa kpd Allah swt dengan sesungguh hati dgn doa yg berikut:

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)"

Al Ahqaf 46:15

Wallahu a'lam

Friday, March 24, 2017

Unta Hitam

  1. Unta dengan kambing mana yang lebih besar?
  2. Unta dengan kambing siapa yang lebih teruk dipergunakan?
  3. Biasa mangsa kepada keadaan dipanggil kambing hitam; ianya bermakna kedajalan beban itu tidak berapa besar.
  4. Tetapi apabila kedajalan itu lebih besar rasanya kambing pun tidak mampu nak tanggung beban itu.
  5. Jadi mengapa unta yang dipilih?
  6. Kerana unta lebih sinonim dengan padang pasir.
  7. Padang pasir lebih mencerminkan betapa teruknya orang Arab yang memakai jubah tetapi munafik?
  8. Ada sesiapa yang makan cili terasa pedas?
  9. Sememangnya makan cili perlu merasai kepedasannya, jika cili itu mulai masam maka berhati-hatilah. Tunggu sahaja masa untuk pergi.
  10. Suka lagi sekali saya mengingatkan diri saya bahawa ramai orang yang masuk syurga itu pendosa yang bertaubat dan ramai orang yang masuk neraka itu alim yang munafik.
  11. Sekian.

Friday, March 17, 2017

Usia 40 tahun

"Berhati-hati di usia 40 tahun"

Umur 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.

Usia 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)."

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Kalau sekarang kita rasa 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…

Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..

Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah dia mempersiapkannya…?!

Allah ta’ala berfirman (yang artinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

Wednesday, February 8, 2017

Usai 40 Tahun

BILA USIA TELAH SAMPAI 40 TAHUN

Bila Usia 40 Tahun,  maka manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fisik, intelektual, emosi, maupun spiritualnya. Ia telah meninggalkan masa mudanya dan melangkah ke masa dewasa yang sebenar-benarnya...

Bila Usia 40 Tahun,  maka hendaknya manusia memperbarui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, membuang kejahilan ketika usia muda,  lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian, semakin meneguhkan tujuan hidup, menjadikan uban sebagai peringatan dan semakin memperbanyak syukur...

Bila Usia 40 Tahun,  maka meningkatnya minat seseorang terhadap agama, sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Banyak yang mulai menutup aurat dan mengikuti kajian-kajian agama. Jika ada orang yang telah mencapai usia ini, namun belum ada juga minatnya terhadap agama, maka boleh jadi pertanda yang buruk dari kesudahan umurnya di dunia...

Bila Usia 40 Tahun,  maka tidak lagi banyak memikirkan "masa depan" keduniaan, mengejar karir dan kekayaan. Tetapi sudah jauh berpikir tentang nasibnya kelak di akhirat...

Bila Usia 40 Tahun,  jika masih gemar melakukan dosa dan maksiat, mungkin meninggalkan shalat, berzina dll, maka akan lebih sulit baginya untuk berhenti dari kebiasaan tersebut...

Bila Usia 40 Tahun,  maka perbaikilah apa-apa yang telah lewat dan manfaatkanlah dengan baik hari-hari yang tersisa dari umur yang ada,  sebelum ruh sampai di tenggorokan.  Ingatlah menyesal kemudian tiada guna...

Abdullah bin Abbas radhiyallahu 'anhu berkata :

*"Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak bagus dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke Neraka"*

Imam Malik rahimahullah berkata :

*"Aku dapati para ahli ilmu di negeri kami mencari dunia dan berbaur dengan manusia hingga datang kepada mereka usia 40 tahun.  Jika telah datang usia tersebut kepada mereka, mereka pun meninggalkan manusia (yaitu lebih banyak konsentrasi untuk meningkatkan ibadah dan ilmu)"* (At-Tadzkiroh hal 149).

Imam asy-Syafi’i rahimahullah tatkala mencapai usia 40 tahun,  beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, maka beliau menjawab :

*"Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar.  Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga.  Aku tidak memiliki sisa-sisa syahwat untuk menetap tinggal di dunia.  Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia.  Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk-pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah"*

Abdullah bin Dawud rahimahullah berkata :

*"Kaum salaf, apabila diantara mereka ada yang sudah berumur 40 tahun,  ia mulai melipat kasur,  yakni tidak akan tidur lagi sepanjang malam, selalu melakukan shalat, bertasbih dan beristighfar. Lalu mengejar segala ketertinggalan pada usia sebelumnya dengan amal-amal di hari sesudahnya"*
(Ihya Ulumiddin IV/410).

Petikan drp FB...

Monday, January 30, 2017

Jahatnya Gula

Mirta Akbari:
Dr Raymond Francis menulis 3 buku :
1. Tdk pernah sakit lagi
2. Tdk pernah lagi takut kanser
3. Tdk pernah gendut lagi

Doktor tersebut menulis buku itu setelah meneliti dan sakit, yang para doktor lain pun menyerah dgn penyakitnya.

Di usia 75 tahun, sang Doktor hanya terkena penyakit flu dan itupun hanya sekali. Yang beliau bicarakan dlm buku tsb adalah :

🌿 *Jauhi gula selamanya* ditambah berolah raga dan mengatur pola makan secukupnya.

🌿 Gula penyebab influenza

🌿 Makan sesudu gula menurunkan imuniti tubuh 50%

🌿 Minum segelas Cola menurunkan imuniti tubuh 6-8 jam krn cola mengandung banyak gula

🌿 Gula penyebab alzeimer

🌿 Gula merupakan makanan bagi sel kanser dan sbg pencegahan serta penyembuhan nya adalah dgn menghindari gula

🌿 Gula penyebab segala penyakit jantung

🌿 Gula penyebab bertambahnya berat badan

🌿 Gula penyebab penimbunan lemak

🌿 Segala penyebab penyakit manusia ada hubungan dgn gula

🌿 Doktor Raymond berkata : para ayah melarang anak² mereka merokok dan minum alkohol tetapi memberikan manisan² yg lbh berbahaya dari pd rokok dan alkohol

🌿 Kesimpulannya - tinggalkanlah gula

Doktor Raymond memenangkan karya ilmiah di Univ Frankfurt tentang kesehatan makanan yaitu :

☘Yoghurt merupakan sumber kalsium tertinggi krn kandungan segelas yoghurt 450mg kalsium, maka jadikanlah menu harianmu yoghurt
Dan yg terbaik adalah yoghurt yg rendah lemak

☘ Daun mint adalah ubat utk menguatkan jantung dan peredaran darah. Jika meminum daun mint spt teh biasa, dpt melancarkan perut dan usus, mengurangi penyakit serta menyegarkan bau mulut

☘ Utk menyembuhkan gastric anacidity, minum segelas rebusan daun mint panas tanpa tambahan gula

☘ Daun mint boleh menghilangkan gas, menguatkan ginjal, pankreas dan meredakan batuk, menenangkan saraf dan perasaan marah, menghilangkan insomnia, meningkatkan diuretik dan penghancur makanan yg terbaik

☘ Minuman bergas menambah besar ukuran pinggang wanita walaupun tdk menambah berat badannya

☘ Minuman bergas menyebabkan : osteoporosis, masalah² jantung dan ginjal, obesitas & penyakit gula dan gigi karies

☘ Bahaya kesihatan dgn minuman peningkat energi bagi anak² : mempercepat denyut nadi, kejang-kejang, stroke, kematian mendadak

☘ Teh hijau atau kopi hitam pahit : bagus krn ada antioksidan yg menjaga dari kanser

☘ Ikan salmon, apel, anggur, ceri, bluberry, bayam merupakan jenis makanan yg menjaga sel otak dan menguatkan ingatan

☘ Kesilapan besar yg menyebutkan bahwa minum air ketika sedang makan dan stlh makan menyebabkan buncit dan menyulitkan proses pencernaan

☘ Yg betul: Air tdk menyebabkan buncit dan membantu mencerna lbh baik dari yg lain

☘ Berjalan selama 30 menit sehari dlm jangka 5 hari seminggu menjagamu dari : penyakit² jantung, penyakit gula, depressi, penyakit² tekanan darah, kolesterol

☘ Bawang putih: membantu mengurangi peluang dijangkiti kanser krn bawang putih mampu meningkatkan imun

☘ Pengambilan halia suam pd waktu petang membantu membakar lemak dan mengeluarkan racun dr tubuh

☘ Usahakan minum segelas air stlh bangun tidur utk mengembalikan cairan yg hilang waktu tidur serta utk membersihkan racun di tubuh

☘ Doktor Raymon berkata Saya telah mengambil manfaat dari ini dan gembira sekiranya ia bermanfaat bagi semuanya

In syaa Allah info ini bermanfaat bagi kesihatan tubuh kita. Aamiin.

(Utk manfaat lbh banyak dan detail, sila baca bukunya atau lihat tayangan youtube dgn judul: Never be a sick again
https://m.youtube.com/watch?v=ISgt71CRG2I )

Sunday, January 29, 2017

Bersyukurlah

Petikan daripada FB

Seorang Guru memberikan tugas kepada siswanya untuk menuliskan 7 Keajaiban Dunia.

Malamnya sang Guru memeriksa tugas itu, sebahagian besar siswa menulis demikian:

Tujuh Keajaiban Dunia :
1. Piramid.
2. Taj Mahal.
3. Tembok Besar Cina.
4. Menara Pisa.
5. Kuil Angkor.
6. Menara Eiffel.
7. Candi Borobudur.

Lembar demi lembar memuat hal yang hampir sama.

Beberapa perbedaan hanya terdapat pada urutan penulisan daftar tersebut

Tapi Guru itu terus memeriksa sampai lembar yang paling akhir..

Tapi saat memeriksa lembar yang paling akhir itu, sang Guru terdiam.
Lembar terakhir itu milik si Gadis Kecil Pendiam..

Isinya seperti ini :

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Mampu Melihat,
2. Mampu Mendengar,
3. Mampu Menyentuh,
4. Mampu Disayangi,
5. Mampu Merasakan,
6. Mampu Tertawa, dan
7. Mampu Mencintai…

Setelah duduk diam beberapa saat, sang Guru menutup lembaran tugas siswanya.

Kemudian menundukkan kepalanya berdo'a.

Mengucap syukur untuk Gadis Kecil Pendiam di kelasnya yang telah mengajarkannya sebuah Pelajaran Hebat, iaitu:

Tidak perlu mencari sampai ke hujung bumi untuk menemukan keajaiban.

Keajaiban itu, ada di sekeliling kita, untuk kita miliki dan tak lupa untuk kita " SYUKURI " !!!

Apa yang kita cari dalam Hidup ini...?

Kita hidup di kebun, kita Merindukan kota.

Kita hidup di kota, merindukan kebun.

Kalau kemarau, kita tanya kapan hujan?

Di musim hujan, kita tanya kapan kemarau?

Diam di rumah, inginnya pergi.

Setelah pergi, inginnya pulang ke rumah.

Waktu tenang, cari keramaian.

Waktu ramai, cari ketenangan.

Ketika masih bujang mengeluh ingin nikah, Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak, setelah punya anak mengeluh betapa beratnya  biaya Hidup dan Pendidikan.

Ternyata SESUATU itu tampak indah, kerana belum kita miliki.

Bilakah kebahagiaan didapatkan kalau kita hanya selalu memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki.

Jadilah peribadi yang SELALU BERSYUKUR :

Dengan rahmat yang sudah kita miliki.

Mungkinkah selembar daun yang kecil  dapat menutupi bumi yang luas ini..??

Menutupi telapak tangan saja sulit.

Tapi kalau daun kecil ini terletak di mata kita, maka tertutuplah “BUMI" dengan Daun

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil apa pun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana

Bumi ini pun akan tampak buruk.

Jangan menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Jangan menutupi hati kita, dengan sebuah pikiran buruk, walau cuma seujung kuku.

SYUKURILAH  apa yang sudah kita miliki sebagai modal untuk meMULIAkanNYA.

Kerana Hidup adalah WAKTU yang dipinjamkan

Dan Harta adalah BERKAH yang dipercayakan.

Dan semua itu, kelak akan dimintai pertanggungjawabannya.

Jadi... Bersyukurlah atas Nafas yang masih kita miliki.

Bersyukurlah atas Keluarga yang kita miliki.

Bersyukurlah atas Pekerjaan yang kita miliki.

Bersyukur & selalu bersyukur di dalam segala hal.

Segeralah berlomba dalam kebaikan.

Tuesday, January 24, 2017

Surah Yasin

Kita sering kali membaca Surah Yaasin.. 📖📖📖
tetapi pernahkah kita memahami setiap baris ayat tersebut..

Sekadar Perkongsian Bersama..
Surah Yaasin

Pengertian Setiap Ayat :
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 77 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"

Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 80 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan 👍

Sunday, January 15, 2017

Dua Ribu Tujuh Belas

Alhamdulillah, diberikan Allah kesempatan berjumpa tahun baharu lagi. Secara matematiknya, umur bertambah angka kurang lima genap lima puluh tahun.

Banyak perkara yang masih perlu diselesaikan.