Saturday, October 23, 2010

Ha Lam Alif Lam

  1. Ada beberapa perkara yang perlu disentuh secara terperinci dan berkali-kali supaya perhatian serius diberikan.
  2. Bab pemakanan adalah penting supaya darah daging yang terbentuk diperolehi dari sumber yang halal dan baik.
  3. Apabila kita tidak mempunyai kuasa ekonomi dalam hampir semua displin perniagaan termasuk makanan; pergantungan kepada orang bukan Islam telah membuka peluang kepada mereka dalam percubaan merosakkan orang Islam.
  4. Menyediakan makanan yang mempunyai persoalan nilai halal haramnya dengan harga yang lebih murah telah memperdayakan orang Islam.
  5. Perniagaan borong dan hypermarket lebih memberikan keutamaan kepada pembekal yang menawarkan harga murah kerana orientasi perniagaan mereka hanyalah mengaut keuntungan secara berlipat kali ganda.
  6. Orang-orang kafir ini terlalu bersungguh untuk membiarkan orang Islam mendapatkan makanan yang kurang baik dan haram. Ianya bukan sahaja atas dasar keuntungan perniagaan tetapi objektif utama supaya akhirnya aqidah umat Islam tercemar.
  7. Sedikit demi sedikit pencemaran akhirnya akan merosakkan iman umat Islam.
  8. Keperihatinan dan ketelitian pemilihan makanan halal dan baik di Malaysia kurang diberikan perhatian atas dasar katanya Malaysia ini adalah negara Islam. Mana mungkin ayam cucuk dijual kepada orang Islam? Mana mungkin babi dijual kepada orang Islam?
  9. Langsung tidak diperinci kandungan makanan yang dijual? Asal ada tulisan ha lam alif lam. 
  10. Ada kedai-kedai yang cuba meletakkan bingkai-bingkai ayat Al Quran bagi mengaburi mata  orang Islam; mestilah halal katanya hanya kerana tergantungnya bingkai tersebut.
  11. Kekeliruan tanda dan penguatkuasaan halal dari pelbagai pihak; meruntuhkan nilai moral kebolehpercayaan terhadap pihak yang berwajib.
  12. Lihatlah medan-medan selera, kopitiam, kafe, bistro, hotel, restoran dan sebagainya. Berapa banyak yang sebenarnya halal atau haram?
  13. Halalkah makanan dipremis berstatus halal Malaysia jika pada masa yang sama arak disajikan juga disitu?
  14. Halalkah makanan dikopitiam yang menyediakan makanan ada unsur babi?
  15. Halalkah coklat yang tertera kandungannya berlemak babi?
  16. Bagaimana dengan ubat-ubatan, pil, kapsul, makanan kesihatan, oat dan lain-lain lagi?
  17. Diberikan penjelasan bahawa kita tidak dapat membuat tindakan kerana kurang kakitangan, bukan bidang kuasa dan tiada Akta Halal dalam sebuah negara yang Islam menjadi agama rasmi.
  18. Pernah mendengar sungutan orang bukan Islam yang sukar mendapatkan daging babi segar terjual dipasar sekitar kawasan Shah Alam. Katanya hendak membeli daging babi di Shah Alam macam satu jenayah berat? Sepertinya hendak membeli dadah kata kafir tersebut. 
  19. Jahat sungguh orang kafir laknat ini. Serangan aqidah secara sembunyi dalam cubaan menjatuhkan Islam dengan memberikan makanan haram.
  20. Dan akhirnya pemerintah masih lagi berdiam diri. Mereka mengatakan Akta Halal bukan sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan.

No comments: