Wednesday, October 27, 2010

Taman Aku Tiada Sekolah Menengah: Bila MP aku nak mati?

  1. Dalam negara yang demokrasi ini; rakyat akan hanya dapat manfaat ataupun sekurang-kurangnya diberikan janji palsu apabila ahli parlimennya sudah tidak lagi bernafas.
  2. Semasa itu akan datang bermacam-macam seribu satu janji akan ditaburkan. 
  3. Tanda-tanda munafik bila janji tidak ditepati. 
  4. Mintalah pengundi; waima nak minta tugu negara depan rumah pun boleh dapat. Bukan satu tapi lapan pun akan diberi.
  5. Bayangkan rumah pangsa kos murah 1500 unit digua musang.
  6. Dengan musang-musang pun boleh duduk sekali.
  7. Mahal sangatkah tanah kat sana sampai kena buat rumah pangsa?
  8. Sama juga kat taman aku ni ADUN aku akan datang hari raya puasa, raya korban dan maulidur Rasul. Lain agaknya dia sibuk atau dia hanya rakyat biasa. Cuma tiga hari itu sahaja dia jadi ADUN.
  9. Lagipun dia sibuk. Dia salah seorang Exco kerajaan Selangor.
  10. Katakanlah dia mati, fuh....aku nak minta pengecualian bayar cukai pintu MPAJ selama 3 tahun sebelum ada lagi by-election bila ada lagi ada MP/ADUN mati.
  11. Aku nak minta sekolah menengah berprestasi tinggi kat taman aku.
  12. Begitulah nasib rakyat biasa. Dan apa-apa parti sama sahaja. Undi rakyat dikira semasa pilihanraya sahaja dan hari biasa suara rakyat adalah suara sumbing. Seperti kata Presiden Parti itu; hanya umpama anjing yng menyalak di kaki bukit (cari-carilah teks ucapan presiden yang parti yang baru sahaja berhimpun).

No comments: