Sunday, October 31, 2010

QS Philosophy : 'Do not underestimate'

  1. Falsafah kerja yang baik boleh digunapakai dalam kehidupan seharian.
  2. Bagi seorang QS, anggaran yang tepat perlu diberikan dalam lingkungan variasi yang munasabah. "Do not underestimate".
  3. Falsafah "do not underestimate" amat penting dalam pembentukan sahsiah hidup yang dituntut Islam. 
  4. Islam sentiasa meletakkan kesederhanaan sebagai garis sempadan dalam perlakuan umatnya.
  5. Islam sama sekali melarang kita memandang rendah dan bersangka buruk kepada orang lain.
  6. Islam juga tidak mahu kita taksub kepada sesuatu.
  7. Biarpun kita berada di tempat yang lebih tinggi; dengarlah pendapat orang yang dibawah.
  8. Juga orang tua bersedia untuk mendengar buah fikir orang muda kerana tiada isu siapa makan garam dahulu yang patut dipersoalkan.
  9. Perbandingan dan perbezaan perlu dibuat pada tahap yang setara.
  10. Bagi seorang bapa, jangan diletak tahap pengetahuannya kepada anak yang baru belajar. Bersabarlah.
  11. Bagi pendidik; mengajarlah sepenuh hati kerana hanya dengan keikhlasan akan melahirkan pelajar yang lebih berakhlak. Bersabarlah. Jadikan iltizam pendidik terdahulu yang melahirkan  manusia biarpun dia hanya pendidik berijazah sahaja.
  12. Kebiasaannya pelajar yang nakal lebih memberikan terjemahan hidup yang lebih pekerti setelah tamat pengajian masing-masing. 
  13. Yang korek itu kendi, yang merah itu saga; yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.
  14. Dalam hidup; banyak perkara yang berlaku diluar jangkaan; langsung tidak disangka kerana walau sebaik mana perancangan yang manusia buat;  perencanaan Allah yang lebih baik akhirnya.
  15. Berdoalah supaya kematian kita nanti akan diredhai Allah dan dengan rahmatNya dosa-dosa kita diampuni dan dijauhi daripada azab neraka jahanam.
  16. Pandanglah dengan mata hati.

No comments: