Sunday, October 17, 2010

Tiga Masa Yang Dirahsiakan

  1. Ada tiga masa yang dirahsiakan oleh Allah tetapi ketiga-tiga peristiwa itu diberikan petanda supaya kita sentiasa bersedia.
  2. Pertamanya; jodoh. Jodoh adalah rahsia Allah dimana tiada seorang pun boleh meneka bila mereka akan dapat disatukan dengan pasangannya. Belum tentu yang dah berkenalan sejak dari bangku sekolah akan mendapat jodohnya dengan kenalan tersebut. Dan ada juga yang mengakhiri bujangnya dengan begitu cepat hanya sekadar berkenalan dalam masa yang singkat.
  3. Ada yang telah berkawan, berpisah dan kembali bertaut kasih setelah hampir 20 tahun dan berbagai lagi.
  4. Yang keduanya; ajal maut. Sakit, sihat, tua dan muda; setiap seseorang pasti akan menemuinya tanpa diketahui masa dan ketika. Yang tengah duduk bersahaja ; tegap dan sihat ketika itu; juga dengan tiba-tiba pergi selamanya.
  5. Yang dikasihi baru sahaja petang tadi bergurau senda tiba-tiba waktu senja diberitahu telah tiada akibat kemalangan jalanraya.
  6. Yang terbaring sakit menderita; uzur dan tidak berdaya hampir masuk tahun kelima; pagi tadi masih lagi bernyawa.
  7. Sesungguhnya ajal itu tiada siapa yang tahu bila datangnya,
  8. Yang ketiga masih lagi menjadi rahsia Ya Rabbi adalah hari keumusnahan dunia yang fana ini; kiamat.
  9. Tidak diketahui tahun ini, 2012, 2020, atau jumaat yang akan datang.
  10. Hampir kesemua tanda kecil telah terjadi dan kini tanda-tanda besar kiamat itu mulai keluar satu persatu.
  11. Ketiga-tiga itu dibuat adalah untuk kita sentiasa bersedia; melakukan persediaan untuk menemui ketiga-tiga hari tersebut supaya pertemuan kita nanti akan dapat membahagiakan ini dunia dan akhirat.
  12. Berdoa Rab Ba Na Atina Pit Dunnia Hassana .....bukan bermaksud 50% dunia dan 50% akhirat. Akan tetapi ia bermakna komitmen atau amanah yang diberikan sepatutnya 100% dunia dan 100% akhirat. 
  13. Akhirnya; apa yang pasti dengan rahmatNya; objektif ketiga-tiga hari yang tersebut adalah untuk dipilih memasuki asrama syurga Allah.

No comments: