Saturday, October 23, 2010

Jijiknya Politik Melayu Islam Malaysia

  1. Sebagai pengundi yang bakal mengundi di saluran 1,2 atau 3 pada pilihanraya umum yang akan datang; situasi politik yang berlaku kebelakangan adalah amat merunsingkan.
  2. Merunsingkan dari segi bahawa kedua-dua pihak pemerintah/pembangkang berbangsa Melayu beragama Islam dalam negara Malaysia ini hanya menang sorak kampung tergadai.
  3. Perbuatan ahli-ahli politik tidak kira pemerintah/pembangkang Melayu amat menjijikkan. Kedua-dua pihak saling berdendam kesumat; rasuah, kronisme, neopotisme adalah sama sahaja. Seperti bayangan cermin salah satu antara duanya. Busuk. 
  4. Fitnah ditabur meracuni pemikiran semua orang. Dewasa, kanak-kanak dan semuanya tercemar dari segi deria penglihatan dan pendengaran. Yang memerintah menggunakan sepenuhnya media arus perdana; yang membangkang cuba memberikan fakta yang belum ada kesahihannya di  media siber.
  5. Kita Melayu tidak berlawan atas dasar polisi pemerintahan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kita tidak dapat memberikan persefahaman bagi mempertahan dan mendaulatkan Islam dan seterusnya jatuh bangun orang Melayu.
  6. Percaturan politik Melayu samada pemerintah/pembangkang hanya berlandaskan serangan peribadi sahaja. Si pemerintah mengatakan si pembangkang rosak dan sebaliknya.
  7. Membongkar keburukan pihak lawan, menokok tambah cerita, mempalsukan dokumen, mempersendakan ayat Al Quran dan berbagai lagi yang hanya merugikan Melayu yang semakin kehilangan segala-galanya di tanah air ini.
  8. Dasar pemerintah/pembangkang sama sahaja. Membesarkan tembolok sendiri; berkepentingan peribadi dan menjual amanah lalu mengkhianati kepercayaan yang diberi berlaku kepada pemerintah/pembangkang.
  9. Tidak kira pemerintah/pembangkang mempergunakan Islam dengan tidak sewajarnya. 
  10. Mufti, bekas mufti, ulamak dan ahli agama tidak bersefahaman dalam mengeluarkan kenyataan sehingga rakyat terbanyak keliru. Masing-masing hendak menunjukkan kepandaian agama; mengapa tidak ada satu keputusan dan kenyataan dibuat oleh ijtimak ulama. Kita bergaduh dalam agama pasal isu-isu yang tidak sepatutnya. Tetapi sehingga sekarang semua pihak samada pemerintah/pembangkang tidak dapat menutup kedai-kedai makan yang mempalsukan sijil halal. Apa hukuman yang diberikan kepada syarikat yang menjual ayam tidak disembelih?
  11. Alasannya kerana tiada Akta Halal dan bukan bidang kuasa? Apa yang pemerintah/pembangkang Islam ini buat? Hanya berbahas pasal orang berbini dua, orang nak bankrap dan sebagainya.
  12. Halal dan haram ditakrifkan dengan kepentingan politik masing-masing.
  13. Sedarlah, ini semua tidak berlaku 30-40 tahun lalu, biarpun dalam kepimpinan pemerintah/pembangkang.
  14. Semua ini akhirnya merugikan Islam dan Melayu. Siapa yang untung? Siapa lagi kalau bukan orang-orang tidak kira diselatan, utara, timur dan barat; orang-orang yang hanya mahukan satu lagi kuasa untuk mendapatkan tanahair ini setelah kuasa ekonomi telah lama mereka jajahi.
  15. Berwaspadalah dengan Yahudi kecil ini. Mereka mahukan Melayu Islam Malaysia makan benda-benda yang haram supaya hati menjadi gelap. Bila hati dah rosak; paksi hidup tergelincir dari landasan yang benar.

No comments: