Thursday, December 10, 2009

Seutas Tali Dari Seorang Haji

http://www.iluvislam.com/v1/includes/jscripts/tiny_mce/plugins/imagemanager/library/rushdina/tenggelam.jpg

Lemas. Sudah hampir lemas. Nafas semakin pendek. Tinggal saki baki yang tidak tahu sejauh mana boleh lagi nak pergi. Barat, timur, utara dan selatan; tiada arah jitu yang dicari kerana semuanya macam membawa jauh sesat ke dalam belantara beban dunia. Berundur kaku, gerak ke hadapan buntu.

Nilai muka semakin kesam diludahi perit bahana sebuah juang yang agak tewas. Ketewasan ini akan membangkitkan kemenangan jika gerak hati kata mahu. Sebanyak lupa yang gersang mana pergi doa pendek dan panjang. Mana mungkin berminta tolong kepada makhluk sahaja sedang pencipta tiada lagi dibicara.

Akan pasti perlu ada tali supaya tidak terus karam renangan ini. Memang ini adalah asam garam seorang musafir. Tapi sangat banyaknya ranjau boleh agak goncangya bahtera itu. Kapal ini gila. Nakhoda, jurumudi, pendayung, kelasi dan habsi orang yang sama. Lainnya lebih selesa menjadi penumpang.

Tolonglah seorang haji bistari. Selamatkan bahtera ini supaya kalaupun tidak sampai ke destinasi jadi baik sunnguh kiranya awak-awaknya tidak pinggir di makan jerung ganas, dilambung ombak besar.

Tali besar atau kecil tidak penting, janji cukup panjang untuk menarik badai dilumpur.


Blogged with the Flock Browser

Wednesday, December 9, 2009

Mayong Muao

Nampaknya selera itu mudah dibentuk. Boleh diwarisi oleh anak-anak. Macam sakit-sakit yang ada. Faktor genetik. Begitu sedap makan dan minum; dilihat oleh anak-anak akan tabiat ayahnya. Tidak pula boleh diwarisi akan iman dan soleh. Hanya boleh dijadikan perbandingan. Jika selera itu dari mulanya begitu akan akhirnya akan begitu juga. Akan tetapi keimanan itu boleh berubah-ubah dengan begitu mudah. Mudah. Mudah sangat.

http://3.bp.blogspot.com/_AZfh72UGpa4/SpeIlUoEBBI/AAAAAAAAEYU/e1QZh74H-hE/s320/DSC00583%5B1%5D

Bermulanya makan ikan mayong ini sudah menjadi tradisi keluarga. Dari dulu. Ini selera abadi orang Muao tulen. Mintak tanya dengan orang Muao semua. Eeiikk. Orang Muao ini kalau abjad roman E itu ada tajwid. Ada yang namanya e tanda. sebab tu orang Muao sebut pegang bunyinya peigang. Tapu pandai pulak bila benda bawah pinggang tu tegang tidak disebut teigang.

Orang Muo tak kira jantina pasti ramai yang obes. Darah tinggi dan kencing manis. Kerana apa? Rutin makannya paling kurang 6 kali sehari. Sarapan pagi pukul 7. Minum pagi pukul 10. Makan tengahari pukul 12.30. Minum petang 4.30. Makan malam 8 . Dan akhirnya supper pukul 10.30 sebelum tido.

Kandungan dan intisari makanannya tidak ada yang tidak berat. Pagi makan sate. Mee rebus. Ramai juga yang suka minuk kopi O 434. Sedap kalau dilebihkan sedikit manisnya. Hah....baru syok. Bila raya orang raya tukar kasut baru; kat sana tukar kaki baru.

Dahulu hebat sekolah agama petang kat Muao ni. Walaupun bila kita budak masa tu; rasanya macam beban. Sedap kalau petang dapat main-main dengan kawan macam tempat-tempat lain. Tak payah belajo macam kat Muoa ni. Tak baik juga macam ustaz. Lebih jahat dari penjahat ada ramai. Sekarang ingat dah hampir jadi sejarah. Macam biasalah. Muao ini ramai yang lebih suka anak-anaknya jadi penyanyi/pelakon. Ada gempak gitu. Baru mak dan ayah bangga.

Kat lembah kelang ni payah nak dapat mayong sedap macam kat Muao. Orang Muao cakap jenis mayong tu mayong jana. Apa tu? mayong dari syurga.
Blogged with the Flock Browser

Selamat tinggal hati yang gelap

Sudah..sudah dan cukuplahhttp://www.soapbops.co.uk/images/NEW%20BLACK%20HEART.jpg
Tinggalkan hati yang gelap itu
Buang semua yang busuk kedalam lurah
Mari cari satu hati baru yang lebih cerah
Biarkan bayi yang putih itu terus suci
Dari danau dan noda
Kocakan jiwa yang tidak tenteram
Keliru memilih jalan mana yang lurus
Tidak juga berlari di selekoh yang bengkok

Wahai hati yang gelap
Engkau bukan punah
Tiada lagi harapnya akan berulang
Seperti lalunya angin kencang membawa hujan

Marilah sujud kembali
Cari sebuah harga kehidupan yang lebih baik
Larilah laju sedepa
Supaya tidak jauh sangat ditinggal
Nah..inikan namanya biasa sahaja
Bukan lagi kelabu yang dicari
Tapislah iman itu menjadi satu niat yang murni
Kabutnya alam akan pasti berakhir
Dan pilihlah jangan diikuti sangat hati...nanti mati

Saatnya dah tiba..
Selamat tinggal hati yang gelap.

Blogged with the Flock Browser

Ibu Emak Aku

http://thestar.com.my/archives/2008/11/24/central/m_13aisyah.jpg
Kisah hidup berbeza-beza. Kesudahannya tidak sama. Ada cerita yang panjang duka tapi hujungnya penuh keceriaan. Ada yang bertukar ganti kisah; suka disulami duka dan seterusnya. Ada juga yang berpanjangan hiba sampai ke penghujungnya. Inikah kesudahannya. Mungkinkah ini balasannya. Sesungguhnya kita hanya diuji akan sesautu yang didalam lingkungan kemampuan kita. Dia Maha Mengetahui.

Mengapa semakin tua semakin dipinggirkan? Mana pergi jauhari yang mengenal manikam?  Kasih sayang dari anak-anak seakan hanya menjadi gamit kenangan lalu seperti pudarnya warna photo dalam alnum gambar itu dek kerana waktu.

Kitaran dan putaran itu akan sampai juga. Sama-sama kita rasa. Bahawa sesungguhnya kehilangan seorang ibu yang hendak menjaga emaknya sememangnya terasa.




Blogged with the Flock Browser

"Eye of the Tiger"



Mata yang nampak
tapi buta dihati
kerana warna-warna yang hilang
tidak mendapatkan bayang

Suka bila senang
ramai yang dikawan orang
bertepuk tangan
melangkau tari dendang hati

Gusar kerana periuk ini hampir kering
Ayah masih belum pulang
Membawa bekalan
Hari ini hujan
Bagaimana getah itu nak menangis susu

Jauh sudah tersisir
Mana batu mana kaca mana permata?
Hari hampir petang
Labuh malam nanti esok siang.
Blogged with the Flock Browser

Sunday, November 22, 2009

Tauliah

Buat baik apabila hendak memberi ceramah agama sekarang kena tauliah; nak beri ilmu agama tu. Ini bukan isu sekarang sahaja tapi ini isu sudah lama dahulu. Sebelum tukar perahu lagi. Mengapa dahulu bila kes yang sama tak semua orang ambil peduli. En. Wahab tolong jawab? Kerana dengan agama sahaja yang dapat menilai sesuatu itu salah atau tidak. Tanpa agama sukar nak kata kerana ramai yang cuba mengelakkannya sahaja. Islam itu mudah. Bukan memudahkan Islam. Kalau tak tahu baik diam. Boleh suap makan dengan tangan kanan atau kiri. Tapi yang dianjurkan makan dengan tangan kanan. Kalau makan suap; tak kiri atau kanan ; dua-dua salah. Salah ke? Tanya menteri? Tanya parti? Tanya KP? Tak kira bulan ke? Bintang ke? Roket ke? Mata Bulan ke? Kan kita 1...satu apa adik-adik? Mengapa bila buat jahat tak minta tauliah untuk buat jahat? Pembohong? Pemfitnah? Pemerintah? Penjahat?

Sekarang ini yang jahat ini baik, wangi, indah dan apa-apa yang sewaktu dengannya kerana di atas, di kiri, dikanan dan semuanya penjahat. Penjahat kepada diri sendiri. Tidak kita melihat bagaimana kita telah menjahati ikrar dan janji kita menjadi khalifah di muka bumi ini. Sibuk kita mencari yang sebenarnya kita pun tahu bukan itu sebenarnya pencarian yang sepatutnya dikejar. Mengejar bayang-bayang sendiri dan juga dikejar bayang-bayang sendiri.

Hati semakin gelap seperti hari-hari ini yang agak mendung sampai ke petang. Tak payah nak disangka panas sampai ke petang sememangnya gelap dari pagi. Sebenarnya banyaknya sangkaan sifat orang jahat. Ramai yang sangka kawan itu nak makan kawan. Yang dah memang lawan nak memakan dirinya dianggap hero.

Ada orang yang melihat seperti ajalnya seperti akan tiba. Dunia macam nak kiamat. Takut. Sangsi. Itulah jangan berlari bila umur semakin tua. Lelah. Perlukah tauliah?

Saturday, November 21, 2009

Rumah Merah

Rumah merah itu berada dimana-mana. Pasaraya, pejabat, padang, hospital, tapakbina masjid dan hampir kesemuanya. Sebenarnya rumah merah itu bukan sahaja menunjukkan mereka beragama degan agama mereka tapi yang pentingnya ia menjadi simbolik kepada satu penaklukan jiwa dan raga. Juga hampir kesemuanya.

Penaklukan ini telah berjaya merubah satu tatasusila baik menjadi tidak baik; tidak baik terus kepada jahat. Pandai menjadi jahat. Bodoh menjadi jahat. Beriman menjadi jahat. Kurang iman sudah memang jahat.

Rumah merah itu sebenarnya penuh dengan helah dan penipuan yang membeli dan menjual sebuah kehormatan bangsa kerana diumpannya kertas-kertas merah yang banyak. Banyak. Banyak. Satu persen. Dua persen. Tiga persen. Oh.....nanti satu hari dibawakah kertas-kertas merah itu.

Yang menjual rumah merah itu penipu. Yang membeli rumah merah itu ditipu. Yang bekerja membuat rumah merah itu ditipu. Penghuni rumah merah itu dah tentu kena tipu mati-mati kerana dia tidak pernah langsung bernyawa.

Rumah merah itu berada dimana-mana seperti mahkluk yang dibuat dari api itu. Api yang merah.

Saturday, November 14, 2009

Bila Semakin Jauh

Gemuruh hati ini
Degup jantung kian kencang
Rasa hilang tenteram
Lelah dikejar bayang

Bila semakin jauh
Kalut, takut dan zuhud
Berlari tidak dikejar
Berdiri bukan diatas kaki

Lagi semakin jauh
Bulan naik dari riba
Atas rasa ini sudah jaya
Rupa lupa itu cuma sementara

Memang benar
Tidak dapat yang dikejar
Yang ditangan keciciran
Memang benar
kais pagi makan pagi

Thursday, November 5, 2009

Asyik-asyik tender


Keluhan demi keluhan. Tender itu bukan percuma. Kena beli. Ada yang mahal. Ada yang murah. Macam mana mereka kira harga nak jual tender itu hanya mereka sahaja yang tahu.

Kenapa perlu mengisi tender? Pertama kerana ianya macam telur dan ayam. Mana dahulu. Telur? Ayam? Ayam? Telur? Jawapannya dua-dua salah. Yang perlu dahulu apek jual dedak itu.Lah...apek tu lagi. Nak makan ayam; nak makan telur; kena makan dedak yang apek tu jual. Mana syarikat-syarikat naungan dan berkaitan kerajaan atau berkait raja sahaja? Banyak duit orang awam buat kilang dedak ayam?

Kedua sebab orang isi tender kerana dah kerja orang itu mengisi tender. Dah habis isi tender baru boleh isi dompet hujung bulan. Justified. Kalau tender pun tak isi tapi hujung bulan berisi; maknaya syarikat itu GLC.

Kalau tak isi tender; hujung bulan tak berisi juga; cepat-cepat isi borang masuk AF. Alamat company tu nak buka restoran tak lama lagi.

Bagi orang yang bukan penender; menyampah tengok orang isi tender. Kononnya macam banyak kerja. Tak tidur malam. Tak tidur siang. Mana lebih baik? Malam tidur siangpun tidur. Macam mana nak isi tender?

Kenapa asyik isi tender? Senang jawapannya; ia adalah rumusan dari sebahagian daripada teras kebarangkalian; probality? Isi tender ni kerja orang berniaga. Kalau kita isi our chance mungkin 10% mungkin 50% mungkin 100%. Bandingkan kalau langsung tak isi tender our chance is always 0% tapi katanya nak ada kerja.

Jadi moral of the story do not ask question bila orang isi tender. Support them in order to support you, and ingat do not ask why but then ask how: how i am supposed to isi tender.

Memimpin pemimpin

Jawatan nombor satu. Boleh ditafsirkan sebagai menjadi pemimpin wahid. Top of the list. Leader by example. Kepimpinan melalui teladan. CEO. COO. MD. Presiden. Perdana Menteri. Ketua Menteri. dan sebagainya.

Jawatan-jawatan yang diatas bermaksud dia mesti memimpin orang yang dibawahnya. Mempunyai rencana, itenari, rancangan, tindakan dan serba serbi; perlu mendahului orang-orang yang dipimpininya.

Bukanlah menjadi pemimpin jika dia perlu dipimpin. Memimpin bini; teman wanita, anak, budak sekolah dan orang buta adalah sebahagian dari kepimpinan. Tetapi memimpin pemimpin sudah seperti sekadar hanya menjadi gembala lembu.

Pemimpin itu perlu memenuhi dua elemen penting; memberi dan mengambil tangungjawab. Jika hanya sekadar memberi tugasan maka itu adalah mandur namanya. Jika ianya tidak memberi dan tidak juga mengambil tanggungjawab; maka itu adalah mandul namanya. Jika lari dari tanggungjawab; kau memang jantan sial; syok-syok dok tibai betina tu; dah bunting kau lari; hei beb itukan nanti anak kamu!

Ramai pemimpin ada mata buta; ada hati mati. Tidak ramai pemimpin hendak memimpin; lebih senang dipimpin biarpun sebenar-benarnya dia pemimpin.

Wednesday, November 4, 2009

Larian Berganti-ganti

Rapuh. Begitulah nampaknya. Jurang yang ada itu terlalu besar. Dari segi momentum dan inersianya agak tidak selari. Matlamat macam sama dan pembawakan itu tidak menampakkan bahawa objektif itu akan dapat dicapai. Pencarian perlu diusahakan bersama.

Jika acara itu adalah acara lari berganti mana mungkin hanya seorang pelari sahaja yang berlari. Satu lagi menari; satu lagi senang hati. Horey? Esok hari raya. Begitulah acap kalinya; rupanya sekali lagi raya itu akan disambut tidak sampai sebelas bulan dari sekarang.

Larian itu biarpun perlahan tapi bukan hanya berjalan. Agaknya menangkah kita berlumba dengan si negro ini. Mereka pemegang rekod dunia. Tapi ingat cerita arnab dan kura-kura; jangan memandang rendah diri sendiri; kita juga boleh berlari. Padang dan jarak tetap sama. Langkahnya sahaja berbeza.

Kenapa baten itu tidak ditukar? Kamu sahaja memegangnya dan membawanya lari bersama; Kagetnya takut kalah kerana mana tukarannya sedang yang patut menyambungnya ya masih tidur. Tidak mahu jaga walau sudah sore. Baru mahu bermimpi. Sedang yang lain sudah bisa mandi; ya kan sudah pagi. Ada yang sudah songsang. Pagi itu petang; petang itu malam dan malam itu siang; jadi batman kiranya.

Kenapa kamu bangang. Kata larian berganti-ganti; tapi hanya kamu seorang yang lari; Oh tidak; aku tidak mahu tewas percuma; lawan tetap lawan biar nyawa jadi taruhan.

1828


Rahsia ini baru hendak dibongkar. Mengapa 1828? Cina cakap sekali kaya dan kaya seterusnya. Ini macam simbolik dan motivasi. Untuk diusahakan supaya dapat dicapai. Bagi aku; aku meletakkan nilai itu seperti mencari dunia untuk mencari akhirat; hidup lagi menghidupkan.

Lapan itu juga adalah seperti perjalanan hidup kita. Kadang-kadang bulat itu diatas; kadang-kadang bulat itu dibawah; tapi nilainya sama. Begitu juga bila dibawa kepada kehidupan kita ini; sesuatu kehilangan itu pada kita satu kesedihan tapi padaNya ia sebuah rahmat. Dan adakalanya kita ingat kesenangan itu rahmat sedangkan padaNya itu ujian dan beban.

Kenapa 1 dan 2? Itu sudah semesti turutan. Nilai itu tidak boleh diletak kepada sifar. Sifar itu jumud. 1 dan 2 memberikan implikasi bahawa setiap sesuatu itu tidak boleh dipintas. Tiada tua tiada yang muda. Tiada susah tiada senangnya. Sesuatu kesenangan yang dicari dari satu kesusahan adalah lebih hebat dari sebanyak mana kemewahan yang diberi. Susah menjadi senang satu tranformasi kehidupan; senang menjadi susah adalah balasan orang yang leka.

Apabila gabungan 1828 itu termaktub; ia memberi amaran bahawa setelah mendapat susah/senang; bentuk dan sifatnya sama; langsung tidak mengubah bila senang jadi riak dan takabur; bila susah hampa dan putus asa. DUIT. Doa Usaha Ikhtiar dan Tawakkal.

Ubahlah DUNHILL; dunia umpama neraka hidup ibarat layang layang; itu cakap orang yang tidak beriman. Mengapa mungkin dibiarkan kehidupan itu terumbang-ambing sedang pedoman dan petunjuk telah diberi. Carilah 1828 itu seterusnya.

Canggungnya Berbaju Kurung Melayu

Dunia hari telah telah hampir menidakkan sebuah tamadun yang hebat. Hebat dalam segalanya. Makan minumnya mempunyai resepi yang enak-enak. Kenyang perut. Baju dan kainnya berbagai bunga dan warna. Gelap mata. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Lembu punya susu; sapi dapat nama.

Hari ini,sebuah bangsa ini hanya seperti seorang tukang masak; enak dan lazat hanya di cantik dipandangan mata; sedap dihidung kerana yang mampu memakannyaadalah orang yang ramai berambut pendek itu.

Hari ini yang menyapu sampah membersih kawasan sekitar rumah semua bangsa; adalah bangsa yang hanya seperti tukang masak itu.

Hari ini yang memanjangkan tangan mengutip tol milik orang yang pemakan itu adalah sama bangsa dengan penyapu sampah itu.

Hari ini orang yang memberi kontrak dan menjadi hamba kontrak itu sepupu dengan pengutip tol itu. Rantaian niaga kontrak itu sudah habis dibolot. Yang tinggal seperti kata ramainya bukan sahaja tulang; malahan hanya sup air kosong; air hujan yang didapati percuma sahaja.

Semalam; ayah kepada tukang masak itu pernah menjadi pembesar; guru besar, saudagar besar; tuan kepada pemilik tol hari ini.

Semalam pembuat sampah telah pernah menyuap sekenyang-kenyangnya ayah kepada ayah pengutip tol itu supaya mudah menyerah.....mereka tidak merampas tapi kita yang memberi; beri percuma.

Semalam nenek tukang masak itu asyik leka beronggeng; sepertinya dunia ini ana yang punya kerana kita dapat tanpa penat; mana harga sebuah pengorbanan?

Esok; kita-kita mungkin tak sempat jumpa lagi; kita hanya makan roti; tiada nasi.

Esok; kita mati tiada nilai bukan di Nilai

Esok; mungkin kita tidak dapat lagi bermain bola
kerana padang dan bola itu bukan lagi kita yang punya.

Oh...mengapa canggungya berbaju kurung Melayu itu;
Kita bogelkan hati memakai singlet bulat
Kerana selipar itu pun; Jepun yang punya.

Thursday, October 22, 2009

Saudara Seperut

Majlis perkahwinan tersebut berjalan meriah. Perjalanan yang agak lama biarpun jaraknya tidak seberapa telah mengaitkan bahawa betapa payahnya nanti musafir disana. Selesai menjamu selera; letih mata ini perlu direhatkan supaya destinasi seterusnya boleh dilanjutkan dengan lebih selesa dan selamat.

Hampir petang itu melabuhkan hayatnya baru sampai kesebuah tempat persinggahan yang kembali menemukan seorang íbu' dan ánaknya'yang agak lama tidak berjumpa. Biarpun saudara seperut sahaja yang menjadi anggapnya tapi hubungan dua insan ini agak sudah seperti anak-anaknya yang lain.

Ibu ini sebenarnya menjadi satu ukuran bahawa betapa kasih sayangnya kepada anak-anak jangan ditanya, biar sakit dan derita ditanggung merana nasib badan tapi kemahuan untuk menyertakan dirinya demi anak-anak adalah merupakan satu kemestian; selagi hayat dikandung badan.

Seorang orang luar yang sudah seperti anaknya juga terlalu hiba kerana ayat dan tutur kata ibu itu tidak berbeza; nada dan cara; sama sahaja; seperti anak-anak sendiri. Lebih-lebih lagi anak tersebut telah banyak merasakan kehilangan; sayangnya seorang ibu. Kehadiran íbu' tersebut seperti mengisi kekokosang sebuah kerinduan biarpun darah berbeza; nurani tetap sama.

Kesakitan yang ditanggung disulamkan dengan sedikit gelak ketawa. Gusarnya cukup besar; risaukan anak lebih banyak dari diri sendiri. Tatkala ibu itu sakit; bisa dikatanya jangan dirisau anak-anakku. Pening dan demam biasa biarpun kudrat tiada sebetul-betulnya.

Bagi seorang ibu; menerima menantu adalah penting; jangan marah menantu; memukul cucu. Wahai anak kembalikan hak ibu itu ditempatnya.

Baru Sedar

Selepas bola itu bolos
Baru ku sedar jaring itu bocor
Baru ku ingat gol itu terbuka luas
Kerana si penjaga gol asyik bergaduh dengan rakan.

Setelah aku kalah
Lawanku tidak mendapat seri
Lawanku telah menjadi juara
Kerana kami-kami ini lupa
Bahawa padang ini kami tidak menjaganya
Bahawa padang ini terbiar begitu
Dik asyik kita berlari memijaknya
sedang rumput tinggi melutut.

Tumpas juga nanti pasukan ini
Hilang martabat pasukan berdaulat
Mana iman?
Mana imam?
Mana ustaz?
Membimbing ustazah-ustazah jahil itu.
Menarik kembali pendakwah tersebut
Tidak perlu melagukan ayat-ayat Tuhan
Seperti lagu pencinta dusta

Biar diingat agama bukan untuk dijaja.
Memang betul iman itu bukan pusaka.
Di desa, ayah dan ibu; soleh dan solehah
Di kota ini anak-anak itu mencari jalan neraka.

Wahai tuan guru?
Mana dakwah? Mana dakyah?
Kuasa dunia bukan segala
Agama bukan untuk dicuba-cuba.