Thursday, October 22, 2009

Baru Sedar

Selepas bola itu bolos
Baru ku sedar jaring itu bocor
Baru ku ingat gol itu terbuka luas
Kerana si penjaga gol asyik bergaduh dengan rakan.

Setelah aku kalah
Lawanku tidak mendapat seri
Lawanku telah menjadi juara
Kerana kami-kami ini lupa
Bahawa padang ini kami tidak menjaganya
Bahawa padang ini terbiar begitu
Dik asyik kita berlari memijaknya
sedang rumput tinggi melutut.

Tumpas juga nanti pasukan ini
Hilang martabat pasukan berdaulat
Mana iman?
Mana imam?
Mana ustaz?
Membimbing ustazah-ustazah jahil itu.
Menarik kembali pendakwah tersebut
Tidak perlu melagukan ayat-ayat Tuhan
Seperti lagu pencinta dusta

Biar diingat agama bukan untuk dijaja.
Memang betul iman itu bukan pusaka.
Di desa, ayah dan ibu; soleh dan solehah
Di kota ini anak-anak itu mencari jalan neraka.

Wahai tuan guru?
Mana dakwah? Mana dakyah?
Kuasa dunia bukan segala
Agama bukan untuk dicuba-cuba.

No comments: