Sunday, August 29, 2010

Selagi Berkudrat

  1. Sesungguhnya mencari rezeki sebagai seorang majikan merupakan satu amanah besar yang perlu ditunaikan dengan sebaik mungkin. Perjalanan sesebuah perniagaan itu memerlukan satu himpunan usaha dan tangkupan doa berterusan agar suburnya akan sentiasa berbaja.
  2. Banyak kesilapan berlaku sepatutnya menjadi sukatan lengkuk pembelajaran; terkadang nilainya adalah amat tinggi.
  3. Untuk berjaya ialah mesti melepasi kegagalan dan kegagalan adalah sebahagian dari kejayaan tetapi kejayaan bukan sebahagian dari kegagalan.
  4. Kejayaan bukanlah hanya sekadar satu pencapaian tetapi kejayaan ialah sejauh mana melepasi kegagalan.
  5. Perbezaan yang memerlukan satu revolusi mental perlu diterap bahawa tanggungjawab seseorang majikan sememangnya berat. Perlu ada satu unsuran kekhalifahan terdahulu dalam membentuk dan menjana sesebuah organisasi mengubah satu harapan menjadi impian.
  6. "Lead by example" keatas unsur-unsur yang baik dan bukan sebaliknya.
  7. Tidak kesampaian sebuah impian jika angan-angan sahaja yang pasti berlalu seperti titisan hujan yang ditiup bayu awan. Terasa dinginnya tapi tak dapat menadah air minuman tersebut. Disini majikan perlu lebih bergerak dari duduk. Perlu berlari jangan hanya berjalan laju. Kenapa pandangan kita terlalu sempit untuk melihat bahawa nikmat yang diberi ini bukan selamanya.?
  8. Selagi ada kudrat, pencarian ini terus menuju arahnya kadangkala jauh tersimpang ditiup angin kencang. Angin belakang akan membawa kita pantas ke hadapan; angin hadapan akan membuatkan kita perlu berlawan supaya perjalanan diteruskan walaupun penat.

No comments: