Tuesday, August 17, 2010

Bersalah Kerana Tersalah

  1. Ramadhan ini kembali menghitung perjalanan yang bermula empat tahun yang lepas. Belum lagi terlalu jauh walau kenderaannya sudah menjadi kenderaan besar. Cuma agak fakir membeli minyak kenderaan tersebut membuatkan ianya lebih banyak berdiam diri sekarang.
  2. Akibat tersalah membuat keputusan kerana hasil andaian yang kurang tepat berdasarkan hanya dari apa yang nampak dimata bukan dihati. Cepat sangat masa itu.
  3. Jubah, kopiah dan tasbih menjadi alatan kecukupan satu watak yang nampak sempurna. Kemas dan putih kelihatannya. Lagi nampak berseri jika berwangi-wangian attar Arab.
  4. Rupanya hati yang hitam itu tidak dapat dilihat dan ini  membuktikan bahawa ada juga benarnya cakap orang tua; jangan bersama berpakat dengan orang ******.
  5. Orang ****** nampak baik luarannya tapi hanya mereka yang dah kena pasti tahu. Dah banyak kali terkena.
  6. Ini bukan kisah talam dua muka tapi talam yang dah tidak boleh dikira mukanya.
  7. Lidah dan hati tidak sekata; lain yang diucap, lain yang dibuat dan niat tetap jahat.
  8. Sebaiknya jangan kita berburuk sangka.
  9. Akhirnya kerana tersalah yang pertama membuatkan keputusannya bersalah.
  10. Jalan keluarnya pasti kena keluar; jangan hendak ditunggu lagi.
  11. Setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya.


No comments: