- Innalilah dan Al Fatihah buat mantan pengarahku; Allahyarham Lt Kol Baharul Razi.
- Untuk orang yang kurang mengenalinya pasti akan menganggap arwah seorang yang garang, perus dan barak.
- Dua jam pertama adalah detik sukar bagi semua pada setiap pagi Isnin hingga Jumaat terutamanya pagi Isnin.
- Hendak alam keadaan beransur kendur apabila kerja-kerja menghalau nyamuk berjalan, apabila sahaja dipanggil sahabatku Cha untuk sama-sama berjemaah menghalau nyamuk itu, tahap bara marahnya menjadi sejuk. Dan selepas itu keadaan menjadi seperti sediakala.
- Membuat keputusan tegas adalah gaya kepimpinannya. Apabila sahaja menerima memo 'See Me' atau 'Discuss' cukup sudah mengerikan.
- Allahyarham seperti seorang guru bahasa, seawalnya jika sesiapa yang merangkakan surat untuknya, apa yang betul hanya tajuk dan tarikh surat sahaja. Yang lain-lainnya dibulat dengan merah menandakan ada yang salah.
- Frasa klise beliau adalah " Kau sembang ajelah" sentiasa menjadi kenangan yang abadi.
- Allahyarham Lt Kol Baharul Razi, anda seorang ketua yang hebat seperti kata pepatah tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting.
- Jasa, tunjuk ajar dan pengalaman bersama Allahyarham telah banyak membantu mendewasakan kita.
- Sungguh mudah beliau pergi, sakitnya tidak lama dideritai dan dirahsiakan dikhalayak ramai.
- Beliau seorang yang luhur hati dan memilih baik terjatuh terletak daripada jatuh terhempas.
- Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan bersama-sama orang yang bertaqwa.
- Selayaknya tuan pergi dihormati.
Sunday, December 17, 2017
Tribute Buat Lt Kol Baharul Razi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment