- Ada orang suka memancing tetapi tidak mempunyai joran.
- Ada orang tidak suka memancing tetapi ada joran sendiri.
- Ada orang ada joran, suka memancing tetapi tiada umpan.
- Ada pula ada joran tidak suka memancing tetapi mempunyai umpan.
- Dan ada juga dia hanya ada umpan.
- Nah begitulah resamnya pelbagai orang. Sempurna itu berbeza-beza daripada sudut pandangan.
- Dalam hidup joran itu nafsu dan nikmat dunia itu umpannya.
- Bagi si pemancing siang dan malam joran itu mesti dilontarkan ke dalam air. Sebilang masa joran mesti bekerja; dapat atau tidak ikan bukan tujuan utama.
- Apa yang utama kail mesti ada dalam air. Biarlah anak-anak itu lapar dan bini sampai hilang sabar. Demi joran itu bini sering ditipu. Kerja lebih masa katanya. Sedar-sedar sedang berasap-asapan setia memasang joran pergi memancing rupanya.
- Jika umpan dimakan adalah rezeki untuk si pemancing. Boleh dibawa pulang untuk hibur si isteri yang sedang berduka menunggu hingga ke petang mana hilangnya si abang. Jika hampa belaka alasan keluar bekerja menjadi agenda utama untuk selamatkan diri.
Tuesday, October 24, 2017
Umpan Dan Pancing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment