Saturday, January 23, 2010

Khali Saudagar



Semakin hampir khalinya saudagar
Ledongnya arah dituju
Linggarnya mata kepala
Kambus sudah mati hati.

Selangit mendatang masihkah mendu seperti semalam
Jangan pukat terlabuh tiada ikan yang mendapat
Hendak lagi dibayar hutang pengayuh
Sedang lamanya biduk tidak berkira
Kerana bayangan tidak sepanjangan badan
Senipis nafas tidak lagi berkitab
Lantai yang terpesok jangan mahu dipaku.

Jarab sudah besar menjadi luka
Tidak menang lagi bertengkar menganyam janji
Semua habis rincu
Tiang yang pendek tetapnya pendek
Sekiannya lubuk tetap lubuk
Hanya kiranya satu sahaja gendang berbunyi

Doanya jangan menjadi bongkeng
Cakap mulut yang lontak
Jangan duduk goyang kaki
Pasti sudah gunting hati.

No comments: