Saturday, May 24, 2008

Selagi Ada Kudrat

Sesungguhnya mencari rezeki sebagai seorang majikan merupakan satu amanah besar yang perlu ditunaikan dengan sebaik mungkin. Perjalanan sesebuah perniagaan itu memerlukan satu himpunan usaha dan tangkupan doa berterusan agar suburnya akan sentiasa berbaja. Perbezaan yang memerlukan satu revolusi mental perlu diterap bahawa kini tanggungjawab seorang majikan sememangya berat. Perlu ada satu unsuran kekhalifahan terdahulu dalam membentuk dan menjana sesebuah organisasi mengubah satu harapan menjadi impian.
Tidak kesampaian sebuah impian jika angan-angan sahaja yang pasti berlalu seperti titisan hujan yang ditiup bayu awan. Terasa dinginnya tapi tak dapat menadah air minuman tersebut. Disini majikan perlu lebih bergerak dari duduk. Perlu berlari jangan hanya berjalan laju. Kenapa pandangan kita terlalu sempit untuk melihat bahawa nikmat yang diberi ini bukan selamanya.
Selagi ada kudrat, pencarian ini terus menuju arahnya kadangkala jauh tersimpang ditiup angin kencang. Angin belakang akan membawa kita pantas ke hadapan; angin hadapan akan membuatkan kita perlu berlawan supaya perjalanan diteruskan walaupun penat.

No comments: