Monday, May 26, 2008

Pangkat Biasa Aku Bukan General Manager

Sekali air bah katanya sekali pasir berubah. Bila banjir dah besar sangat macam kat Kota Tinggi itu bukan setakat mengubahkan pasirnya bahkan menghanyutkan segalanya ke laut dalam. Sebuah perkenalan untuk sebuah kenangan lampau sukar ditinggalkan hanya untuk menjadi satu sejarah kerana riwayat yang menjadi tawarikh itu telah melalui satu pertimbangan yang sewajarnya mencorakkan sesebuah kehidupan.

Kehidupan terbentuk apabila ada anak dalam keluarga, anak jiran dalam tetangga dan ada taulan dalam sebuah persahabatan, Kawan datang dan pergi tapi yang pergi belum tentu berganti. Sesungguhnya persahabatan boleh menjadi lebih rapat dari seorang keluarga atau ada hanya mengambil sahabat dalam satu julat masa tertentu apabila cukup masa akan menjadi sebuah sejarah lalu.

Sahabat perlu di kenang sepanjang masa kerana sahabat memenuhi sebahagian dari satu detik masa. Tanpa mengira pangkat, darjat, dan besar atau kecilnya rumah masing-masing. Akhirnya sesungguhnya kita pasrah kita bukan pengurus besar, kita hanya pangkat biasa.

No comments: