Sunday, May 25, 2008

NATO dan duduk sahaja

Biasan dan bayangan merupakan dua benda yang berbeza. Kata dan mengata juga dua benda yang berbeza. Lagi berbeza kalau orang untuk pihak yang dikata. Ada orang yang berkata sahaja tanpa ada usul periksa, tanpa ada tindak susul mengota kata. Ada yang berkata-kata dengan berdiri macam pemidato unggul dapat menawan sipendengar walau ucapan berapi hanya dusta.

Segelintir juga yang berkata dengan duduk sahaja umpama sebuah radio bimbit yang tiba-tiba hanya mengeluarkan suara. Ada juga yang berkata tidak dan tidak berkata pun tidak. Hanya duduk sahaja. Menunggu hari hujan untuk menyiram bunga. Malas untuk mengangkat air, tidak rajin untuk menarik hos getah atau seumpama dengannya kerana baginya bertawakal sahaja untuk pokok bunga itu pasti berbunga seperti yang sepatutnya. "ini telah ditakdirkan katanya"

Ada juga yang sambil duduk sahaja boleh melahirkan seribu tindak usaha untuk membolehkan terus berkata. Jangan akhirnya cakap tak serupa bikin. No Action Talk Only......

Lebih teruk kalau duduk sahaja mengambil lain kata untuk berkata.

No comments: