Monday, May 26, 2008

Kenapa Mayong dan Bukan Ikan Merah?

Sesedap rasa adalah masakan bonda. Seboleh selera ialah adunan isteri. Sekadar rasa mee goreng mamak tapi digoreng rupanya oleh MGR yang juga pandai memberi assalamualaikum...

Mudah sungguh kita diperdaya, ditipu dan seumpama dengannya kerana apa? Kerana kita semakin hari semakin layu...Lihatlah sekeliling kita. Siapa yang menjual dvd tidak ori? Siapa menjual nombor ekor haram....yang jual kat Magnum tu tak haram ke? Atau direct nego tender pakai ahlul-ahlul politik yang bahlul tu kurang lebih jugak macam beli nombor eko haram?

Hari-hari melalui tol plaza itu melepasi pondok manual bila lupa reload touch n go, pasti kita lihat insan bermata sepet tak buat keja-keja begitu. Kerana apa? Kerana kita cuma tinggal kuasa katanya. Betulkah? Atau sengaja kita dimomokkan bahawa kita berkuasa agar kita boleh dijual beli.

Mereka bermata sepet itu mahukan tanah ini ....mereka-mereka itu membeli rumah berkembar tapi kembar kita yang semakin layu ini membeli rumah pangsa sahaja. Kerana apa? Kerana pemerintah yang kaya tidak mahu umatnya kaya seperti mereka takut-takut dengan kekayaan yang ada itu akan menidakkan pemerintahan mereka dan akhirnya mereka tidak lagi kaya.

Kita memang alpa. Kenapa perlu kita biarkan luncai terjun dengan labunya. Biarkan sahaja labunya karam; selamatkan luncai atau biarkan sahaja luncai terjun ke laut dan selamatkan labunya. Kenapa kita menjutawankan peneroka labu sendayan sedangkan ramai yang akhirnya papa berhutang dengan si sepet itu semua.

Kita sentiasa leka dengan apa yang mereka panggil realiti tv sedangkan realitinya semua itu dusta yang mahukan kita sentiasa layu, sayu, dan akhirnya merayu tolong kami bantu kami ....kami mesti ada biasiswa, kami mesti ada subsidi, kami tidak boleh berdiri sendiri.

Kita cuba lihat bagaimana mereka menukar bilal-bilal dan suara merdu pengaji Quran itu menjadi pujaan hati biarpun hati mereka itu kering menjiwai anak bangsa yang kita semakin ditekan. Hanya seorang sahaja kononya jutawan tapi berjuta yang fakir kedana. Hanya seorang yang duduk rumah banglo sedang ramainya duduk di satu taman setinggan garden.

Anak bangsa yang semakin layu ini ramai juga yang duduk tingkat tinggi sampai tingkat 20 tapi saiz rumah hanya 650 kaki persegi . Cuba lihat anak yang bermata kecil itu tinggal juga ditingkat 20 tapi saiz rumahnya kurang lebih 1000 kaki persegi. Kerana apa? Kerana mereka bisa menipu Tuhannya dengan membeli limau plastik inikan pula manusia biasa lebih-lebih lagi bangsa yang semakin layu ini boleh dibeli dengan harga yang tidak seberapa.

Dahulu katanya saya hanya nak pajak tanah kebun ini. Tuan Haji pun tidak buat apa-apa. Apa macam sekarang Haji, itu rumah kasi repair besar sikit, nah ambil ini 5 ribu tapi itu pajak punya tanah haji kasi sama saya. Tauekah janganlah murah sangat mahu beli saya punya tanah? Ini manyak ekarlah taukeh... kasilah lebih sikit. Okeylah Tuan Haji; ini macamlah, ambik ini 10 ribu tapi itu kebun belakang sana pun kasi pau sekali. Telima kasihlah taukeh. Jemput minum dan makan itu pau, Saya ini bukan mau kila sangat...

Kasihan Haji. Joli punya joli rumah pun tak dapat repair..habis segalanya.....Kerana apa? Kita ada hati mati; ada mata buta; telinga memang tuli. Akhirnya kita makan mayong kadang-kadang hanya ikan duri tapi mereka hari-hari makan ikan merah. Oh sedapnya.

No comments: