Sunday, December 16, 2007

Bas Serijaya 386

Masa-masa lampau sebelum lahirnya LRT/Putra, Indrakota atau RapidKL; nadi darat yang bergerak atas jalan-jalan ibukota cukup substantial dalam jisim-jisim hidup warganya. Bas Mini dan SJ Kenderaan adalah jalur yang hadir dalam warna pentas hidup insan-insan yang banyaknya terhimpit di bumi keringat sendiri. Secukup rasanya ramai yang lupa bahawa kesibukan mencari saradiri lebihnya menanggung beban lagak lawa diri dan bukannya membina empayar akaun seperti sepet-sepet yang lebih sanggup menjual video berahi daripada memanjangkan tangan mengutip tol-tol lebuhraya.


Tambang 60-70 sen dulu cukup untuk menyampaikan sebuah ujian yang perlu ditempuh oleh beberapa anak muda yang datang dari ceruk kampung untuk menukar cermin mukadiri. Itulah silam dahulu yang kurang nombornya tapi besar nilainya.


Naik-naik, jangan duduk atas tangga..jatuh nanti payah, cashier bas bising-bising diawal pagi sewaktu hanya sebahagian kaki ini memijak tangga besi bas SJ 386 tersebut. Kalau nak kira botol-botol jam yang perlu ada ketika itu adalah cukup banyak sekali untuk nak sampai dari Seksyen 10 ke Wisma Central ini.


Pertama kalinya tinggal asrama sendiri sama rakan-rakan semester adalah satu detik baru dalam kehidupan beberapa pelakon yang terlibat dalam scene tersebut. Itulah nilai hidup dahulu banyak yang boleh disewa tapi kini semua kena beli. Bukan kerana kuasa beli semakin tinggi tapi nilainya semacam ular tiada bisa.


Pegi beli sedikit lauk kat kedai Pak Ngah Seri Rampai untuk dibuat makan isi perut peghuni asrama

No comments: