Tuesday, November 24, 2020
Monday, November 23, 2020
Madu Lebah Madu Kelulut
- Lebah mengeluarkan madu.
- Kelulut. Pun mengeluarkan madu juga. Biarpun agak sedikit masam tetapi ada manfaatnya.
- Madu lebah lain; madu kelulut pun lain.
- Setelah beberapa detik air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam
- Kadang-kadang daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada itulah kata-kata orang lama.
- Lebih baik angkat kaki kerana diketahui guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan sahaja.
- Akhirnya kita kenal air yang beriak tandanya air tak dalam.
- Amat khuatir kita cakap makan berlauk-lauk akhirnya hanya bersambalkan lada.
- Wahai diri sendiri janganlah jadi seperti makan bubur panas-panas kerana semakin ramai orang semakin banyak niat.
- Sesungguhnya kehidupan ini adalah seumpama ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan
- Lebih baik maju ke belakang daripada mundur kehadapan; disitulah kesopanan dan kesusilaan bermula.
Thursday, September 24, 2020
Margin Call
- Ilmu amat penting untuk lakukan sesuatu. Sekurang-kurangnya pelajarilah asas sesuatu perkara daripada sang guru atau belajar daripada orang yang lebih berpengalaman.
- Jangan lakukan tindakan melulu mengikut emosi dalam satu bidang yang baru kerana sepak terajangnya tidak diketahui.
- Meghalalkan apabila menang dan mengharamkan apabila kalah bukan sesuatu yang memeranjatkan. Inilah dunia. Oh Dunia ini suatu kepalsuan....
- Kalah itu sudah tentu seperti mati yang sudah pasti cuma bagaimana dan bila kekalahan itu berlaku boleh diketahui dengan isyarat-isyarat tingkah laku masing-masing. Berlari, berbasikal, makan, hisap rokok dan sebagainya adalah sihat. Yang tidak sihat tak buat apa-apa; makan tidak, berlari tidak, berbasikal tidak dan merokok.
- Sentiasa ingat dalam hidup perlu meminimakan risiko dan selalunya adalah keajaiban jika perkara-perkara yang indah itu mudah sangat dikecapi seperti kata omputih too good to be truth.
- Ada orang sibuk ingatkan keselamatan orang lain sedangkan sebenarnya diri dia sendiri yang tidak selamat. Inilah orang yang mempunyai daya cibai yang tinggi.
- Omputih juga pernah cakap high risk high return; hadapilah risiko yang lebih untuk dapat untung yang lebih.
- Jagalah emosi kerana hidup ini juga suatu perdagangan; banyak amalan yang baik berat timbangan pahala; syurga balasannnya.
- Jika buruk amalannya kita pasti terjerumus dan akhirnya ajal sampai; cukup masa sampai di sini sahaja urusniaga kita. Anda telah rugi; anda telah MC.
- Redha dan berehatlah dengan tenang bila kita sudah MC.
Thursday, March 5, 2020
Marhaen Kembali
Aku dah kata ini semua sementara. Yang berkuasa itu apabila ada ditampuk pemerintahan; bongkak. Masa kau berada di atas, kau melihat kami di bawah ini amat kecil sahaja. Kau mula membandingi tahap keatasan engkau tidak separas dengan kami yang di bawah ini. Tuturmu takabur perbuatanmu kufur. Inilah yang dinamakan binawe orang atasan.
Habis semua janji kau tabur dan cuba menghasut kami untuk percaya seminggu akan berubah daripada tujuh menjadi lapan hari. Dan hari kelapan itu rupanya hari puaka yang memakan kembali ego diri kamu-kamu yang pernah berada di atas itu.
Wahaii orang yang berbual memalingkan muka; ingatlah satu masa apabila kau kembali menjadi marhaen biasa; kau akan tahu dahulu apa yang kau ada cuma sementara.
Dan apabila kau kembali menjadi marhaen menu sarapanmu biasa-biasa sahaja.
Saturday, July 27, 2019
Bila sampai masa
Bila sampai masa
- Semua akan tahu jugak ini sebabnya
- Mulai langkah-langkah sewajarnya
- Kasih akan bertambah
- Kasihan juga turut meninggi
- Setiap yang bermula pasti berakhir
- Ini semua sekadar pinjaman sampai masanua pulangkan kepada pemiliknya jua
- Semoga noktah yang indah
Wednesday, March 27, 2019
Thursday, December 13, 2018
Sahabat
Perumpamaan persaudaraan kaum muslimim adalah cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak dapat tidur.
Thursday, November 29, 2018
Wednesday, November 28, 2018
Durian dan Kambing
- Pertamanya mulai coretan ini dengan mengingati salah satu tanda kecil kiamat apabila orang yang tidak selayaknya dilantik menjadi pemimpin.
- Kepimpinan memerlukan kepandaian dan keberanian dalam membuat keputusan. Ada juga pemimpin yang pandai berkata-kata dan ada juga pemimpin yang mengambil jalan untuk senyap; yang penting keputusan kerja tersebut.
- Ada orang suka membawa dunia nyata dan mistik mencantumkan alam roh dan manusia, ini bukan saya yang kata ini kata-kata seorang 'ilmuan'.
- Bukan semua hal yang memerlukan pemimpin membuat keputusan bersama-sama dengan orang dibawahnya. It is not top down. Ini bermakna payung terbalik, maka apabila hujan pasti orang-orang yang berteduh dibawahnya kebasahan.
- Adakah GI itu steel? Persoalan yang nampak kurang cerdik bagi orang-orang berlatar-belakangkan bidang teknikal.
- Antara superman dan hulk mana yang lebih kuat?
- Sungguh jelek apabila orang yang suka menganggap dirinya suci dan menuduh orang lain yang mencuri sedangkan sebenarnya dialah pencuri yang sebenarnya. Tak ubah sepeti kelip-kelip terbang malam.
- Dalam tempat yang katanya butik itu; berhati-hatilah. Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk dan duri yang akan mengait. Tempat ini kita bisa akan melihat itik-itik suka berebut tembolok.
- Kadang-kadang kita pun hairan; ada orang suka merokok, ada rokok tiada lighter; ada lighter tiada rokok dan tiada rokok tiada lighter. Ini adalah pilihan.
- Ada orang suka makan kambing dan durian tapi belanjanya mahu percuma sahaja.
- Akhirnya ingatlah jangan kita berterusan menjadikan keldai seperti kuda.
- Husnozon; kita biasanya suka sangat berfikir yang mangga amra itu disangka kedondong.
Thursday, November 22, 2018
James Bond; Antara Yang Terbaik Dalam Yang Terbaik
- Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang.
- Ini coretan buat teman-teman James Bond aku. Kerana Allah kita bertemu dan kerana Allah juga kita akan berpisah.
- Dalam kitaran dan pusingan hidup ini; pastinya kita akan bertemu kelompok orang-orang yang begitu rapat selain daripada mereka-mereka yang mempunyai ikatan kekeluargaan.
- Teman-teman sekerja yang rapat disaat kematangan umur adalah sedikit istimewa berbanding sahabat semasa seusia remaja dan rakan sekolah.
- Teman-teman hebat dan istimewa ini hadir dalam jiwa yang tidak keharuan. Krisis pertengahan hidup (Mid Life Crisis). Adat muda menanggung rindu, adat tua menahan ragam.
- Ya Allah sesungguhnya aku amat-amat bersyukur kepadaMu kerana menemukan aku dengan teman-teman James Bond ini.
- Akal dan budi mereka terkadang melampaui ikatan kekeluargaan kerana kau semaikan perasaan kasihMu ke dalam hati nurani mereka. Ya Allah aku mensyukuri nikmatMu atas kurniaan yang tiada nilai ini. Sesungguhnya benarlah ayat-ayatMu yang menjadi peringatan; Nikmat apakah lagi yang hendak kami dustakan?
- Inilah sahabat ketawa dan menangis dimana gelak dan hiba itu dikongsi rasa; telur dua sebandung pecah sebiji pecah keduanya.
- Aku sebenarnya sudah buntu untuk menulis seperti beberapa tahun lampau tapi kerana kasih sayang ini aku kembali untuk meneruskan coretan-coretan hidup bersama-sama insan berlima yang hebat ini.
- Selagi kasih sayang ini masih mengalir dalam hati-hati kami, selagi itu akan aku coretkan sebagai tanda marhabah antara kami.
- Sama lebur sama binasa; seikat bagai sirih serumpun bagai serai; setempuh lalu sebondong surut.
- Aku berdoa kepadaMu Ya Allah kau kurniakan kehidupan dunia dan akhirat yang terbaik buat kelima-lima sahabatku ini.
- Ya Allah kau selamatlah kami, berilah rahmatMu dan temukan kami kembali Ya Allah untuk kami kembali bermain bersama disyurgaMu nanti Ya Allah.
- Buat semua sahabat James Bond aku; kelak suatu masa kamu semua akan memahami apa erti coretan ini. Aku sayangkan kalian semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)




