Thursday, November 22, 2018

James Bond; Antara Yang Terbaik Dalam Yang Terbaik

  1. Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang.
  2. Ini coretan buat teman-teman James Bond aku. Kerana Allah kita bertemu dan kerana Allah juga kita akan berpisah.
  3. Dalam kitaran dan pusingan hidup ini; pastinya kita akan bertemu kelompok orang-orang yang begitu rapat selain daripada mereka-mereka yang mempunyai ikatan kekeluargaan.
  4. Teman-teman sekerja yang rapat disaat kematangan umur adalah sedikit istimewa berbanding sahabat semasa seusia remaja dan rakan sekolah.
  5. Teman-teman hebat dan istimewa ini hadir dalam jiwa yang tidak keharuan. Krisis pertengahan hidup (Mid Life Crisis). Adat muda menanggung rindu, adat tua menahan ragam.
  6. Ya Allah sesungguhnya aku amat-amat bersyukur kepadaMu kerana menemukan aku dengan teman-teman James Bond ini.
  7. Akal dan budi mereka terkadang melampaui ikatan kekeluargaan kerana kau semaikan perasaan kasihMu ke dalam hati nurani mereka. Ya Allah aku mensyukuri nikmatMu atas kurniaan yang tiada nilai ini. Sesungguhnya benarlah ayat-ayatMu yang menjadi peringatan; Nikmat apakah lagi yang hendak kami dustakan?
  8. Inilah sahabat ketawa dan menangis dimana gelak dan hiba itu dikongsi rasa; telur dua sebandung pecah sebiji pecah keduanya.
  9. Aku sebenarnya sudah buntu untuk menulis seperti beberapa tahun lampau tapi kerana kasih sayang ini aku kembali untuk meneruskan coretan-coretan hidup bersama-sama insan berlima yang hebat ini.
  10. Selagi kasih sayang ini masih mengalir dalam hati-hati kami, selagi itu akan aku coretkan sebagai tanda marhabah antara kami.
  11. Sama lebur sama binasa; seikat bagai sirih serumpun bagai serai; setempuh lalu sebondong surut.
  12. Aku berdoa kepadaMu Ya Allah kau kurniakan kehidupan dunia dan akhirat yang terbaik buat kelima-lima sahabatku ini.
  13. Ya Allah kau selamatlah kami, berilah rahmatMu dan temukan kami kembali Ya Allah untuk kami kembali bermain bersama disyurgaMu nanti Ya Allah.
  14. Buat semua sahabat James Bond aku; kelak suatu masa kamu semua akan memahami apa erti coretan ini. Aku sayangkan kalian semua.


No comments: