Friday, December 10, 2010

Maal Hijrah

  1. 1431H berlalu. Yang lepas jangan dikenang. Yang dihadapan moga-moga diberikan kemudahan oleh Allah SWT. Semoga dipermudahkan segala urusan.
  2. Hari-hari akhir dalam tahun hijrah 1431, kena demam yang agak panjang. Satu keluarga dari ayah, anak-anak dan ibu juga juga kena demam.
  3. Mungkin diberikan kifarah atas kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan kerana terlalu leka melupai Tuhan pemilik sekelian alam ini.
  4. Terlantar, berbaring sahaja dalam rumah. Dikuatkan untuk bangun dalam beberapa hari lepas dalam bersama-sama menyertai acara keluarga; menghantar rombongan adik lelaki bernikah.
  5. Dan untuk kali keduanya dalam tahun ini; adik lelaki melangsungkan majlis perkahwinan hanya disebelah pihak perempuan atas beberapa sebab.
  6. Pertamamya bajet mereka hanya lepas untuk membayar wang hantaran, mas kahwin. barang hantaran iringan dan sedikit duit kocek. Tidak lebih dari itu. Juga tidak dapat dibantu kerana faham-faham keadaan masing-masing.
  7. Keduanya setelah bergelar anak yatim piatu; tiada siapa yang hendak menguruskan majlis perkahwinan tersebut andainya hendak juga dibuat dirumah lelaki.
  8. Adik-beradik ini semua ada komitment, tidak sama macam ibu dan ayah; akan buat apa sahaja untuk anak-anak.
  9. Syukur, berjaya majlis perkahwinan adik; berjalan dengan penuh lancar, hari yang panas dan tidak hujan. Sungguh dipermudahkan oleh Allah dan semoga perkahwinannya akan bahagia, direstui dan diredhai Allah.
  10. Nah, sekarang datang 1432H, Ya Marhaban .

No comments: