Sunday, June 20, 2010

Mudahnya Cari Salah Orang

  1. Ada segelintir orang kerjanya hanya untuk mencari salah orang lain.
  2. Auditor, Editor, Cikgu, Lecturer, Manager, GM, COO, CEO, Ahli Parlimen, ADUN, Timbalan Menteri, Menteri dan sesiapa sahaja yang berada diatas; salah satu tugasan mereka adalah mencari salah orang lain.
  3. Bagi kesalahan yang melibatkan pemarkahan; kejumpaan salah itu akan mengurangkan markah dan takut-takut akan menggagalkan orang yang bersalah itu. Silap-silap kena buang. Tak cukup undi.
  4. Kebiasaannya orang lebih suka bertanya keatas benda yang tiada pada orang yang ditanyanya.
  5. Seperti kata seorang ustaz ada dua jenis perumpamaan ; ada seperti murai yang lebih hanya berbising sahaja; ada yang macam anjing sesudah dilepaskan akan menyalak orang yang lepaskan mereka.
  6. Lebih teruknya salah mereka diakui sedangkan salah orang diperhebah-hebah.
  7. Ada juga memang tujuan mereka mencari salah orang untuk menutup salah sendiri.
  8. Sedangkan adalah menjadi afdalnya untuk menilai kebaikan yang dibuat oleh orang lain yang mana ianya terjadi lebih banyak dari mencari sedikit kesalahan yang sedikit dibuatnya.
  9. Tetapi sememangnya lebih ramai yang lebih suka mencari nilai kerosakan daripada nilai kebaikan. Naluri manusia terutamanya Melayu berbusuk hati.

No comments: