Thursday, June 18, 2009

Pulau Besar Kg Gajah

Semakin mengantuk. Hampir sudah kurang lebih pukul 3 pagi. Tak siap-siap jadual kerja. Esok pagi sudah ada mesyuarat. Berhempas pulas dua tiga manusia itu cuba menyiapkan kerja. Ya..lah ini yang dinamakan bekerja.

Bang...pekena kopi sikit sambil memendekkan umur dengan asap nikotin itu. Ada yang cuba membunuh diri dengan asap london, paris dan new york. Ada yang lagi hebat sedut asap gudang . Tak mahu mengalah. Kenapa bukan gudang gula tapi gudang garam pula yang dipilih nama.

Kedengaran dengusan penat. Khuatir dan tertekan. Takut tidak sempat siap tugasan yang diberi.

Hari penyatuan semakin hampir. Persiapan tidak lagi sempurna. Kerja, kerja dan kerja. Siang, malam, senja, subuh dan siang kembali. Tak siap lagi kerja.

Boss, macam mana ni. Dah dekat pukul dua setengah ini. Ada budget tak? Berapa nak turun? Berapa kos kita? Margin? Okey turun tiga belas percent. Tapi jangan lupa apa yang kita kena cover.

Orait, menurut perintah. Macam biasa. Bundarkan ke numbur keramat; lagi best kalau projek kat Datok Keramat. Dewan Datok Keramat. Sebuah banguna empat segi yang tinggi. Tempat orang kenduri. Tempat orang menari. Berlari .

Jomlah kita sambung balik. Kalau pakai formula ni; ingat dua bulan siap kerja kat rantaian ini. Takut hujan. Hujan bukan dalam kawalan kita. Main hujan lainlah. Ada pilihan juga. Sungguh hairan juga macam mana budak sekarang tidak boleh dibenar main hujan. Tak lasak. Takut demam katanya.

Ingat nak beli barang-barang hantaran kat sini. Terlanjur jalan-jalan. Poket juga tebal sikit. dapat duit kutu. Hukum yang dibuat-buat; kena ganjil dulangnya. Dan paling best; hairan; ajaib dan tertanya-tanya, kenapa sebelah perempuan kena lebih dari sebelah lelaki. Lima perlu dibalas tujuh, sembilan, sebelas dan seterusnya. Mana punya hukum? Jangan mati anak biar mati adat.

Dibelakang dewan Dato Keramat ada rahsia bagi orang desa bekerja di kota. Mengajar bahawa rakan taulan melebihi saudara. Kongsi cerita, kongsi ketawa; hampir dijumpa kawan menangis bukan setakat sama gembira. Jumaat ini kita cuti. Cuba kira, dua minggu lepas dah pergi.

Tuan Pengerusi, macam mana bayaran kemajuan kami. Kemajuan kerja perkara nombor tiga puluh. Ingat, pihak pemborong kena korek dua meter. Jangan tipu. Rupanya pemborong dah jadi pembohong.

No comments: