Wednesday, June 3, 2009

Runtuh

Sekali lagi kita macam terperanjat kerana ada bumbung seekor lagi gajah putih itu runtuh. Kenyataan biasa yang didengar nasib baik, memalukan dan ini tentu ada unsur berlakunya keturasan kerana adanya ketirisan. Beberapa hari sebelum itu berlaku keruntuhan bagi bangunan yang hendak diruntuhkan sepertinya orang yang mati sebelum hendak diberhentikan.
Puh...kecoh sana-sini macam inilah berakhirnya dunia ini.

Bisingkah kita bila akhlak anak-anak muda kita runtuh? Menangis kah kita rumahtangga uamt-umat kita runtuh? Malukah kita iman pembesar kita runtuh?

Lihatlah kita ini seperti pemusnah yang tidak membina penghidupan kita dilandasan yang betul kerana keruntuhan ini telah lama berlaku. Kenapa tiada pilihan ? Kerana dahulu masa orang itu berada diluar gelanggang katanya tahi itu sememangnya busuk tetapi apabila keluar barisan dan masuk bulatan, sama aje. Macam ikut roundabout dan simpang berlampu isyarat. Semunya traffic jam kerana orang sudah tidak lagi mengikut undang-undang. Ada yang beli lesen terbang kerana ada orang yang jual.

Kadang-kadang kita pening kerana tiada keadilan tidak kira dari mana-mana pihak termasuk sebuah keadilan yang tidak adil. Sekali lagi dingatkan keadilan itu bukan kesamarataan, bukan keterbukaan dan apa sahaja proses penyamaaan. Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Sepertinya, Pak Mat yang memerdekakan negara ini perlu diberikan keistimewaan kerana ini tanah tumpahnya. Tidaklah seperti proses mengindustrikan sebuah idustri seumpama bapa yang tidak bersedia menerima anak walaupun dia tahu kerana hubungan yang terlanjur itu teman wanitanya sudah menanti hari bersalin. Siapa yang untung? sudah tentu ah long yang menyewakan bilik hotel sewaan jam itu.

No comments: