Sunday, January 4, 2009

365 lepas - Episod 1

Sekali lagi berlalu tahun lepas...Hijrah dan Masihinya pergi lagi dan datang kembali lembaran baru yang belum ketentuan dapat dihabiskan sekali lagi episod selama 365 hari ini...Apa yang berlalu selama 365 hari yang lepas sesungguhnya mendewasakan umur semua orang dan tidak semestinya mematangkan fikiran semua orang.

Masih ada lagi pepohon-pepohon yang rantingnya semakin rapuh, daun semakin gugur , berbunga tetapi tidak berbuah.

365 lepas juga mengajar bahawa azam akan tetap tinggal azam. Jika berkata itu ditimbang kati bukan semua orang akan berjanji. Bisa benar kita membohongi orang, menipu dunia, berdusta keatas diri sendiri tapi banyaknya orang yang tidak berkata benar kepada tuan punya dunia ini. Ramai semakin terpedaya kerana masih ada kesihatan..masih dapat kemewahan dunia sedangkan ramai masih miskin iman.

365 lepas juga memberikan petanda ramai yang masih percaya ada kuasa-kuasa lain selain kepada yang berkuasa. Ada yang meremehkan yang berkuasa kerana leka dibuai mimpi disiang hari.

365 lepas mengajar bahawa sesungguhnya dalam satu pasukan bola bukan semua boleh menendang bola, bukan semua boleh menanduk bola, bukan semua boleh menangkap bola, buakan semua boleh mengejar bola........

365 lepas ramai yang menzalimi diri dengan ingatan; ada insurans kesihatan itu boleh dibeli, kesihatan itu boleh dijamin sedang ramai masih membunuh diri .....kawan sekelian lihatlah asapa itu jika kau ingat nyawa kau panjang janganlah bunuh kami........

No comments: