Wednesday, May 13, 2009

Slip Dish

Menghampiri usia seperti asyar ke maghrib ini telah memberikan pentunjuk bahawa baki yang tinggal sudah kurang dari suku untuk dihabiskan. Dalam kesibukan kononya mencari dunia untuk mencari akhirat sebenarnya memalsukan akujanji bahawa sesungguhnya mati dan hidupku hanya untukMu seperti yang dilafazkan sewajibnya lima kali sehari atau kurang atau paling kurang seminggu sekali bagi kawasan-kawasan yang berkenaan yang sewaktu dengannya Jika itu pun tidak dapat dikumpul, apa nak dikata.Lagi-lagi bagi yang telah menjangkau seusia isyak nak ke tahajjud.

Sakit di usia begini banyak hikmah rupanya. Seperti indikator di satu dashboard kereta yang memberitahu bahawa banyak benda rosak yang perlu diganti dan dibaiki.Juga sebagai amaran anda sudah terlampau dan sudahpun melampaui batas.

Sihat yang berterusan mungkin bagus kerana penjagaan yang baik dari peringkat awal. Mungkin juga sistem indilator telah rosak atau tidak berfungsi sehingga lupa bahawa semuanya menanti masa sahaja.

Kebas tangan, pedih dada dan slip dish ada hikmahnya. Sesiapa yang sedang merasainya bersyukurkah bahawa sistem amaran berjalan baik untuk kembali ke pangkal jalan.

Janganlah yang dikejar tidak terkejar yang terkendong keciciran.

Besar

Sesungguhnya besar itu satu persepsi yang berbeza-beza mengikut keadaan, tempat, orang dan faktor berkaitan yang lain.Besar boleh menjadi kebaikan dan besar juga boleh menjadi keburukan.Besar ini sebenarnya mempunyai sifat yang hidup kerana impaknya boleh merubah sesuatu.

Ironinya besar yang baik seperti rumah besar, kereta besar, guru besar, bos besar, untung besar, besar hati, perut besar (hamil),orang besar.

Sebaliknya besar yang jahat ialah dosa besar, cakap besar, besar kepala, membesarkan perut.

Ada juga besar yang mempunyai sifat dua-dua baik seperti membesarkan anu untuk mendapatkan anu yang besar.

Begitu juga besar boleh berubah menjadi sebaliknya seperti orang besar yang besar kepala.

Lalu adalah menjadi pilihan mana satu besar yang hendak dipilih.atau sekadar menjadi yang kecil yang selalunya mempunyai sifat secara kepurataan yang tidak baik seperti kecil hati, anu yang kecil, gaji kecil, rumah kecil,

Akan tetapi jangan keliru kerana ada kecil yang berharga seperti kereta kecil mini cooper. Ada kecil yang lebih baik seperti dosa kecil. Selainnya kecil lebih kurang baik dari besar.

And of the day THINK BIG to get bigger house, bigger car and not because to be big need to get bigger sin.

Monday, May 11, 2009

Padang Bola Tok Guru

Serdak sebuah cadangan
Membina satu padang bola
Untuk Tok Guru
Ia bukan sekadar sebuah padang
Ia bukan sejinjit sebuah harapan
Disini bakal disemai benih iman.
Agar sentiasa diingat sebuah ketentuan.
Sebuah padang untuk Tok Guru
Membuai satu perkenalan
Ada busuknya selonggok pandan
Dek kerana malas menjadi gembala
Lembu orang dikira dia yang empunya.

Memori padang untuk tok guru
Mengajar bahawa umpan yang dimakan mengena ikan
Tapi terkail ular air yang bisa
Sifat cuba membelit dan mematuk bisa
Tapi ini pengail lama
Walau joran baru di beli semalam
Asalkan sahaja ular
Pasti akan dibunuh sahaja
Bak kata pepatah
Jika jumpa ular dan sidia
Sekarang ini baik bunuh kedua-dua
Jangan lagi dok nak buat pilihan
Kerana kita hanya tinggal kuasa.

beginikah ummah berniaga?

Terlalu pelik melihat gelagat scammer yang banyak menganggap hanya dirinya yang pandai, bagus dan hebat. Tidak seperti insan lain yang nampak macam haprak bukan senang nak senang dan juga bukan senang nak scam orang. Jangan dok jaja kesucian Islam kononnya semua yang dibuat itu ubtuk umat. Jangan jadi bajingan duit kerana duit itu bukan segala.orang yang guna ppsmi cakap money is not the issue. Sebab apa? Sebab we do not have the money.menjual muka dan maruah yang darjatnya bangsat kerana dikejar yuran proses murah. Macam juga orang yang kemaruk beli title datuk kerana nak status. Cis inikah berniaga untuk ummah katanya. Baik tengok si sepet itu berniaga untuk semua. Akhirnya hanya satu sahaja yang benar satu ISLAM. Mana ada satu untuk negara atau satu untuk bangsa. Itu hanya retorik murahan.

Tuesday, April 7, 2009

1511

Kesekian kalinya penjajah ini kembali. Anakku jangan biarkan penjajah ini macam kaduk naik junjung. Sebelum dia fikir nak pijakmu..pijaklah mereka dahulu kerana kita ini hebat sebenarnya. Kerana kehebatan itu simata kecil dan kulit kelabu itu cemburu.

Kita akan sentiasa dan selamanya menjadi raja. It is our homeground. Ayway pastikan keatasan ini ni berpada dan kena pada harga kerana akhirnya air suam itu akan tawas rasanya.wahai orang berkulit merah dan berhidung tinggi dahulu kau datang menjajah datuk nenek ku yang lesu bukan bermakna kau kuat juga tidak bermakna moyangku lemah . Tetapi bisa menjadi sejarah dan keazaman untuk aku membalas penjajahan tersebut sekarang. Jika gagal anak dan cucuku akan memarang mu kemudian agar nafas kau yang tercungap itu selesai begitu sahaja.

Saturday, April 4, 2009

Julab

Kerana lama tidak update posting sebab nampaknya macam sibuk. Dah macam kejar tak dapat kendung keciciran. Tapi daya tahan kena tinggi kerana musafir ini menuju jalan seterusnya. Penat juga kerana masih ramai yang tidak tahu anggota-anggota itu perlu berfungsi sepatutnya supaya tidak hanya kaki ini yang berdiri, berlari, menari, berjalan dan semuanya sedangkan lainnya duduk bersimpuh menanti makan.

Ada hanya tangan yang hanya pandai menenun songket tapi badan itu juga perlu berbaju, bersongkok dan bersolek. Juga perlu mencuci najis yang sememangnya busuk.

Apabila sekali makan sirih itu sedap selamanya tagih untuk mengunyahnya. Biarpun tahu mulut berdarah, gigi punah dan lantai kotor.

Itukah burung kakak tua atau burung tiong yang dilatih pandai meniru tuannya memberi salam. Itukah gajah yang diajar menendang bola? Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Sunday, February 1, 2009

Bukan Senang Bukan Susah

Hutang makin dibukukan. Satu ribu nilai hutangnya lima belas tahun lepas. Sepuluh ribu berhutang bila usia dimulai angka tiga. Seratus ribu permulaan berniaga. Satu juta, dua juta, dan berjuta-juta sudah umpamanya menjadi biasa seperti biji-biji beras didalam nasi.

Hutang ini memberikan satu kehidupan. Hutang ini juga menunaikan hasrat.

Sememangnya bukan senang nak senang dan bukannya susah nak susah. Doa, Usaha, Ikhiar dan Tawakkal akan memberikan duit untuk membayar hutang-hutang itu.

Saturday, January 17, 2009

Kalah lagi

Hampa..kalah lagi. Kalah, kalah dan kalah. Siapa ye? Siapa lagi? Tak kan tak tahu. Sudah tahu bertanya pula...

Kenapa tak menang..kata kita kan pertahankan kemenangan ini walaupun sebenarnya banyak yang dah kita kalah. Cuma tinggal satu. Apa dia? Itulah yang tinggal cuma tinggal ....tinggal apa?

Tinggal sejarah kerana dah kalah.

Kenapa kalah? senang saja sebab tak menanglah beb...tak menang kau kata walau dah habis berjuta....tapi jutaan itu kan percuma....manis mulut dari bibirku yang merah.

Kenapa aku menulis?

Kenapa aku menulis? Aku menulis bukan kerana nama. Kerana apa? Kerana dalam penulisan itu aku sepertinya membuat pengucapan juga. Bezanya jika ada pembohongan , ianya terbukti. Pembohongan dalam kata-kata berlalu macam gas kent yang keluar dari celahan bukit fraser. Selalunya ada bau ada bunyi; ada juga tiada bau ada bunyi; ada juga ada bau tiada bunyi. kalau seorang ianya tahu, dua orang tahu sama tahu dan lebih dua orang seorang pun tak tahu...

Penulisan banyak bunga-bunga cerita boleh dijambak bagi memanjangkan ayat, tak maknanya bila nak menulis kena menjadi sasterawan .....begitu juga nak menjadi pembina tak semestinya jurutera, i am near the engine and not an engineer... the most important i do not ask people do; what they know what to do... i am only asking they know what are they doing?

Wednesday, January 14, 2009

Naskhah Lama

Naskah lama..jangan dibuang begitu saja. Kenalah simpan tempat tinggi-tinggi supaya anak kecil itu tidak kecing atasnya...kerana apa? Kerana banyak naskah lama yang bukan setakat mengencingkan orang lain tapi dirinya juga dikencingnya sendiri kerana naskah lama cepat mengantuk.

Naskha lama...sekarang tidak kira siapa makan garam dulu. Janganlah nak dikira memakan garam yang percuma. La ni.. perlu diambil kira siapa yang beli sendiri garam, makan sendiri garam. apa yang penting harus juga ditimbangkan ada juga yang melaut sendiri garam; untuk makan garam dan menjual garam.

Naskah lama....jangan juga dikira ianya tidak rosak walau asap-asap itu datang dari gulungan gudang garam. Kerana garam itu tidak masin. Jangan ingat umur semakin panjang Tuhan makin suka. Itu ujian namanya.

Naskah lama..apalah kiranya nilai lama itu jika bukan kelamaan yang dicari?

Tuesday, January 13, 2009

Runner and Broker

Runner dan broker.
Dua nama berbeza tapi satu tugasannya hampir nak sama. Macam pilot dengan driver. Cuma pilot kena pandai cakap English. Biarpun SPM tak ambil agama. Ambil lukisan pun tak apa. Kerana negara yang katanya tak sekular ini kata subjek agama sama nilai kumpulan gradenya denga lukisan.
Runner dan broker; kadang-kadang memang sama. Kalau diklasik nasionalkan bunyinya jadi penemu jodoh perkara-perkara yang sedang dicari oleh satu pihak. Kebanyakannya apa saja nama yang disebut tadi juga tidak tahu apa yang sedang dicari, bagaimana mencari dan siapa yang dicari. Kerana apa? Kerana semua melihat percent? Semua mengira angka-angka yang tidak kurang banyaknya. Rakus. Kerja tak mahu. Bukan begitu mencari rezeki bang! Kata pondan tua tu kepada seorang pak cik muda yang malas nak kerja tapi nak jual projek katanya.

Runner dan broker ini sejak buat call guna handphone murah ni,,,berangakai-rangakai macam bom Israel. Juga ada yang berlapis-lapis macam 14 jalur bendera Malaysia yang akhirnya semuanya umpama tin yang kosong. Nothing. Sebaiknya do not waste my time and your time brader. Kalau nak makan kat hotel just ask..why not we buy you the buffet.

Kenal MB/YB. Nak kasi projek berbillion..takkan pakai Nokia 3150 atau hispa rokok tembakau reject. Walaupun ia nampak sengkek tapi orang nak.

Jangan juga kenal treasury. tapi pakai jam Q & Q. Cerita sampai pagi.....bukan kat kedai kopi; semestinya Concorde/Park Royal barulah rasa hidup ini seperti ana yang punya ...kata P Ramlee.

Sunday, January 4, 2009

365 lepas - Episod 1

Sekali lagi berlalu tahun lepas...Hijrah dan Masihinya pergi lagi dan datang kembali lembaran baru yang belum ketentuan dapat dihabiskan sekali lagi episod selama 365 hari ini...Apa yang berlalu selama 365 hari yang lepas sesungguhnya mendewasakan umur semua orang dan tidak semestinya mematangkan fikiran semua orang.

Masih ada lagi pepohon-pepohon yang rantingnya semakin rapuh, daun semakin gugur , berbunga tetapi tidak berbuah.

365 lepas juga mengajar bahawa azam akan tetap tinggal azam. Jika berkata itu ditimbang kati bukan semua orang akan berjanji. Bisa benar kita membohongi orang, menipu dunia, berdusta keatas diri sendiri tapi banyaknya orang yang tidak berkata benar kepada tuan punya dunia ini. Ramai semakin terpedaya kerana masih ada kesihatan..masih dapat kemewahan dunia sedangkan ramai masih miskin iman.

365 lepas juga memberikan petanda ramai yang masih percaya ada kuasa-kuasa lain selain kepada yang berkuasa. Ada yang meremehkan yang berkuasa kerana leka dibuai mimpi disiang hari.

365 lepas mengajar bahawa sesungguhnya dalam satu pasukan bola bukan semua boleh menendang bola, bukan semua boleh menanduk bola, bukan semua boleh menangkap bola, buakan semua boleh mengejar bola........

365 lepas ramai yang menzalimi diri dengan ingatan; ada insurans kesihatan itu boleh dibeli, kesihatan itu boleh dijamin sedang ramai masih membunuh diri .....kawan sekelian lihatlah asapa itu jika kau ingat nyawa kau panjang janganlah bunuh kami........

Saturday, December 6, 2008

Sibuk, Penyibuk dan Menyibuk

Sibuk sangat ke ? Lately ni banyak sangat urusan dunia yang belum selesai sampai tak sempat ....Aduh sungguh zalimnya aku kepada tuan punya diri ini.

Kesibukan......siang malam dikejar..tak habis-habis sibuk ini.

Tuesday, November 11, 2008

Kini Kembaraku Penuh Liku

Setelah melalui usia hampir masuk ke tahun ketiga medan rezeki ini dibuka ini masanya terasa kembara itu penuh dengan likunya. Biarpun musafir ini baru sahaja bermula dahulu jalannya agak selesa ...saujana kehijauan daun ditiup angin sepoi bahasa. Kadang juga terasa sikit bahang dik panas mentari menyuluh tegak atas kepala tapi ada juga bekalan tuala basah untuk menyejukkan bahang itu.

Kini setelah langkah semakin jauh..tapak semakin memijak pijar-pijar itu .

Pertanian Itu Adalah Perniagaan

Syabas sahabatku..Alhamdulillah masing-masing mempunyai visi dan misi. Apa yang lebih penting semuanya mesti diusahakan dengan penuh bersungguh-sungguh. Pasti kejayaan itu akan datang dengan berkat doa kepada Maha Kaya.

Kita memang boleh merancang tapi perancangan itu perlu dibuat sebagai satu rancangan yang terancang.

Landasan dan ladang rezeki itu perlu disemai dan disuburkan dengan satu semangat ..kerja keras...dan sesungguhnya jangan bersangka buruk kepadaNya.