Showing posts with label Rasulullah is the role model. Show all posts
Showing posts with label Rasulullah is the role model. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Tips Sihat Mengikut Sunnah 5 - Jagalah Pergerakan Anggota & Sendi

Pergerakan anggota-anggota badan dan sendi-sendinya perlu dikawal supaya ianya tidak berada dalam keadaan yang tidak ergonomik untuk masa yang lama. Ia boleh memberikan kerosakan kepada sendi. Juga dalam waktu yang sama anggota badan boleh terkehel, tulang boleh patah, tulang retak dan lain-lain gangguan kepada anggota badan.

Pergerakan yang tidak terbatas itu juga boleh membuatkan gerakan yang berlebihan akan merosakkan otot, rawan dan lebih seriusnya ianya boleh merosakkan saraf. Apabila kerosakan terus menerus berlaku, ianya boleh mengakibatkan pembengkakan jantung. Lalu gangguan ini akan menyebabkan ketidaklancaran sistem pernafasan.

Dengan sebab itulah pergerakan dalam solat merupakan satu aktiviti senaman terbaik bagi membentuk serta memberikan latihan gerakan, bukaan dan tekanan yang baik untuk anggota badan dan sendi.


Saturday, December 25, 2010

Tips Sihat Mengikut Sunnah 4 - Tidur Nabi

Rasulullah SAW adalah contoh bagi semua perlakuan hidup. Baginda memberikan panduan tidur yang baik bagi kesihatan. Teknik tidur yang baik adalah dengan mengiringkan badan ke kanan sambil tangan kanan menyokong kepala.

Tidak digalakkan mengiringkan badan ke kiri semasa tidur kerana ditakuti perut akan tertekan dan ianya boleh menganggu proses penghadaman dan pencernaan. Juga apabila tidur mengiring ke kiri akan memberikan tekanan pada jantung yang mana ianya boleh mempengaruhi kerja jantung yang boleh mengakibatkan gangguan kemampuan jantung, paras irama dan proses pengempaman jantung.

Ambillah contoh dan teladan yang diberikan oleh Rasulullah SAW.

Friday, December 24, 2010

Tip Sihat Mengikut Sunnah 3 - Perubatan Nabi

As-Suyuthi menyatakan bahawa mengikut Nabi penyakit itu adalah disebabkan oleh gangguan udara, salah makan/minum, keliru, rehat yang sedikit, tindakan emosi berlebihan, tidur dan jaga yang tidak seimbang, cecair berlebihan dalam badan dan gangguan pengeluaran cecair badan.

Oleh itu jagalah semua faktor-faktor diatas supaya kesihatan dijaga dengan sebaik mungkin kerana nilai kesihatan terlalu tinggi.

Juga konsep gerakan ibadah terutamanya solat banyak mempengaruhi pola kesihatan yang disebutkan diatas seperti kajian yang dibuat dibawah ini.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas


Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.
ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim


Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Thursday, December 23, 2010

Tip Sihat Mengikut Sunnah 2 - Elakkan Marah

Bagi mengelakkan risiko penyakit darah tinggi, stroke (angin ahmar), murung, saraf, jantung dan vertigo seseorang itu mestilah mengelak atau mengurangkan perasaan marah; lebih-lebih lagi panas baran. Marah adalah isyarat yang membawa tanda seseorang itu berada dalam keadaan kedukaan dan keangkuhan.

Apabila seseorang itu marah; dia akan bertindak-balas dengan memberikan perubahan kepada wajah, menggeletarkan tangan dan menaikkan tahap . Apabila ini berlaku ianya akan memberikan bebanan yang lebih kepada otak sehingga meninggikan kadar aliran dalam pembuluh darah seterusnya jantung akan berdenyup dengan lebih kencang.

Oleh itu apbila seseorang itu berada dalam keadaan marah sentiasalah mengingati Allah. Rasulullah SAW pernah bersabda; "Apabila salah seorang kamu marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Jika telah hilang marah itu cukuplah dengan duduk sahaja dan apabila masih lagi marah hendaklah dia berbaring."

Jagalah emosi kita supaya marah dapat dielakkan kerana marah/panas baran adalah salah satu senjata syaitan yang berada dalam diri seseorang. Marah adalah warisan sifat iblis sejak ia menentang penciptaaan Adam a.s. Marah itu terus menerus menjadi cara hidup syaitan dan bala tenteranya.


Wednesday, December 22, 2010

Tip Sihat mengikut Sunnah 1 - Jangan Bakhil

Dalam surah Muhammad ayat 38, Allah berfirman. " Ingatlah , kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan Allah. Tetapi ada diantara kamu yang bakhil. Sesiapa yang bakhil, sesungguhnya dia hanyalah sebenarnya bakhil kepada diri mereka sendiri. Ingatlah, Allah itu Maha Kaya sedangkan kamu semua orang yang miskin. Apabila kamu berpaling daripada beriman, bertakwa dan menderma, Dia menggantikan kamu dengan kaum yang lain yang tidak berkeadaan seperti kamu."

Sifat bakhil adalah disebabkan cinta dunia secara belebihan, takut miskin dan hati sentiasa runsing.Oleh kerana itu sesiapa yang bakhil akan memudahkan dirinya diserang gangguan nyanyuk dan sukar tidur. Apabila kerungsingan dan kesedihan itu berpanjangan ianya boleh menyebabkan seseorang itu mudah diserang sakit paru-paru.