Tuesday, April 11, 2017

  1. Buat anakku Ammar,  Affiq dan Aniq.
  2. Kamu bertiga adalah kurniaan Allah yang paling hebat buat ayah.
  3. Kamu bertiga adalah amanah terbesar yang perlu ayah jaga.
  4. Ingatlah anak-aaakku akan tiba masanya mesej ini akan kamu semua baca tanpa ayah disisi kamu semua.
  5. Pada masa itu, hayatilah kata-kata di atas, fahamilah dan hadamlah mesej yang cuba ayah sampaikan kepada kamu semua.
  6. Tiada ucapan selain daripada Alhamdullillah kerana menjadi sebahagian daripada kehidupan ayah.
  7. Kamu bertiga perlu fahami bahawa dalam adanya perbezaan antara kamu bertiga, maksud perkataan nama kamu yang bertiga itu hampir membawa maksud yang sama.
  8. Anak-anak ayah sekeliannnya, jadilah kamu seorang yang cerdik, kuat dan tampan dan akhirnya sentiasa menjadi anak yang soleh.

No comments: