Saturday, February 6, 2016

Kasihi Semua Allah Kasih Kita

(Petikan drp Ustaz Ebit Lew)

Tadi singgah isi minyak di Petronas. Saya lihat seorang pakcik tua nak isi minyak kereta lama. Dia seluk poketnya dan keluarkan duit kertas Rm1 dan duit sen-sen. Lepas tu dia macam termenung jap..dan macam seluk-seluk poket lagi.

Saya tanya pakcik cari apa. Dia kata, saya cari duit. Macam ada rm2 tadi. Nak isi minyak ni. Takper tunggu sekejap. Pakcik isi penuh yer..dia terima akhirnya sebab dah bayar. Lepas tu dia salam saya dan cakap terima kasih. Dia macam sebak dan nak menangis. Terima kasih anak.terima kasih. Terima kasih ..syukur pakcik memang tengah susah sikit sekarang. Saya pun sebak bila tengok orang terharu begitu. Saya bagi duit lain. Dia taknak. Dia ucap dia terharu dan menangis. Saya kata ini semua kasih sayang Allah. Semuanya kasih sayang Allah..

Saya berfikir begitulah dalam kesusahan terasa manis dunia ini. Dalam kesenangan terlebih makan sudah tiada nikmat. Berjalan tiada nikmat. Rumah besar dan kenderaan cantik sudah tiada nikmat lagi. Orang susah sekali sekala dapat makan sedap mereka gembira. Mereka menangis bersyukur..

Semalam saya jumpa sepasang suami isteri susah. Mereka dapat duit zakat. Anak mereka ramai. Dia minta saya doakan supaya Allah buka jalan untuk dia mencari rezeki..dalam susah atau diuji kita banyak menangis dan bawa kita ingat Allah. Sebab itu hidup ini ada masa kita terlalu sedih dan lemah seperti tak boleh bangun. Tapi ingatlah kita ada Allah. Ini semua kerana dia sayang.

Saya bawa anak saya berjalan di Pasar malam, saya beri dia rm10 beberapa keping. Saya suruh dia letakkan dalam tabung orang oku yang sedang minta bantuan. Saya kata beri tangan kanan dan senyum ucap terima kasih..

Semasa berjalan saya tengok beberapa kedai kurang orang beli. Saya suruh anak saya pergi beli. Anak saya tanya kenapa beli tu ayah suka ke. Bukan anakku, bukan sebab ayah suka tapi sebab Allah suka. Kenapa ayah suka makan kedai kurang orang. Kata saya sebab gembirakan hati orang nanti Allah gembirakan hati kita. Kita boleh beli makanan tu dan beri pada orang susah yang lain. Kadang-kadang kita diberi naluri sayang dan kasihankan orang. Itu sebenarnya ujian Allah buat kita. Ayuhlah kita memberi sehingga kita gembira dan boleh melupakannya kerana merasai Allah melihat dan harapkan Redha Allah.

Syaikh Saad al-khandahlawi seorang alim. Saya lihat masa anak-anaknya kecil,khadimnya bawa anaknya bawa satu karung duit kecil dan beri pada semua orang minta sedekah sekitar masjid. Hari ini anaknya menjadi Ulama tersohor dan jutaan orang dari seluruh dunia mendengar nasihatnya ketika usia muda lagi. Anaknya diajar suka khidmat ibubapanya. Pakai kasut dan sikatkan rambut bapanya ketika kecil. Rajin cuci tandas masjid dan ringan tulang. Hari ini mereka menjadi orang mulia..

Dalam Fadilat sedekah diceritakan orang yang suka memberi, Allah akan beri hidayah kepada anak-anaknya menjadi orang yang disayangi di bumi dan di langit.  Anak Jaafar ra selalu membeli gula atau keperluan asas pedagang luar yang tak laku kemudian beri pada orang miskin. Pedagang yang merasai rezeki tak sangka-sangka tersungkur sujud dan orang miskin juga tersungkur sujud..

Pernah saya solat di luar masjid Bandar Baru Uda, air diberikan percuma masa tu saya budak-budak lagi. Peniaga itu dibayar oleh orang kaya untuk beri minum pada semua. Sedap air tu, sampai hari ini saya ingat. Pelajar asrama semua berebut minum. Kerana 50 sen besar buat kami masa tu. Sebab 20 sen pun tiada dalam dompet saya masa tu..dan masa bekerja isi minyak tiba-tiba ada orang selit rm2 dalam poket. Saya gembira dan dapat beli ayam seketul makan dengan nasi masak kat bilik sewa. Kawan saya ada duit cukup beli 1 roti canai kongsi 2 orang.

Ya Allah yang mengasihi orang miskin. Rasulullah saw berdoa ya Allah hidupkan saya di kalangan orang miskin, matikan saya bersama orang miskin dan bangkitkan saya bersama orang miskin. Berilah kami sifat sayang anak yatim dan orang miskin. Bersihkan hati kami dari kekotoran dan kegelapan. Semua orang baik dan mulia.-ebit lew

No comments: