Sunday, January 31, 2016

Kededakan Sang Barua

Sungguh jelek lihat barua-barua
Yg nampak kebulur sangat nak makan dedak,
Hitam katanya putih
Terpenting dedak disimpan sampai tujuh keturunan.

Barua oh barua
Kau sanggup laku apa sahaja
Lihat saja tangan ibumu
Yang penting ciumi tangan isteri ketua
Kerana takut nanti kebulur dedak
Muka kau pun dah semakin petak.

Sang barua
Kau khianati amanah
Mana sumpah janji setia
Kelaut sudah dibuangnya
Tinggal dibumi barua pengampu
Katanya bapak ketam itu berjalan lurus

Barua lapar makan dedak
Nasi sudah tidak lazat
Hati sudah hitam berkarat
Habis kudrat marhaen kau perkuda
Janji selera dedakmu tetap tersedia

Oh barua sekeliannya
Akan ke sumpahmu menjadi kera
Kerana kau seperti beruk mendapat bunga
Telunjuk lurus kelingking berkait.
Akhirnya barua tetap selamanya

No comments: