Thursday, July 29, 2010

Motivasi Kelas 3 HKL

  1. Sekali sekala cuba membawa kehidupan kepada sedikit ke bawah biarpun bisa mendapatkan hak yang lebih baik. Cuba selami dan rasai apa yang dirasai oleh orang-orang yang kurang berkemampuan. 
  2. Syukurlah kita ini sebenarnya telah mendapat nikmat yang begitu banyak dan kita masih lupa untuk mensyukuri nikmat tersebut kerana perasaan ketidakcukupan dan kita bisa lebih dari itu.
  3. Merasakan kenikmatan dan kemewahan dalam kita punya ketentuan sedangkan ianya bukan milik kita walaupun kita seperti merasai kita yang penat kita mencarinya. Dan kita selayaknya mengecapi itu semua. Persoalannya betulkan kelayakan itu milik kita?
  4. Berada dalam wad kelas 3 HKL memberikan banyak iktibar. Disini percik kasih sayangnya lebih nyata dan air mata menjadi ulaman sajian cerita-cerita tentang kepayahan dan keperitan hidup.
  5. Dalam wad kelas 3, dapat disaksikan bahawa ramai yang menderitai sakit kerana lambat membuat pengesanan awal kerana lebih memberikan tumpuan mencari rezeki untuk menyarai keluarga yang rata-ratanya besar ahlinya. Bukan dua, tiga mungkin melebihi enam, tujuh orang.
  6. Kasih sayang dan tumpuan setiap ahli keluarga bagi pesakit wad kelas 3 ini nampak lebih ikhlas. Melihat anak mencuci najis si ayah, begitu memberikan ingatan bahawa dari sifat bayi kepada sifat bayi akan kembali dari sebahagian seseorang itu.
  7. Dahulu ibu dan ayah yang memandikan anak; kini giliran anak pula memandikan ayah.
  8. Ada juga yang terjadi sebaliknya. Tetapi biasa bagi orang-orang kaya yang berharapkan amah untuk membuat semua itu.
  9. Sekali lagi; untuk mendapat rasa syukur itu pandanglah sesuatu yang dibawah; baru ternampal kita bukannya kekurangan; dan jangan dibanding dengan sesuatu yang berada diatas; sudah pasti kita rasai tidak mencukupi.
  10. Adakah sakit itu kifarah atas dosa-dosa lalu?

No comments: