Saturday, May 1, 2010

Kesihatan; Kembalinya Satu Nikmat

  1. Salam sejahtera pemula bicara. Agak lama tidak mengemaskini blog kerana seketika kurangnya sedikit kesihatan untuk mengatur butir-butir kata.
  2. Ya Allah; memang tidak dapat dinilaikan nikmat kesihatan yang telah engkau berikan selama ini.
  3. Aku terlalu banyak menganiaya nikmat sihat dan ruang waktu lapang yang dipinjamkan olehMu kerana agaknya terjebak mencari dunia yang sementara ini.
  4. Perjalanan berliku yang dicari hampir hilang arah tuju. Kapal yang semakin banyak lubang itu seakannya hampir tenggelam tapi seperti terkenangkan kisah kurnia rezekiMu pada seekor burung mengingatkan kembali bahawa usaha telah dibuat. 
  5. Burung-burung itu pada waktu pagi seperti biasanya akan keluar terbang mencari makan yang tidak diketahui untung nasibnya tetapi tetap juga melakukan pencarian kerana Allah telah pun menetapkan rezekinya untuk hari itu dan kembali pulang petang dengan makanan untuk diberikan kepada anak dalam sarang.
  6. Oleh itu aku juga pun begitu, hanya tawakal padaMu sahaja agar dipermudahkan pemberian rezeki dan nikmatMu; Ya Allah.
  7. Sedikit ujian dicuba dengan pengurangan nikmat sihat mengingatkan bahawa sebanyak mana pun duit tidak akan dapat membeli kesihatan yang dianugerahkan olehMu, Ya Allah.
  8. Kerana sikapku sendiri juga; akhirnya mengakibatkan kerosakan; sememangnya senang nak sakit dan susahnya hendak mendapatkan kembali kesihatan seperti asalnnya.
  9. Amaran kecil ini telah mengimbaskan semula tujuan pencarian ini.
  10. Kerana tamaknya dunia; sempit dan sibuk ruang pencarian; susahnya hendak senang dan senangnya menjadi susah; serba sedikit telah melalaikan.
  11. Kembalilah bermuhasabah; ada sesuatu  yang hampir hilang dan atau sudahpun hilang.
Blogged with the Flock Browser

No comments: