- Kalau ada pilihan kenapa perlu pergi ke kafe bandar buruk. Jika betul perniagaaannya hanya dibuka untuk satu bangsa; mengapa bangsa majoriti lain perlu hendak minum ke kafe tersebut?
- Tuan punya kafe bandar buruk itu hanya memberikan peluang perniagaan atas dasar warna kulit; dibuka ditempat semua warna kulit.
- Tetapi fokus kita bukan dasar nak perkasakan sangat warna kulit seratus peratus; apa yang penting adalah konsep halal dan toyibban ke atas makanan/minuman yang dihidangkan dari perspektif Islam.
- Kenapa lemahnya pemantauan dan perlaksanaan oleh pihak-pihak yang berwajib? Ini bukan persoalan jabatan yang diadakan untuk menjaga kemajuan Islam; tetapi ini persoalan besar.
- Kenapa kita keliru untuk mengadakan satu jabatan yang hendak menjaga kemajuan Islam sedangkan Islam itu sepatutnya sudah menjadi acuan untuk kemajuan manusia sejagat.
- Islam telah mempunyai jilid dan perlembagaan yang sempurna untuk dijadikan asas pembangunan ummah termasuk orang-orang bukan Islam.
- Islam sediakala adalah sudahpun maju jika Al Quran dan Sunnah dijadikan panduan.
- Perubahan zaman perlu diselaraskan dengan Islam dan bukannya Islam yang diubah supaya selaras dengan peredaran zaman.
- Paksi kemajuan terlalu ditumpukan kepada fokus duniawi, jasmani dan kosmetik; menjadi bingkai hiasan di dinding cantik sahaja.
- Kenapa sistem pendidikan sekarang yang mempunyai pensyarah bertaraf professor, doktor kefalsafahan dan apa sahaja peringkat tertinggi dalam sesebuah institusi itu tidak diwajibkan menjadi hafiz Al Quran jika selagi seseorang itu Islam?
- Kalau boleh mempunyai dua pHD; tiga sarjana; tetapi silap haribulan naskah Al Quran yang dibaca hanya Surah Yasin; apa lagi menghafal kesemua 30 juzuk Al Quran.
- Juga perigkat paling teruk; cuba tanya berapa surah-surah dan jumlah ayat-ayat yang ada terkandung dalam Al Quran? Juga kekerapan Al Quran itu dibaca?
- Setakat ini kita keliru kerana hanya dua kopitiam yang mempunyai status halal JAKIM; yang lainnya bagaimana? Apa status orang-orang Islam yang menikmati hidangan makan/minum di tempat-tempat yang tidak mempunyai perakuan halal JAKIM? Atas kuasa siapa yang boleh melarang orang Islam dari terus tertipu di sebuah negara yang agama rasminya adalah agama Islam?
- Jangan terlalu membaca apa yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan yang sibuk dijunjung dan didaulatkan tapi perlembagaan Allah diabaikan begitu sahaja.
- Sama-sama kita fikirkan.
Blogged with the Flock Browser
No comments:
Post a Comment