Wednesday, May 13, 2009

Slip Dish

Menghampiri usia seperti asyar ke maghrib ini telah memberikan pentunjuk bahawa baki yang tinggal sudah kurang dari suku untuk dihabiskan. Dalam kesibukan kononya mencari dunia untuk mencari akhirat sebenarnya memalsukan akujanji bahawa sesungguhnya mati dan hidupku hanya untukMu seperti yang dilafazkan sewajibnya lima kali sehari atau kurang atau paling kurang seminggu sekali bagi kawasan-kawasan yang berkenaan yang sewaktu dengannya Jika itu pun tidak dapat dikumpul, apa nak dikata.Lagi-lagi bagi yang telah menjangkau seusia isyak nak ke tahajjud.

Sakit di usia begini banyak hikmah rupanya. Seperti indikator di satu dashboard kereta yang memberitahu bahawa banyak benda rosak yang perlu diganti dan dibaiki.Juga sebagai amaran anda sudah terlampau dan sudahpun melampaui batas.

Sihat yang berterusan mungkin bagus kerana penjagaan yang baik dari peringkat awal. Mungkin juga sistem indilator telah rosak atau tidak berfungsi sehingga lupa bahawa semuanya menanti masa sahaja.

Kebas tangan, pedih dada dan slip dish ada hikmahnya. Sesiapa yang sedang merasainya bersyukurkah bahawa sistem amaran berjalan baik untuk kembali ke pangkal jalan.

Janganlah yang dikejar tidak terkejar yang terkendong keciciran.

1 comment:

Anonymous said...

Sapa lak yg terslip disk, teruk sangat ke?