Tuesday, January 1, 2008

Selamanya ITM


Sebenarnya tempat yang bernama ITM ini sememangnya sinonim bahawa inilah dia tempat yang sentiasa ingin tolong melayu. Pelajar-pelajar disini datang dari ceruk desa menimba ilmu bersama sebuah duka bahawa bangsa ini telah terkebelakang. Ada yang cemerlang akademiknya, ada yang pernah terbuang, ada yang pernah terbang, ramai yang wang kurang untuk sambung belajar di lain tempat terbilang.

Seramai kurang lebih 36 orang yang ada dalam kelas ukur bahan sessi pendaftaran Januari 1990, pengambilan kedua untuk insan-insan hebat. Semester 01 umpama zaman tadika baru nak kenal hidup susah tanpa keluarga.

No comments: