Showing posts with label Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Rasulullah. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

40 HADITH AKHIR ZAMAN - HADITH 03

Hadith 03 - Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam

Diriwayatkan oleh Abu Daud; 

Rasulullah SAW bersabda; "hampir tiba suatu masa dimana bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka." Sahabat bertanya; apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? Nabi SAW menjawab: "bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih diwaktu banjir. Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit "alwahan". Seorang sahabat bertanya : apakah itu "alwahan" Ya Rasulullah? Baginda menjawab; cinta dunia dan takut mati.

Lihatlah bagaimana hari ini umat Islam dipersenda dan dipermainkan oleh orang kafir sedang bilangan orang yang memasuki Islam bertambah ramai dari hari ke sehari.  Orang Islam ditindas, diinjak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Semua orang kafir dari pelbagai bangsa dan agama bersatu untuk melumpuhkan kekuatan Islam.

Sebenarnya segala kegagalan kaum muslimin ini berpunca dari dalam diri kaum muslim itu sendiri iaitu daripada peyakit wahan yang merupakan campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua; cinta dunia dan takut mati. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan.

Cinta dunia bermaksud tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu menginfakkan harta ke jalan Allah. Dan takut mati bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan menghadapi negeri akhirat. Juga tida ada perasaan untuk berkorban memperjuangkan agama Allah.

Bagi rakan-rakan yang berumur 40 tahun keatas, jika dunia itu sudah tidak dapat dicari; mulakan langkah untuk mencari akhirat. Dikhuatiri nanti kedua-dua dunia dan akhirat itu akan keciciran.  Semoga kita diampuni, dirahmati dan diredhai oleh Allah.

Tuesday, November 2, 2010

40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman - Hadith 1

HADITH 01 - TAQWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Diriwayatkan oleh Abu Daud Ar-Tarmidzi :-

Telah dinasihati oleh kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang mengeletar hati kami dan menitis air mata kami ketika mendengarnya. 


Lalu kami berkata : Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berikanlah pesanan kepada kami.


Lalu Baginda bersabda : Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat kepada pemimpin selagi ia berpegang kepada Al Quran dan Sunnah sekalipun yang memimpin kamu itu adalah seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umur daripada kamu pasti dia akan melihat perselisihan yang banyak (sepertimana yang berlaku pada zaman ini). Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan Sunnahku dan sanat para khulafa' ar-Rasyidin (khalifah-khalifah yang mengikuti kebenaran dan mendapat pimpinan kejalan yang benar) dan jauhilah perkara-perkara yang diada-adakan.