Wahai anak-anakku; jika ditanya dari mana asalmu; jawablah kita berasal dari syurga dan apabila kamu dewasa nanti pastikan kamu amal makruf nahi mungkar; semoga dengan redha Allah kamu akan kembali semula ke syurga. Insya Allah.
Showing posts with label Iman. Show all posts
Showing posts with label Iman. Show all posts
Sunday, February 6, 2011
Sunday, March 28, 2010
Corengnya Kain Putih Itu
Pernah dulu
Semasa dizahirkan kedunia
Masih lagi sucinya hati
Umpama kain putih bersih
Telah dicorak dan diwarnai
Sebuku hati yang masih lembut
Dengan keimanan dan kesopanan
Umur dilangkaui sekelip mata
Sesudah dikemudi hidup sendiri
Hati merah dan lembut
Mulai keras dan hitam
Kerana ia telah ternoda
Mendongak ke langit
Tanyalah kepada iman
Bersihkah lagi kain itu?
Dijemur terabai begitu sahaja
Keterlanjuran yang datang
Bukan kerana salah asuhan
Tapi hati hitam ini pernah keliru
Jalan bercabang jua yang dituju
Kerana nafsu menjadi penghulu
Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus
Jalan yang kau berikan nikmat
Bukan jalan orang yang kau murkai
Dan juga bukan jalan orang yang sesat
Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka
Dia Maha Pengampun dan Maha Santun
Semasa dizahirkan kedunia
Masih lagi sucinya hati
Umpama kain putih bersih
Telah dicorak dan diwarnai
Sebuku hati yang masih lembut
Dengan keimanan dan kesopanan
Umur dilangkaui sekelip mata
Sesudah dikemudi hidup sendiri
Hati merah dan lembut
Mulai keras dan hitam
Kerana ia telah ternoda
Mendongak ke langit
Tanyalah kepada iman
Bersihkah lagi kain itu?
Dijemur terabai begitu sahaja
Keterlanjuran yang datang
Bukan kerana salah asuhan
Tapi hati hitam ini pernah keliru
Jalan bercabang jua yang dituju
Kerana nafsu menjadi penghulu
Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus
Jalan yang kau berikan nikmat
Bukan jalan orang yang kau murkai
Dan juga bukan jalan orang yang sesat
Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka
Dia Maha Pengampun dan Maha Santun
Blogged with the Flock Browser
Subscribe to:
Posts (Atom)