Wednesday, March 16, 2016

Asal usul Sekolah Tinggi Muar

SEKOLAH TINGGI MUAR ( 1902 )
#AnakJatiMuar

Sekolah Tinggi Muar telah dibuka pada tahun 1902.
C.P Frois menjadi Guru Besar pertama padas 1904.Nama asal Sekolah Tinggi Muar ialah Government English School.Bilangan pelajar ketika itu kira-kira 40 orang.Pada tahun 1905 sekolah ini berpindah lokasi di Jalan Abdullah.Kemudian pada tahun 1907 sekali lagi berpindah di Jalan Sulaiman.Setahun sebelum itu sekolah ini berpindah di tapak bangunan Pasar Sayur sekarang.Pada tahun 1910 sekolah ini berpindah di kawasan Tanjung Muar untuk sementara waktu.

Pada tahun 1914 bangunan baru siap dibina dan setahun berikutnya bangunan baru ini mula digunakan.Seterusnya pada tahun 1928 bangunan tambahan dua buah bangunan mengandungi 8 bilik siap dibina bagi menampung jumlah pelajar yang bertambah.Pada tahun yang sama lagu sekolah ini telah dicipta oleh Miss Belly Milne, Penguasa Sekolah Persediaan Inggeris (Prepatory School).

Pada tahun 1929 Lembaga Pengawas telah ditubuhkan iaitu yang dilantik dari setiap rumah pasukan.Pelajar-pelajar perempuan mula diterima masuk ke sekolah ini mulai tahun 1947 iaitu dari Sekolah Sultan Abu Bakar khusus untuk menyambung pelajaran di peringkat Senior Cambridge.Dua tahun kemudian asrama telah diasaskan oleh Guru Besarnya, Encik C. A. Scott.Ia terletak di kawasan sekolah.Pada tahun 1953 pihak sekolah telah memperkenalkan pakaian seragam untuk pelajar-pelajarnya iaitu seluar pendek biru berserta baju berwarna putih.Pengawas pula berseluar panjang putih dengan baju berwarna putih.

Bangunan Sekolah Persediaan (Prepatory School) telah diserahkan kepada Sekolah Tinggi pada tahun 1957.Walau bagaimanapun bangunan ini kemudian digunakan untuk Pusat Latihan Harian.Hanya pada tahun 1959 bangunan tersebut dapat digunakan oleh Sekolah Tinggi.

Pejabat Pelajaran kemudian menempatkan kelas-kelas menengah melayu di Bangunan Sekolah Persediaan sehingga tahun 1963.Sekolah ini telah dibimbing oleh Sekolah Tinggi.Bangunan Persediaan itu digunakan semula oleh Sekolah Tinggi pada tahun 1963 apabila kelas-kelas menengah melayu mendapat bangunan sendiri dengan nama Sekolah Dato' Sri Amar Diraja Muar.Bilangan penuntut Sekolah Tinggi ketika ini kira-kira lebih 1400 orang dan meningkat kepada 1800 pada tahun 1964.

Sekolah Tinggi juga berperanan sebagai Pusat Lanjutan Normal (Normal Classes) untuk melatih guru-guru sekolah Inggeris, (sebelum perang sehingga 1960).Apabila pihak kerajaan mengadakan rancangan Pusat Latihan Daerah (Regional Training Center), Sekolah Tinggi telah digunakan untuk tujuan tersebut.Pada tahun 1965 kemasukan pelajar-pelajar melebihi 2000 orang.

Pada tahun 1966 sekolah Tinggi dipecahkan kepada dua iaitu Sekolah Tinggi dan sekolah baru yang kemudian dikenali dengan nama Sekolah Sri Muar.Pada tahun 1969 Sekolah Tinggi mendapat bangunan baru untuk pelajar-pelajar Tingkatan Enam. Pada tahun 1974 kelas-kelas menengah rendah berpindah ke Sekolah Tinggi II di Jalan Junid.Pada tahun 1979 Sekolah Tinggi II berpisah dengan Sekolah Tinggi dengan nama baru Sekolah Menengah Jalan Junid.

Sekolah Tinggi Muar mendapat beberapa buah bangunan baru pada tahun-tahun 1990an.Blok-blok tersebut ialah Blok F(1990), Blok G(1990), Blok L(1991), Dewan(1991) dan Surau(1997).Blok F digunakan untuk kelas-kelas dan Blok G digunakan untuk pejabat pentadbiran, makmal, pusat sumber dan perpustakaan.Blok L pula digunakan untuk 15 buah bilik darjah.Pintu besar Sekolah Tinggi Muar siap dibina pada bulan April 1992.Blok B pula digunakan untuk bilik tayangan dan seminar.Blok E berfungsi sebagai bengkel Kemahiran Hidup dan Blok K merupakan kantin sekolah.Blok J pula merupakan pusat kokurikulum.Bangunan lama yang dibina pada tahun 1904 masih digunakan sehingga sekarang sebagai kelas-kelas Tingkatan 4, Enam Rendah dan kelas-kelas Rancangan Khas.

ii.TOKOH-TOKOH NEGARAWAN DAN KORPORAT YANG PERNAH MENUNTUT DI SEKOLAH

NAMA DAN JAWATAN YANG PERNAH ATAU SEDANG DISANDANG

1.YAB. Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin

-Menteri Pertanian

2.YAB. Dato' Hj. Abd. Ghani Bin Othman

-Menteri Besar Johor

3.Y.B. Dato' Chua Jui Meng

-Menteri Kesihatan Malaysia

4.Y. Bhg. Tan Sri Jaafar Bin Hussein

-Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia

5.Y. Bhg. Tan Sri Arshad Bin Ayub

-Bekas Setiausaha Kementerian Perdagangan Malaysia

6.Y. Bhg. Dato Ali Bin Hashim,

-Pengurus Eksekutif Perbadanan Ekonomi Negeri Johor

(Executive Director, Johore Economi Development Corporation)

7.Y. Bhg. Dato' Sulaiman Bin Mohd Noor

-Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

8.Dr. Hong Hai

-Bekas Menteri Muda Kerajaan Singapore

9.Dr. Hamid Bin Arshad

-Bekas Pengarah Lembaga Penduduk & Perancang Keluarga Negara

10.Dr. V. Naidu

-Ketua Jabatan Perikanan & Pertubuhan Makanan & Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu

11.Y. Bhg. Tan Sri Nasaruddin Bin Mohammad

-Bekas Ketua Setiasusaha Kementerian Perdagangan Dan Perindustrian

12.Y. Bhg. Datuk Jabid Bin Mohd Dom

-Bekas Ketua Pengarah Imigresen Malaysia

13.Y. Bhg. Tan Sri Taib Bin Haji Andak

-Bekas Ketua Pengarah Felda Dan Pengerusi Malayan Banking Berhad

14.Y. Bhg. Allahyaham Tan Sri Abdul Kadir Yusof

-Bekas Peguam Negara Kuala Lumpur

15.Justice Datuk Ali Bin Hassan

-Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

16.Datuk Abdullah Bin Ali

-Bekas Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia

17.Dr. Chiang Hai Ding

-Bekas Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia

18.Dr. Khalid Bin Sahan

-Bekas Pengarah Perubatan Kementerian Kesihatan Sabah

19.Datuk Abd. Aziz Bin Haji Shukur

-Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

20.Datuk Abdul Rahman Bin Ahmad

-Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Ini adalah di antara beberapa nama dari ratusan nama pelajar Sekolah Tinggi yang dapat kami rakamkan di sini.Sebenarnya, bekas pelajar Sekolah Tinggi telah bertugas di segenap ceruk rantau negara ini dan menyandang berbagai-bagai jenis jawatan.

iii.SENARAI NAMA-NAMA PENGETUA

1.En C.P.Provis1904

2.En Palgar1905-1906

3.En Gray1913

4.En Hugh Mortimer1914-1915

5.En J.W.Moore1916-1920

6.En Huge Crombics1921

7.En F.L.Shaw1922-1922

8.En David Roper1922-1929

9.En J.M.Taylor1929-1940

Perang Dunia Kedua1942-1945

10.En C.D.Westwood1945-1946

11.En G.Woods1946-1948

12.Lt.Col.C.A.Scott1948-1949

13.En W.Gibson1950

14.En H.G.Clarke1951-1952

15.En. A. Will Lamson1952

16.En. G.F.Daniels1953-1956

17.En E.A.C. Balshaw1957

18.En D.P. Pereira1957-1973

19.En M.G.Parry1973-1978

20. Tn Sheikh Hussin b Ali1979-1981

21. Tn Hj Abdul Wahab bin Suradi1982-1996

22. Tn Hj Abas b Draman1996-1997

23. Cik Hjh.Aminah bt Hj Ahmad1998-1999

24. Pn Maznah bt Abu Bakar1999-2001

25. En. Jamian Ja'far2001

#SejarahMuar
sumber : http://www.highschoolmuar.com/sejarah.shtml

No comments: