Sunday, January 1, 2012

Empat Puluh Dan 2012

  1. Syukur, Alhamdulillah dengan izinNya dipinjamkan lagi usia untuk menemui tahun baru. Hanya kepada Mu aku serahkan takdir kehidupan ini tetapi usaha perlu digarapkan dalam mencambahkan lagi hikayat selepas seperti seperti kelahiran baru di umur 40 ini.
  2. Semasa kecil, bila mendengar ibu dan bapa saudara yang mulai umur dengan angka empat rasanya macam dah tua sangat. Sekarang, apabila diri sendiri yang mengalas angka itu baru merasakan bahawa sebenarnya sudah semakin hampir menemuiNya.
  3. Banyak kezaliman telah dilakukan atas usia-usia yang berlalu tiga puluh tahun sebelum ini. Persediaan juga tabungan iman tidak banyak yang bertambah. Amat takut jika parasnya sebenarnya semakin kurang kerana terlalu leka megejar dunia.
  4. Hanya kepadaMu Ya Allah aku bermohon keampunan atas segala dosa dan leka yang telah berlalu itu.
  5. Sekali lagi 365 hari yang berlalu penuh dengan suka dan duka. Ada kejayaan dan banyak juga kegagalan.
  6. Ikatan rapuh sahabat dan rakan kongsi tinggalkan seribu pengajaran yang amat mahal.
  7. Juga dalam waktu yang berlalu itu, sesungguhnya hati manusia tiada siapa yang tahu waima dahulu pernah menjadi seperti saudara seibu.
  8. Bersangka baik bahawa masing-masing mempunyai hidup dan keluaraga cuma rasa ralat bahawa pandai-pandilah memberikan masa antara keluarga dan taulan.
  9. 2012, ada satu harapan yang begitu besar yang perlu diusahakan. Mencari undangan menjadi tetamu rumahMu Ya Allah.

No comments: