Saturday, August 30, 2008

Cuci Darah

Sepatutnya mencegah lebih baik dari merawat. Saat antibodi badan semakin merosot, mungkin kerana stress kerja, mungkin juga diri agak jauh dari paksinya kerana sibuk sangat nak mengejar dunia ini. Perlumbaan dan persaingan akibat fikiran yang dah berjaya dirosakkan sepertinya dunia ini kekal selamanya. Mencari kekayaan wang dan harta sedangkan iman semakin menjadi fakir. Dikejar dan dikumpul harta dunia ini tidak pernah akan cukup kerana kaya itu dinilai walau hilang sebuah pekerti.

Semakin ramai yang tidak ingat; mungkin buat-buat tidak ingat, mungkin memang lupa; mungkin memang pelupa atau mungkin memang dilupakan oleh orang yang ingat bahawa kaya dunia ini hanya sementara; kaya dunia ini adalah ujian dan bukannya rezeki. Setiap yang diberi Illahi adalah kurniaanNya sahaja. Tapi kita leka mengatakan bahawa semua itu hanya rezeki.

Sepertinya isteri yang baru kematian suami mengatakan bahawa dia kehilangan tempat bergantung; itu adalah salah kerana selagi iman itu tersemat disanubari pasti Illahi adalah segalanya. Kita berikrar dalam solat sesungguhnya mati dan hidup ini hanya untukNya tapi apakah perbuatan seterusnya begitu.

Dalam proses menyucikan hati ini darah-darah perlu dicuci agar ianya bersih membawa tenaga ke tubuh badan; agar iri dan dengki pergi mengikut liang-liang keluar yang ada.

No comments: